Johnny ambil kunci kereta dan bawa Renjun ke hospital. Renjun pegang tangan Jeno dan tidak mahu lepas sehingga Jeno terpaksa ikut masuk bilik bersalin walaupun dia bukan suaminya.
"EUGHHH!! " Renjun pegang tangan Jeno terlalu kuat sehingga kemerahan dan bengkak.
"Noona boleh buat, you can do it" Jeno memberi kata-kata semangat. Dia kesian dengan kakaknya kerana terpaksa bersalin tanpa suami disisi.
Jihoon letak kereta dan ketuk pintu. Sooman membuka pintu sedikit dan dia nampak menantunya terus tutup semula.
Jihoon cuba halang dari dia tutup tapi tenaga Sooman lebih kuat.
"Daddy! Saya nak jumpa Renjun. Saya nak jelaskan semuanya dekat dia. Itu semua cuma kemalangan" Jihoon melutut didepan pintu, dia biarkan hujan membasahi dirinya. Dia berharap Renjun didalam tapi dia tidak tahu yang Renjun telah dibawa ke hospital.
"AKU TAKNAK DENGAR SUARA KAU! PERGI! " Sooman bercakap dengan kuat dan Jihoon balik ke rumahnya. Mereka taknak dengar penjelasannya.
Jihoon balik dengan perasaan hampa.
"Jeno, sakit hiks hiks" Renjun teran tanpa henti dan menangis tanpa henti juga. Jeno hanya mampu tenangkan.
Renjun tak tarik rambut Jeno haha, ini bukan masa yang sesuai untuk bergurau.
"Puan! Teran lagi"
Renjun keletihan dan bajunya penuh dengan peluh. Jeno mencium tangannya supaya jangan mengalah.
"EUGHH!! "
"Uwek uwekkkk! "
Renjun pandang Jeno yang telah teman dia sepanjang dia bersalin. Jeno mencium dahinya pula supaya Renjun rasa dihargai.
"Noona, noona dapat anak perempuan" Jeno mendukung anak buahnya dan letakkan di sebelah Renjun.
Mata Renjun perlahan-lahan tertutup kerana letih.
Jeno keluar dari bilik bersalin dan Johnny mendekatinya.
"Noona selamat, dia dapat anak perempuan" Jeno tiba-tiba sebak ketika dia teringat Renjun berjuang untuk melahirkan anak.
Johnny peluk Jeno kerana telah tidak biarkan Renjun bersalin berseorangan.
"Terima kasih sebab temankan dia dekat dalam tadi" Johnny menahan sebak tapi tidak boleh.
Doktor keluar dan serahkan bayi yang telah dimandikan kepada Jeno.
"Ini dia anak encik"
Jeno dukung dengan berhati-hati dan gelak kerana doktor salah faham.
"Aduh Jeno, kau awek pun takde takde. Tiba-tiba ada anak" Tangisan Johnny berubah kepada tangisan ketawa tak henti-henti.
"Bukan suami? Habis tu, siapa? " Soal doktor yang sekarang sedang keliru.
"Suami dia ada hal, saya adik dia" Balas Jeno dan doktor terkejut tapi cuma sekejap dan tinggalkan mereka kerana ada kerja yang harus dilakukan.
Johnny perhatikan iras muka anak buahnya.
"Muka dia cantik, sama macam mak dia.."
"Dan mata dia ikut Renjun juga.." Jeno menyambung dan beri kepada Johnny untuk dukung.
++++
Renjun bangun kerana cahaya matahari mula memunculkan diri. Jeno yang jaga dia semalaman juga terbangun. Nasib baik ada baju Younghee dan Dohee untuk anak Renjun pakai kerana semuanya tertinggal di rumah lain.
"Noona, noona nak apa-apa tak? " Jeno gosok mata dan datang dekat katil.
Renjun cuba bangun dan badan rasa sakit di semua bahagian.
"Jeno, anak aku mana? " Renjun memandang sekeliling tetapi tiada.
