S2 24

415 48 23
                                    

Jaehyun masuk kedalam bilik yang merawat Winwin iaitu Doktor Kang Daniel.

Mari kita joget dengan habang Daniel! 

"Doktor Kang, saya nak derma buah pinggang untuk pesakit bernama Lee Sucheong. Nombor bilik dia 150 dan berada di tingkat 3. Saya memang seikhlas hati nak derma untuk dia" Jaehyun berdiri dan tidak mahu duduk di kerusi. Daniel terkejut kerana tiba-tiba orang yang tidak dikenali masuk kedalam bilik dia.

"Encik ni siapa? Boleh saya tahu?" Daniel suruh duduk tetapi Jaehyun tidak mahu.

"Nama saya Lee Yoon Oh, abang kembar kepada Sucheong."

"Encik kena pemeriksaan untuk tahu saiz buah pinggang. Ianya kena bersuaian dengan pesakit. jika sesuai, encik kena lakukan rawatan hemodialisis atau rawatan dialisis peritoneal" Daniel memberi penjelasan dengan panjang lebar.

"Cakap apa sahaja, saya sanggup asalkan adik kembar saya sihat semula seperti dulu" Balas Jaehyun dan Daniel menggangguk faham serta bawa ke bilik lain untuk buat pemeriksaan.

Saera dan Sooman terkejut dengan Jaehyun tapi mereka berdua hormat dengan keputusannya. Begitu juga dengan yang lain.

Dan buah pinggang Jaehyun sesuai.

Winwin gembira kerana dia akan menjalani pembedahan tetapi dia tidak sangka Jaehyun adalah pendermanya. Dia tidak mahu Jaehyun juga jatuh sakit.

Bukan pesakit saja berisiko, penderma juga berisiko ada komplikasi semasa pembedahan.
Jaehyun tukar baju dan pakai baju yang disediakan oleh pihak hospital. Sooman telah mendaftarnya masuk.

Jaehyun menahan sakit ketika jarum dimasukkan dalam tangan. Setelah semuanya selesai, dia lihat infus di tangan kanan dan masuk bilik semula.

Dia rasa bosan dalam wad, dia meminta kebenaran jururawat untuk pergi ke bilik lain.

Winwin pandang Jaehyun yang sekarang duduk didepannya.

"Kenapa kau nak dermakan buah pinggang untuk aku? Aku boleh tunggu yang lain walaupun lama menanti. Aku taknak kau sakit nanti" Winwin memandang Jaehyun dengan sedih.

"Aku tak sanggup tengok kau terlantar macam ni. Aku tak sanggup, aku nak tengok kau sembuh semula. Aku sebagai abang kembar pun dah tahu dan terasa penderitaan kau" Jaehyun menunduk dan lap airmata yang terkeluar sedikit.

"Kau menangis ke? Aku memang terkejut masa mama bagitahu kau nak derma. Tapi, kau kan tahu pembedahan berisiko? "

"Aku sanggup asalkan kau sihat. Kita buat macam takde apa-apa berlaku boleh tak? Kita rileks je. Esok kita dah masuk bilik bedah. Kau dah puasa belum? Aku pun mula sekarang ni. Aku nampak roti tapi aku kena tahan lapar sampai masuk bilik bedah esok" Jaehyun bergurau dan Winwin ketawa setelah lama tidak gelak.

"Bengong kau ni, aku memang dah puasa pun. Dari pagi lagi sebab takde selera langsung. Mana yang lain? " Winwin menarik nafas terlebih dahulu dan lepaskan.

"Mama balik sebab jaga kau tak berehat langsung dari hari pertama kau kena tahan. Daddy pula ada kerja yang nak kena buat, sebab dia bos yang bertanggungjawab. " Balas Jaehyun dan Winwin cuma diam.
Setelah lama 'krik krik'. Winwin membuka mulut dan bertanya kepada kembarnya.

"Aku rindu dengan adik-adik. Jeno, Haechan, Jaemin dan Hansol. Korang tak bagitahu Yuta yang aku masuk hospital kan?"

Jaehyun mengganguk perlahan kerana ianya merupakan permintaan Sooman sendiri.

"Baguslah, aku taknak kacau dia berbulan madu dengan Shannon. Dahlah baru kahwin, susah kalau dia susah hati. " Winwin membuka tv kerana bosan.

"Aku nak tidur dengan kau boleh? Aku takut tidur tidur seorang diri kat sana. Biarlah doktor dengan nurse nak kecoh ke marah apa. Katil kau boleh buatkan dua orang tahu? " Jaehyun mengoyangkan tangannya. Winwin mengangguk setuju.

"Kalau kena marah jangan salahkan aku. Pandai buat pandailah kau nanti" Winwin mengalihkan badan untuk bagi ruang kepada Jaehyun baring.

Sebelum baring disebelah Winwin, Jaehyun alihkan tiang IV bag dan alihkan sedikit wayar hidung Winwin.

Jaehyun baring disebelah kanannya. Winwin peluknya dan mula melelapkan mata.

Jaehyun tepuk badannya supaya tidur dengan nyenyak. Dia tidak tahu kenapa dia tepuk Winwin seperti seorang bayi. Tapi dia terasa tenang.

Bunyi dengkuran mula kedengaran.

Daniel masuk kedalam bilik Jaehyun tetapi dia tiada didalam. Daniel berfikir yang dia berada di bilik Winwin. Dan sangkaan dia betul, mereka berdua tidur sambil berpelukan.

Daniel mahu kejutkan tapi berasa kesian dan biarkan mereka berdua. Dia hanya membiarkan mereka sehinggalah pagi.

Yuta dan Shannon balik lebih awal dari jangkaan mereka. Semuanya kerana Yuta tidak boleh tidur selama beberapa hari.

"Yuta! Kenapa kamu berdua balik awal sangat ni? Bukan ke sepatutnya sebulan dekat malaysia tu? " Sooman berpelukan dan Yuta membalas.

"Yuta asyik teringat rumah. Nasib baik Shannon nak ikut balik sebab dia kata dah puas bercuti dekat sana" Yuta senyum. Semuanya adik-beradiknya keluar dari bilik dan menyambut. 

Dia pelik Jaehyun dan Winwin takde sedangkan mereka berdua yang paling kecoh. Yuta kira sekali lagi dan memang betul mereka berdua tiada.

"Daddy, mana Jaehyun dengan Winwin? Selalunya mereka berdua ada. Keluar beli barang ke apa?" Yuta pandang sekeliling rumah tetapi semuanya memang dah turun ke bawah.

Sooman memandang semua. Dia tidak dapat merahsiakan lagi pada Yuta.

"Daddy, bagitahu lah mana diorang? Yuta rindu" Yuta menggesa dan Sooman membuka mulut.

"Winwin ada sakit buah pinggang. Jaehyun jadi penderma dia, mereka berdua akan masuk bilik bedah petang nanti" Sooman terasa berat untuk beritahu tapi dia terpaksa.

"Bbi-bila semua ni berlaku? Masa Yuta takde dekat rumah ke? "

Sooman mengganguk dan membalas lagi.

"Dah lama, hari pertama dia ambil alih tugas kamu. Dia dah tunjuk tanda dia sakit"

Lutut Yuta tidak kuat untuk berdiri lagi dan nasib baik Shannon dan Saera ada.

-TBC


[S1 & S2 ] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now