Ten keluar dari teksi dan berlari awan nano ke restoran dan tengok telefon jika alamat yang diberi betul.
"Nasib baik alamat yang dibagi betul. Sekarang cari tempat duduk" Ten buka pintu dan pilih tempat duduk dekat dengan tingkap menghadap luar.
Dia mengetap gigi ketika menunggu seseorang datang.
Ten lihat jam di tangan dan masih lagi menunggu.Seorang gadis berpakaian agak seksi datang dan duduk didepannya. Gadis itu pandang Ten dengan tidak percaya, Ten tersenyum kekok dan menggaru leher.
"Lee Youngheum? " Gadis itu tanya menginginkan kepastian, Ten mengganguk perlahan.
"Bae Ahrang? " Tanya Ten pula dan dia mengganguk kepala dengan perlahan.
"Saya tak sangka yang awak lebih cantik dari gambar profile dekat website cari jodoh tu" Ten tersimpul malu tapi Ahrang hanya bermain dengan rambut karatnya yang panjang. Skirt pendek paras peha yang ternaik diturunkan sedaya upaya.
"Youngheum, dalam gambar awak bergaya dan pakaian yang awak pakai agak mahal. Can I ask something? " Soal Ahrang dan Ten mula gelisah.
"Awak nak tanya apa? Jangan pelik-pelik" Ten menelan airliur berkali-kali.
"Awak orang berada ke? Saya sedang cari lelaki yang boleh sara hidup saya. Awak pun tahu, yang zaman sekarang ni barang makin mahal" Ahrang menghirup kopi yang baru sampai.
"Saya taklah kaya sangat. Nak kata miskin pun tak, senang cerita. Saya berasal dari keluarga sederhana" Balas Ten dan Ahrang seperti kecewa.
"Saya sedang cari lelaki kaya untuk tampung hidup saya selepas berkahwin. Saya rasa awak bukanlah pilihan yang tepat" Ahrang letakkan cawan semula dan pandang Ten dengan sinis. Ten terkejut dan cuba berlagak dia tidak apa-apa.
"Awak, awak boleh makan nasi berlaukkan telur goreng tak? " Ten cuba mengumpan dan Ahrang cepat-cepat menggeleng kepala.
"Hell no, saya makan makanan barat je. Goreng-goreng ni semua tak makan, tak menyihatkan langsung" Dia menggeleng lagi dan Ten tahu keadaan ini takkan berpanjangan.
"Secara keseluruhannya, kita tidak berjaya lanjutkan hubungan ni sampai ke tahap seterusnya? " Soal Ten dan dia bangun dari kerusi dan ambil bag tangan.
"Yes, tengoklah awak. Pakai baju pun murah dan tahu sangat yang itu tiruan. Tengok saya, original dan saya memang beli kedai mereka " Ahrang terus hina Ten dan tidak tahu yang dia adalah anak kepada usahawan berjaya.
Ten menggengam tangan dan
pandangnya dengan senyuman walaupun dalam hati mahu saja belasah perempuan yang berdiri didepannya."Takpelah kalau saya bukan type ideal awak. Semoga awak jumpa jodoh yang baik dan terima kasih berkawan dengan saya dalam sosial media walaupun tak lama. Harap awak tak menyesal dengan kata-kata awak" Ten bangun dari kerusi dan letakkan duit di atas meja kemudian keluar dari restoran.
Ten tidak lagi memandang muka Ahrang dan dia berlari melintasi jalan. Buku nota kecil dan pen merah dikeluarkan dari bag.
Dia buka buku dan tanda dengan pen sebagai tanda gagal untuk temujanji yang ke 30. Bukannya dia tak berusaha, tapi dia masih lagi belum ada jodoh.
Ten berteduh di bawah bumbung satu kedai dan tempah grab untuk datang ambil.
++++
Taeyong, Taeil, Doyoung serta Johnny duduk di ruang tamu sambil merenung tajam Haechan dan Jeno yang duduk didepan mereka.
"Dengar cakap kitaorang yang dah makan garam dulu dari korang. " Ujar Doyoung dan tidak berkelip mata sekali pun.
"Dah makan banyak garam pun kaki masih tak potong lagi. Kuatnya sistem imunisasi hyung ni" Haechan menunduk kerana takut dimarahi. Jeno disebelah siku kerana asyik bermain.
"Itu cuma perumpaan orang tua-tua dulu. Aku akan belasah korang berdua asyik main-main" Balas Johnny dan mereka tegakkan badan seperti tentera.
"Korang berdua tahu yang kan kenapa hyungdeul panggil turun kat bawah" Soal Johnny dan mereka geleng kerana tidak tahu.
Johnny dan Taeyong berpandangan sesama sendiri dan menarik nafas dengan lama."kitaorangnakpesandancakap
biladahjadi ibubapa. janganjadibangangtaksudah" Mereka berdua rap dan nasib baik dapat difahami.Doyoung dan Taeil tarbiah mereka dan tambah highnote sebagai penambah rasa. Jeno dan Haechan mengangguk faham dan gosok telinga kerana rasa rasa sakit.
Perbualan mereka berhenti kerana Ten masuk rumah dengan baju yang basah kuyup.
"Young Taufu! Berjaya atau tidak dengan awek tu? " Johnny menjerit dan dia tidak membalas dan terus masuk bilik. Pintu dihempas dengan kuat dan dikunci.
"Nampak gaya macam tak berjaya tu. Harap dia bertemu jodoh yang sesuai pada masa yang akan datang" Ujar Taeil dan mereka semua bersetuju.
"Yootae! Nak pergi mana? " Soal Taeyong kerana nampak Yuta berpakaian serba hitam dan sedang turun dari tangga.
"Macam biasalah! Alessia tidur kat atas tu. Kalau terbangun, tolong jagakan dia ya? " Yuta turun dari tangga dengan cepat dan buka pintu kerana tergesa-gesa.
"Boleh je! " Balas Doyoung dan Yuta masuk balik kerana lupa ambil kunci kereta.
"Eh, RENJUN!" Yuta segera peluk dia yang baru sampai. Pipi tembam Renjun dicubit kerana geram.
Areum berlari kedalam rumah selepas kasut dibuka. Jihoon datang sambil mendukung Hyeonmin dan Hyeonjun serentak.
"Noona! " Jeno dan Haechan bangun dari kerusi dan terus peluk Renjun kerana terlalu rindu.
"Oppa pergi dulu, nanti kita berborak selepas balik" Yuta sekali lagi peluk Renjun dan terus keluar rumah.
"Rindu dengan kitaorang ke? " Johnny datang dan mengusik Renjun.
"Haah, rindu nak membawang dengan korang. Hari ni Renjun tidur dekat sini sebab Jihoon ada hal dekat tempat kerja" Balas Renjun dan mereka mengganguk faham.
Sooman keluar dari dapur dan datang ke ruang tamu untuk beritahu sesuatu.
"Daddy nak hantar semua kereta pergi bengkel untuk betulkan tapi ada satu kereta yang Yuta gunakan. Kamu semua tak kisah kan? " Soalnya dan mereka tidak kisah kerana mereka tidak keluar pergi mana-mana pun hari itu.
-TBC
YOU ARE READING
[S1 & S2 ] Keluarga Lee - NCT
FanfictionSooman berkahwin dengan Minyoo dan Saera serta dikurniakan ramai cahaya mata. Bagaimanakah keadaan mereka semua dalam satu rumah? Highest rank: [29/1/2019] No. 1 in NCT [30/1/1/2019] No. 1 in NCT [31/1 /1/2019] No. 1 in NCT