"Dia ada kat bilik bayi, biar Jeno ambil dia" Jeno pakai selipar dan tangannya ditarik oleh Renjun.
"Terima kasih sebab temankan aku bersalin semalam. Kau cium aku supaya aku tenang " Renjun hampir menangis dan Jeno cuma senyum dan keluar.
Dia kembali semula dengan membawa bayi perempuan yang sihat dan cukup sifat. Renjun ambil dari tangan Jeno dan tepuk badannya dengan perlahan.
"Cantiknya anak mama ni. " Renjun membelai rambutnya. Jeno senyum melihat kakaknya dukung dengan kasih sayang.
"Apa nama dia noona? "
"Areum, Hwang Areum "
"Sedap, Jeno suka nama Areum tu" Jeno belai rambutnya.
Jihoon masuk dalam bilik yang menempatkan Renjun. Semuanya gara-gara salah seorang kawan dia ternampak Renjun dimasukkan ke hospital.
Jeno rasa seperti mahu tumbuk tapi Renjun tarik bajunya supaya jangan cari pasal. Ini anak dia juga.
Jihoon mendekati Renjun dan tunjuk rakaman CCTV semalam. Jeno juga tengok dan terasa tertipu. Kenapa Jihoon tidak jelaskan lebih awal lagi?
"Kenapa awak tak kejar saya? Saya jalan macam penguin nak tahan teksi tu" Renjun berpaling dari pandang muka Jihoon.
"Saya sibuk pilih selipar, saya ada banyak selipar. " Jihoon membuatkan muka comel.
Jeno menggeleng kepala dan hantar mesej untuk beritahu Renjun telah selamat bersalin dan beritahu yang berlaku tadi malam cuma salah faham.
"Nama anak kita apa? " Jihoon dukung Areum setelah Renjun bagi.
"Hwang Areum anak Hwang Jihoon" Balas Renjun dengan pendek.
Beberapa minit kemudian, bilik wad bernombor 117 dipenuhi dengan ahli keluarga yang melawat. Doyeon, Younghee dan Dohee ada geng baharu iaitu Areum.
Sooman meminta maaf kepada Jihoon kerana marah. Nasib baik Jihoon tidak menyimpan perasaan atau dendam kerana dia tahu semuanya tidak tahu yang itu cuma salah faham.
Jeno, Haechan dan Yuta berborak-borak dan tak habis-habis pasal tarik rambut.
"Renjun tak tarik rambut kau? Biar betik, kau jangan nak kentutkan aku" Ujar Yuta sambil mengunyah roti.
"Dia tak tarik tapi dia pegang tangan Jeno rasa macam nak terkehel dan patah rasanya. Kuat sangat, Johnny hyung cakap kena cium supaya dia tak takut sangat dan buat dia rasa dihargai" Jeno minum air kerana dia belum makan lagi.
"Aku tabik gila dengan kau, dah macam suami dah teman siap cium tangan dengan pipi tu" Haechan menepuk tangan.
Jeno makan kerepek kentang dan diamkan diri. Semuanya bergilir-gilir dukung Areum.
Mula-mula Jaehyun, Winwin, Sooman, Saera, Minyoo. Dan yang lain-lain. Terlalu banyak sampai tak larat nak tulis semuanya. Jungwoo datang dan beri hadiah kepada Renjun berupa sepasang stoking bayi berwarna biru.
Areum berkulit cerah putih melepak dan lebih ikut Renjun daripada Jihoon.
Jihoon pun tidak kisah dengan rupa paras anaknya asalkan dia sentiasa sihat.
-TBC
YOU ARE READING
[S1 & S2 ] Keluarga Lee - NCT
FanfictionSooman berkahwin dengan Minyoo dan Saera serta dikurniakan ramai cahaya mata. Bagaimanakah keadaan mereka semua dalam satu rumah? Highest rank: [29/1/2019] No. 1 in NCT [30/1/1/2019] No. 1 in NCT [31/1 /1/2019] No. 1 in NCT