S2 55

431 56 45
                                    

"uwek.. uwek"

Alessia terjaga dan bergerak manakala Yuta masih lagi tidur kerana terlalu letih bekerja seharian.

"uwek.. " Dia menangis tapi tak kuat seperti kebanyakkan bayi yang lain. Yuta terbangun dan tengok jam di dinding.

"Anak papa terbangun rupanya, sekarang kita pergi mandi kemudian turun sarapan" Yuta ambil Alessia yang tidak berhenti bergerak dan mencium seluruh mukanya.

Yuta tekan suis bilik air dan melangkah masuk. Dia teringat tentang kejadian lalu dimana Shannon tergelincir.

Dia melangkah ke belakang semula dan Alessia menangis lebih kuat.

"Papa tiba-tiba teringat tentang mama, sekarang kita mandi ya?" Yuta memberanikan diri masuk kedalam bilik air semula dan mandikan Alessia dengan air suam dengan berhati-hati, dia asyik menangis kerana rasa sakit di bahagian pusat.

"Alolo, sabar nanti kita habis" Yuta ambil sedikit air dan bersihkan mukanya. Tuala diambil dan mereka keluar dari bilik air.

Yuta letakkan dia di atas katil dan buka almari untuk pakaikan baju. Selepas jumpa, dia ambil bedak dan minyak untuk disapu pada badan Alessia.

Dia asyik gerak ketika Yuta cuba pakaikan baju. Yuta ambil stoking dan sarung tangan kemudian dipakaikan supaya dia tidak kesejukan.

"Wangi dah Alessia sekarang" Yuta mencium bau badannya dan balut dengan kain putih kemudian mereka turun ke bawah.

Siyeun melangkah kaki pergi ke bilik air untuk mandi tapi tiba-tiba Jeno halang dia untuk masuk.

"Kenapa dengan abang ni! Tak bagi saya mandi ke? " Siyeun pandang Jeno atas bawah dengan tidak percaya.

"Abang kena pastikan awak berhati-hati, saya takut sesuatu berlaku dekat anak kita" Jeno menggeleng kepala dan Siyeun tepuk dahi.

"Bang, saya nak mandi. Janganlah halang saya, kalau awak nak jadi kambing silakan. Tapi saya ni manusia, kena mandi" Siyeun mahu masuk tapi Jeno halang dan mendepakan tangan.

"Saya takut yang awak tergelincir.." Jeno pandang mukanya dengan sayu.

"Abang, kalau kita berhati-hati macam mana pun. Kalau nak berlaku pun, tetap akan terjadi"
Siyeun menyilangkan tangan dan barulah Jeno alihkan badan dari bilik air.

"Saya takut kejadian yang berlaku sebelum ni kena dekat awak. Saya tak boleh" Jeno menggeleng dan gigit bawah bibir.

"Apa lah abang ni, janganlah fikir yang bukan-bukan" Siyeun mahu tutup pintu tapi Jeno halang sekali lagi.

"Nak apa lagi? " Ujarnya dengan malas dan Jeno turunkan badan untuk cium perutnya.

"Anak appa duduk diam-diam, jangan buat eomma muntah-muntah je. Kesian dia bangun pagi-pagi, kemudian eomma sakit badan dia tendang appa sampai jatuh katil tahu!" Jeno mengusap pula dan berborak dengan anak mereka didalam perut.

"Ish, dahlah. Malas nak layan Lee Jeno anak Sooman ni" Siyeun tolak Jeno kerana rasa geli dan tutup pintu untuk mandi.

Jeno bangun dan tersenyum kerana rasa senang. Dia terlupa potong kuku dan dia saja kacau Siyeun dengan cakar pintu.

"JENO! " Jerit Siyeun dari dalam bilik air. Jeno ketawa tanpa henti kerana berjaya kacau.

Yang lain telah turun lebih awal dan tolong memasak. Johnny tolong jagakan anak saudara yang lain dan jadi pengasuh tak bergaji.

"Pakcik, bintang ada berapa? " Soal Donghyeon.

"Tak terkira sayangku" Johnny hanya melayan mereka semua.

"Kenapa kalau kita mencarut mesti sebut babi? Bukan haiwan lain, apa salah dia sampai selalu kena sebut? " Tanya Doyeon pula.

Johnny menggaru kepala dengar satu soalan yang diajukan. Sebenarnya dia pun taktahu.

"Sayang, jom tolong nenek potong buah letak kat meja" Doyoung datang lalu angkat Doyeon setinggi-tingginya, kalau boleh kena siling terus.

"Okay appa! " Balas Doyeon dan minta diturunkan. Johnny menarik nafas lega dan pandang Doyoung.

"Kamu semua pun kena tolong nenek dan mak masing-masing. Pergi sekarang! " Arah Doyoung dan mereka semua terus pergi kerana takut.

"Terima kasih sebab selamatkan aku. KBAT soalan anak kau ni" Johnny pegang dada dan Doyoung duduk disebelah.

"Kenapa baik sangat tolong jagakan anak orang ni? " Doyoung letakkan Dohee di peha kerana dia datang dan minta diangkat.

"Aku ni suka budak, Younghee pun sama. Kebetulan semua tengah sibuk kat dapur, aku tolonglah jaga anak saudara" Balas Johnny dan Doyoung mengganguk faham.

Yuta datang dan duduk dengan mereka. Airliur Alessia yang keluar dilap dengan sapu tangan yang sentiasa dibawa.

"Cantiknya anak buah pakcik ni!" Johnny dan Doyoung datang lebih dekat dan bermain dengannya. Mulut yang terbuka kerana menguap ditutup dengan serta-merta.

"Dia tadi menangis tak henti-henti, aku tak tahu nak buat apa kemudian lama-lama dia berhenti sendiri" Ujar Yuta kemudian botol susu yang dipegang diletakkan di meja.

"Kau bancuh susu betul-betul tak? Kalau tak sedap, mananya dia nak minum" Soal Doyoung lalu ambil Alessia dari tangan Yuta.

"Aku bancuh ikut sukatan, aku siap tengok label dengan teliti berkali-kali! " Yuta tidak sengaja terbuat Alessia terkejut.

"Kau ni, terkejut dia" Marah Johnny dan belai kepalanya yang masih lagi lembut.

Yeri keluar dari dapur dan panggil yang lain kerana sarapan telah siap. Dia ambil tisu dan lap peluh yang mengalir.

Tapi mereka bertiga masih lagi berborak panjang dan tidak dengar yang dicakapkan Yeri.

"Abang, saya panggil suruh pergi dapur lah" Yeri mendekati mereka barulah semuanya berhenti bercakap.

"Yelah Kamsah Hamidah , abang dengar ni" Doyoung bagi Alessia kepada Johnny dan bangun kemudian pegang bahu Yeri.

"Aku pun dah lapar tahap dewa ni" Johnny beri kepada Yuta semula dan masuk dapur untuk telan semua makanan.

Mereka semua bagikan pinggan dan makan dengan penuh selera. Yuta juga makan sambil pegang Alessia dengan tangan kiri.

Sooman minum air dan tiba-tiba kenyitkan mata kepada Saera dan Minyoo. Bulu roma mereka berdua terus berdiri.

Haechan suapkan Hyejin makan dan semuanya mula ikut suap isteri masing-masing. Yang belum kahwin suap sesama sendiri.

Yuta tersenyum dan dalam masa yang sama juga sedih. Mereka ada peneman tapi dia?

Minyoo perasan dan tepuk belakang badannya supaya bersabar. Yuta pegang tangannya dan buat tiada apa-apa yang berlaku.

-TBC












[S1 & S2 ] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now