"Macamana dengan isteri kamu tu?. Sihat ke dia? Dah ada isi ke belum? " Minyoo menghubungi Doyoung kerana rindu-serindunya."Doyoung sihat je dengan Yeri. Tapi pasal mengandung tu, biarlah kami berdua dulu. Kami berdua tunggu je tuhan nak bagi atau tak itu terpulang kepadaNya" Doyoung menahan sebak kerana terlalu rindu dengan keluarganya yang berada jauh nun di Seoul.
Sejak Doyoung pindah dan tinggal dekat Busan. Rumah dah jadi sunyi sikit sebab si duyung ni suka sangat buat rancangan takde cameraman iaitu PROOT PROOT TALKSHOW .
Penonton pun cuma family ja, yang baik tepuk tangan sikit. Yang jahat bagi jari tengah terus.
Yang paling sedih si Jaemin lah sebab Doyoung selalu belikan rumpai laut untuk dia bila meragam tengah malam.
Pindah dekat takpelah. Ini jauh masalahnya.
"Mommy kena matikan call ni. "
"Iya ke? Doyoung pun ada kerja nak buat ni."
"Jaga diri baik-baik tau kat tempat orang" Minyoo mematikan panggilan dan berehat di sofa mengurut.
"Hyung, Hyuck nak cakap sesuatu ni " Haechan duduk di sofa sebelah Taeil sambil tengok movie di TV.
Hard disk tau bukan siaran.
"Apa dia? Cakap cepat, kalau tidak aku mandulkan ko " Balas Abang bulan sambil rampas remote dari tangan Haechan.
Diorang berdua tengah tengok movie kat ruang tamu.
Movie apa? Wonder Woman.
Cam celaka je dua-dua ekor ni dahlah cetak rompak.
Yang lain kat mana? Alhamdullilah, kena tendang dari rumah.
Takdelah, masing-masing dalam bilik diorang sendiri lah.Dahlah seorang ada TV sebijik. Haechan dengan Taeil ja yang suka tengok kat ruang tamu.
"Hyung dah janji nak belikan burger nasi kerabu kat warung Wak Hoersono tu! Dimana janjinya? Jangan buat janji korea kat sini lah bulan!! " Haechan rembat remote balik begitu juga dengan Taeil sampai bertumbuk-tumbuk muka.
"Burger nasi kerabu dah habis lah . Dah takde jual lagi " Taeil bergelut dengan Haechan sambil main tarik-tarik rambut.
Si Bulan suka bunyi kuat manakala Belacan pula suka yang bunyi perlahan ja.
Bincanglah elok-elok masalahnya, sampai bergaduh teruk ni .
Nanti dapat cium kaki bapak nanti !
Renjun berjalan ke arah mereka berdua yang sedang bergusti sambil seret sesuatu.
"Guys, tolong aku boleh tak? pinggang aku rasa nak patah dua dah ni " Renjun gagahkan diri untuk berjalan kerana Jaemin tarik skirt dia. Dari dapur pulak tu, bukannya dekat dengan ruang tamu.
Tercalar jugalah muka budak kecik tu tapi siapa suruh nakal sangat.
Nasib baik tak terkoyak. Boleh ternampak kaki kurus Renjun aumms eh.
Sampai terbaring kat lantai si Jaemin."Adik buat apa tu ? Kesian noona nanti kain dia terkoyak " Haechan terus meluru pergi Jaemin kemudian dukung .
"Adik nak main lepastu noona tak nak layan " Jaemin bercakap sambil memuncungkan mulut.
Haechan pula diam je air liur terpercik ke muka dia.
"Bukannya noona taknak tapi nanti petanglah" Renjun melihat - lihat skirt dia takut koyak. Baru sampai dari Lozodo 11.11 tu. Kalau koyak memang menangis airmata darah lah anak dara sorang ni.
"Nak main juga!! " Jaemin memukul dada Haechan.
"Dia pukul dada aku sakit gila lahanat " Haechan separa menjerit kepada Renjun.
"Kesian adik hyung sorang ni. Jom main game kat phone hyung " Taeil ambil Jaemin dari Haechan
Dan Haechan terus terkulai disitu juga kerana sakit dada.
"Hyung tak nak tengok TV kah? " Soal Haechan memandang Taeil dengan keadaan masih terbaring.
"Dah habis lah, keluar nama pelakon kat belakang tu " Taeil hiraukan Haechan dan terus bawa Jaemin masuk bilik .
Jangan fikir bukan-bukan eh? Teranjang baru tau langit tinggi kah rendah.
"Oh sheep " Haechan terus berguling guling di lantai serupa bola sepak disepak .
"Aku baru nak tengok Gal Gendut tu!! " Haechan terus meraung-raung lalu tendang benda disekitar.
Pasu bunga, plastik hitam, Ruby si kucing yang perangai macam anjing dan macam-macam lagi dtendang tanpa henti.
"Tak peduli lah dengan ko ni, aku nak naik atas sat. Jangan masuk bilik tanpa ketuk lagi. Hang paham tak orang kata apa? " Renjun terus meninggalkan Haechan sorang-sorang di situ.
Haechan mengganguk perlahan. Dia peluk kucing putih jantan bernama Samsung atau nama penuhnya Samsung Galaxyfanfan milik Taeil yang tiba-tiba datang bagi bontot kat muka Haechan.
Dia menangis tersedu-sedu tanpa mengeluarkan bunyi.
Bulu kembang Samsung dibelai-belai.
"Aku rasa life aku sedih sangat-sangat. Craving sesuatu and then tak sempat pastu takleh tengok Gal Gendut kat TV . " Haechan peluk Samsung dan kucing tu tunggu masa je nak cakar muka dia yang gelap tu. Belum kira hati gelap lagi.
"Janganlah diam ja, bagilah respon sikit "
"......"
"Kalau anda rasa gembira sebut meow"
"Meow"
"Pandai pun brand korea ni! "
-TBC
YOU ARE READING
[S1 & S2 ] Keluarga Lee - NCT
FanfictionSooman berkahwin dengan Minyoo dan Saera serta dikurniakan ramai cahaya mata. Bagaimanakah keadaan mereka semua dalam satu rumah? Highest rank: [29/1/2019] No. 1 in NCT [30/1/1/2019] No. 1 in NCT [31/1 /1/2019] No. 1 in NCT