"Melalui kaedah rawatan IVF, sperma dan ovum pasangan
terlebih dahulu dikeluarkan dan disenyawakan di luar. Puan dan suami dijangkakan akan meluangkan masa kira-kira setengah hari di klinik untuk prosedur pengeluaran telur dan persenyawaan "Yuta menelan air liur ketika mendengar penjelasan dari doktor. Shannon dengar dengan serius dan tidak mahu tertinggal satu perkara pun kerana baginya semua adalah penting.
"Ada tak kesan semasa lakukan rawatan ni? Saya dengar ada" Shannon bertanya kerana ingin tahu walaupun sebenarnya dia takut juga.
"Ada tapi sedikit kemungkinan, loya, mual dan suhu badan meningkat" Balas doktor itu lagi dan membuatkan mereka berdua lebih takut.
"Berapa lama kami kena tunggu untuk isteri saya mengandung? " Yuta juga bertanya kerana ingin tahu. Sama juga dengan Shannon.
"Selepas dua atau tiga hari iaitu setelah embrio terbentuk, ia akan dimasukkan semula ke dalam rahim ibu semasa waktu subur. Jika berjaya, embrio akan berkembang dan melalui kaedah kehamilan seperti biasa.
Ringkasnya, satu kitaran IVF akan memakan tempoh 4 minggu hingga 6 minggu."
"Berapa peratusan kalau gagal jalani rawatan ni? " Yuta pandang isterinya yang sedang mula gelisah.
"Peratus kejayaan IVF bergantung kepada beberapa faktor seperti usia wanita, jenis masalah kesuburan, atau makmal/pusat di mana IVF dilakukan. "
"Kami nak tahu tentang kos rawatan IVF ni. Kami memang bercadang nak buat sebab kami dah lama tunggu cahaya mata" Ujar Shannon yang terlalu berharap kos rawatan tidak terlalu berapa mahal.
"Kalau di hospital kerajaan, anggaran minimun adalah 5,000 manakala di hospital swasta pula 10,000 atau 20,000 "
Shannon terkesima lalu memandang Yuta. Dia menggeleng kepala tidak mahu kerana kos rawatan terlalu mahal tapi tidak bagi Yuta, dia sanggup buat apa saja. Duit bukan suatu masalah.
"Rawatan IVF biasanya akan meningkatkan potensi kehamilan kembar atau kehamilan luar rahim. Namun, tak perlu risau kerana akan dipantau dengan teliti oleh doktor" Doktor memberikan penjelasan lagi. Yuta mengganguk faham dan bangun dari kerusi bersama Shannon.
"Kami akan berbincang dahulu dan bagitahu kepada doktor bila kami dah putuskan keputusan" Kata Shannon lalu keluar dari bilik. Yuta ambil beg tangannya dan ikut dari belakang.
Dia mengelap muka yang dibasahi oleh airmata dan berjalan dengan laju sehingga asyik terlanggar orang. Yuta lari kejar isterinya.
Aku tulis part ni en, tiba-tiba lagu tertukar Love Don't Hurt - Shannon. Kebetulan apakah ini?
Shannon berdiri tepi kereta yang diletakkan di tempat letak kereta. Dia cuba membuka pintu tapi dia terlupa yang Yuta belum buka kunci.
Ini yang dikatakan bangang abadi.
Yuta mengambil nafas kerana sesak nafas kejar isterinya tanpa henti. Dia tekan kunci dan Shannon masuk kedalam.
Sekotak tisu yang diletakkan di dashboard dikoyakkan dan digunakan mengelap sekitar matanya.
Yuta duduk di bahagian pemandu dan cuba mengusap rambutnya tapi ditepis dengan perlahan. Shannon menunduk sehingga tidak menampakkan wajahnya.
Yuta cuba mengusap rambutnya dengan perlahan dan bunyi tangisan kedengaran dengan kuat sehingga orang luar pun boleh dengar.
"Kenapa ni? Sebab harga rawatan tu mahal sangat? Abang mampu bayar untuk sayang" Yuta mengalihkan rambutnya yang panjang kerana menghalang pandangan kemudian mengikat rambutnya dengan getah rambut.
