Donghyeon dan Doyeon tidur di bilik ibubapa mereka walaupun ada bilik sendiri. Katanya nak rapat dengan adik bayi.
Doyoung tidur di bawah lantai kerana takmahu kena sepak dengan anak-anak. Donghyeon dan Doyeon tidur ganas weh, gusti masa tidur tu perkara biasa.
"Adik, adik dah ada nama belum? Kalau boleh hyung eh oppa nak bagi untuk adik bayi kat dalam perut" Ujar Donghyeon sambil mengusap-usap perut Yeri. Yeri sebenarnya nak cakap jangan selalu pegang perut tapi tak sampai hati. Mereka berdua teruja dengan adik baru.
"Adik belum ada jantina lagi. Baru beberapa minggu ni" Yeri mengosok-gosok rambut cendawan anak lelakinya. Yeri ambil buku novel bertajuk The Fault In Our Stars dan baca dengan serius.
"Bolehlah eomma, abang teringin sangat nak bagi nama untuk adik" Donghyeon mengerakkan tangan dan Yeri mengganguk perlahan. Matanya masih lagi lekat di buku.
"Kalau perempuan nama dia Ariana Lee Dohee dan kalau lelaki pula namanya Danish Lee Donghan"
Yeri berhenti baca novel dan pandang Donghyeon dengan serius.
"Bijaknya kamu! Eomma suka dengan nama tu. Pandailah abang pilih, nanti cakap dengan appa" Yeri cubit pipi Donghyeon kerana geram dan bersetuju dengan pilihan nama yang diberi.
Muka Donghyeon pula comel pipi merah bila dipuji oleh Yeri.
"Mana Doyeon? Dari tadi senyap memanjang. Dekat katil ni pun takde ha" Yeri melihat-lihat dan Donghyeon turun ke bawah katil.
Doyeon telah tidur di bawah lantai dengan Doyoung sambil berpelukan. Ohmaigad, sweetnya anak beranak ni. Diabetes aku.Jangan risau, Doyoung dah lapik tilam dan selimut. Takdelah kesejukkan nanti.
Yeri lihat ke bawah katil dan tengok mereka anak beranak sedang tidur dengan lena.
"Donghyeon, jom tidur. Mereka berdua dah 'pengsan' terlebih dulu" Yeri buku di meja sebelah kanan dan tarik selimut. Lampu tidur dimatikan dan suhu penghawa dingin dinaikkan sedikit supaya tidak terlalu sejuk.
"Goodnight dongsaeng" Donghyeon memeluk Yeri dan mula melelapkan mata.Yeri mengusap rambutnya dengan perlahan dan juga melelapkan mata.
++++
Keesokkan harinya, Taeil dan Junghee balik dari hospital. Taehan diletakkan dalam bilik kerana dia sekarang sedang tidur nyenyak selepas habis menyusu.
Yeri tarik tangan Junghee dengan perlahan dan pergi ke satu tempat.
"Kak, saya sesuatu nak cakap ni. Penting sangat" Ujar Yeri dan membuatkan Junghee hairan.
"Apa dia sampai bawa pergi bilik ni. Penting sangat ke Yeri? " Junghee buka ikatan rambut dan ikat semula dengan ketat.
"Saya mengandung lagi! " Yeri menunjukkan gambar ultrasound dan membuatkan mulut Junghee melopong dengan besar.
"Yeke? Tahniah! Taehan ada geng lah lepas ni. Macamana dengan yang lain? Apa reaksi diorang bila mereka dapat tahu yang awak mengandung lagi? " Junghee bertanya bertubi-tubi dan Yeri tidak dapat balas satu-satu.
"Mestilah gembira, lagi-lagi abang dan kakak dia. Taknak berenggang dengan saya langsung sejak semalam. Semalam kami tidur bersama-sama dalam bilik" Ujar Yeri dan membuatkan Junghee mahu tahu lebih banyak cerita sejak dia takde kat rumah beberapa hari.
"Doktor ada cakap apa-apa tak pasal mengandung kali ni? Akak tengok pun dah boleh agak mesti dua bulan ni" Ujar Junghee.
Yeri tutup mulut kerana terkejut.
"Memang dah masuk dua bulan pun. Doktor terkejut bila saya cakap anak pertama dah 5 tahun baru ada adik. Dia cakap lah yang sepanjang jadi doktor ni. Anak baru masuk setahun dua mesti mengandung lagi. Kadang masih dalam pantang pun ada lagi" Ujar Yeri dan membuatkan Junghee jadi JungShook.
"Dalam pantang pun ada yang mengandung? Itu lelaki atau haiwan? Haiwan takde akal tapi dia tu manusia. Takkan tak boleh tunggu habis pantang? Gelojoh betul" Junghee hanya menggeleng kepala dengar cerita Yeri.
"Tulah kan, tak penyabar betul. Tapi nak tanya sikitlah, jaga Taehan susah ke tidak? Dulu jaga si kembar tu penat sangat sampai minta tolong adik Doyoung jagakan sekejap" Yeri sandar pada dinding.
"Syukur dia tak banyak meragam. Selalu tidur je, doktor ada cakap. Kalau dia genggam tangan maksudnya lapar, bila lepas tangan maksudnya kenyang. Tapi pelik jugalah, dia selalu buat gaya rock. Tu tandanya lapar sangat ke?"
"Ini mesti terpengaruh dengan bapanya. Masa kak mengandung suka sangat dengar lagu rock sampai anak pun terkena" Jawab Yeri dan buat Junghee ketawa besar terus jadi perlahan. Luka pembedahannya terasa sakit bila gelak tak ingat dunia.
"Saya pelik juga bila dapat tahu mengandung ni. Sebab takde apa-apa tanda, pening takde, loya dengan muntah-muntah pun takde. Sakit pinggang pun sama. Selepas balik hospital, Doyoung ada cakap dengan saya, dia buat kerja kemudian pergi tandas nak muntah.
Kemudian dia kata kepala tetap pening walaupun dah telan dua biji panadol. Kalau tak larat nak buah kerja. Daddy suruh berehat kat bilik khas sampai dah okay sikit. Masa kena bedah tu pun sama juga, dia muntah dan dia kata luka dia sakit kesan dari dia muntah tu. Nampaknya anak-anak memang sayang dekat saya sampai alihkan mabuk mengandung dekat pakcik dan appa mereka. " Ujar Yeri dengan panjang lebar dan Junghee sempat menguap tunggu habis cerita.
"Dulu Ten sekarang ayah mereka pula. Haiyo" Balas Junghee.
Jisung berjalan ke arah mereka sambil makan aiskrim. I scream you scream gimme that gimme that Jisung! Eh tiberr.
"Kenapa noona pakai seluar? Tak sakit ke?" Soal Jisung.
"Noona bersalin caeser lah. Dah lah, nanti abang kau cari pula" Junghee pegang tempat bedah dan berjalan dengan perlahan.
Jisung hanya mengganguk faham dan masuk bilik nak bergusti dengan Chenle.
-TBC
Korang suka chapter panjang atau pendek? 😂
YOU ARE READING
[S1 & S2 ] Keluarga Lee - NCT
FanfictionSooman berkahwin dengan Minyoo dan Saera serta dikurniakan ramai cahaya mata. Bagaimanakah keadaan mereka semua dalam satu rumah? Highest rank: [29/1/2019] No. 1 in NCT [30/1/1/2019] No. 1 in NCT [31/1 /1/2019] No. 1 in NCT