"Saya rasa terlalu mahal, kalau berkahwin lagi satu memang cukup sangat. Tak payah bersusah payah untuk saya yang kalau jalani rawatan tu belum tentu akan berjaya" Shannon ambil tisu lagi dan hembus hingus dengan sopan.
Yuta menggaru kepala bila Shannon asyik cakap tentang perkara yang sama. Iaitu suruh berkahwin untuk kali kedua.
"Awak dah kata tentang perkara yang sama dah masuk kali ketiga. Abang takkan gantikan awak dengan perempuan sampai bila-bila pun! Awak kena sentiasa berharap yang rawatan itu akan berjaya bukannya terus hilang harapan. Kalau gagal, anggap kita takde rezeki lagi" Yuta ambil tisu dan lap muka Shannon.
Shannon menggeleng kepala dan berhentikan Yuta daripada menyentuh muka atau badannya.
"Kita dah berkahwin lama tapi saya masih belum mengandung. Kakak ipar---"
Yuta letakkan tangan telunjuk di bibirnya. Yuta menggeleng kepala kerana tidak mahu Shannon asyik salahkan diri tanpa henti.
"Ada orang dah berkahwin 11 tahun tapi belum dikurniakan anak. Awak janganlah asyik salahkan diri. Kita buat rawatan IVF tu ya? Saya janji takkan salahkan awak kalau berlaku apa-apa pun. "
Yuta memegang wajahnya kemudian mencium dahi Shannon. Yuta hidupkan enjin kereta dan keluar dari kawasan hospital.
++++
Haechan telan air liur dengan kasar serta pegang mikrofon dengan kemas. Jeno pandangnya dan sumbat kapas ditelinga kemudian sambung baca komik kerana dia tahu perkara yang bakal berlaku.
"Sangil chuka.. HAMIDAAAA!!"
Gambar di dinding bergerak dan senget ke arah lain. Katil yang Jeno sedang baring juga bergegar tapi dia hanya hiraukan dan sambung baca komik dengan kapas masih berada sempurna didalam telinga.
Gelas yang dipegang Taeyong pecah dengan tiba-tiba dan jatuh mengenai kakinya.
"AHH FARK! KAKI AKU DAH TAK CANTIK LEPAS NI! " Taeyong alihkan serpihan kaca dengan berhati-hanti dan jengketkan kaki ambil kotak kit kecemasan di atas rak.
"SANGIL CHUKA HAMIDAAAAAAAAAA!!! " Haechan berhenti dan menarik nafas kerana kehabisan nafas. Dia senyum bangga dan hidung sengaja dikembangkan.
"Sila meninggal takpun, kau tergelincir" Jeno pandangnya dan bagi dua jari tengah dan dua jari tengah di kaki.
"Alah, prarice pun tak boleh ke? Suara aku ni golden, berharga" Haechan sengaja kembangkan hidung lagi.
"Prarice? Takde nasi pun kat sini. Sebetulnya adalah Pratice ler bengong " Jeno membetulkan perkataan dan Haechan menghentakkan kaki lalu masuk ke dalam bilik air.
"AHHHH!!!! JENO!! " Haechan tergelincir kerana lantai licin.
Jeno serta-merta buka pintu bilik air dan melihat Haechan terbaring dengan kaki kanan yang mengalir darah tanpa henti.
"Hyuck! Kenapa dengan kau?! " Jeno ambil tuala dan ikat pada kaki untuk hentikan pendarahan.Dia memangku kepala Haechan dan cuba bercakap dengannya. Dalam sekejap muka Haechan telah berubah pucat dan tangannya menggeletar.
"Kau boleh bangun tak? " Jeno cuba memapah dan Haechan hanya mampu menggeleng.
Jeno sedaya-upaya bangunkan Haechan dan dukungnya di belakang badan.
-TBC
YOU ARE READING
[S1 & S2 ] Keluarga Lee - NCT
FanficSooman berkahwin dengan Minyoo dan Saera serta dikurniakan ramai cahaya mata. Bagaimanakah keadaan mereka semua dalam satu rumah? Highest rank: [29/1/2019] No. 1 in NCT [30/1/1/2019] No. 1 in NCT [31/1 /1/2019] No. 1 in NCT