S2 38

390 55 32
                                    

Saera memakai topi dan sarung tangan khas untuk berkebun. Dia keluarkan gunting besar dan potong daun-daun yang tua supaya pokok tidak tanggung beban yang berat.

Dia berhenti sekejap dan duduk di kerusi untuk minum air ribena yang dibancuh sebelum berkebun.

Patutlah anak-anak beliau semua ceria dan sihat. Rupanya rahsia beliau adalah minum ribena.

Seorang lelaki berkulit sawo matang datang dari belakang dan tutup mata Saera dengan tangannya.

"Eh siapa ni? Mama tak boleh nampak lah" Saera senyum dan cuba mengalihkan tangannya.

"Mama cubalah teka. Tak jawab taknak alihkan tangan"

Saera tersenyum. Dia tahu pemilik suara yang tutup mata dia.

"Lee Donghyuck, kenapa tutup mata mama? Nak main-main ke? " Saera menoleh dan kemudian cubit pipi tembam Haechan kerana terlampau geram.

"Saja lah main-main dengan mama. Tak boleh ke? Haechan dah besar, dah tak boleh manja-manja lagi" Haechan mencebik bibir dan peluk Saera dengan erat.

"Siapa cakap tak boleh? Selagi mama ada, selagi tulah Haechan boleh bermanja dengan mama. Bukan kamu je, adik beradik kamu yang lain pun boleh" Saera tarik tangannya suruh duduk disebelah. Kerusi dibersihkan dengan sapu tangan terlebih dahulu barulah bagi Haechan duduk.

"Mama, kalau Haechan cakap sesuatu boleh tak? Hal ni ada berkaitan dengan Jeno juga. Haechan harap sangat yang mama tak marah tentang perkara ni. Haechan tak berani nak bagitahu daddy" Haechan bercakap dengan laju dan membuatkan Saera bingung.

"Kenapa ni? Cakap macam dah nak mati pula. " Saera pandang tepat mata Haechan yang berwarna coklat pekat.

"Kawan Haechan dan Jeno nak datang nanti. Mama tahu-tahulah kalau kami takut sangat ni" Haechan menelan air liur beberapa kali kerana terlambat ketakutan.

"Kawan perempuan eh? Kawan istimewa ke? Dah besar dah anak-anak mama ni, dah pandai mengayat ngan menggatal. Belajar dari siapa? Yuta hyung ke? " Saera membelai rambutnya dan Haechan yang tersenyum kekok hanya menggangukkan sebagai apa yang dikatakannya memang betul.

Manakala Yuta yang berada di tempat kerja sedang minum tersembur air terkena muka pekerja lain sebab nama disebut.
"Haechan dengan Jeno tahulah kami ni selepas habis belajar duduk kat rumah goyang kaki je. Kami tak kerja dekat pejabat macam abang-abang yang lain. Tapi kami berdua niat memang cuma nak berkawan je. Tapi tak sangka pula sampai ke tahap ni. "
Saera senyum melihat muka gelisah Haechan dan peluh yang menitis-nitis jatuh ke lantai.

"Mama tak kisah pun kalau kamu berdua nak kahwin muda. Tapi cuma satu je yang mama nak cakap, perkahwinan ni suatu tanggungjawab besar yang harus dipikul. Selepas berkahwin, dah tak bebas macam dulu. Tak boleh itu, tak boleh ini. "

Haechan pandang wajah Saera dengan tidak percaya.

Kenapa jauh sangat yang dia cakap? Sedangkan Haechan pun tak bersedia untuk kahwin sebab beli internet pun guna duit bapa dia.

"Mama, kami berdua ni cuma penggangur je. Ada segulung ijazah tapi tak bekerja tak guna juga. Siapa yang nak kahwinkan anak dara mereka dengan orang macam ni?  Kami pun masih was-was lagi pasal ni" Haechan letakkan kepala di bahu Saera.

"Nanti mama pujuklah daddy ambil kerja kat sana. Boleh tolong abang-abang kamu, tapi tak boleh curi tulang ikan atau ayam. Kamu kena rajin berusaha dan kuat bekerja barulah dapat naik pangkat macam abang kamu yang lain" Saera memberi semangat dan buat Haechan jadi sebak. Hingus hampir keluar tapi takde kain lap, dia tak sanggup calit pada baju Saera.

"Mama mesti pelik kenapa Haechan yang cakap dengan mama bukan Jeno. Semalam kitaorang belikan Renjun noona baju. Dia pilih Jeno, secara keseluruhannya Haechannie kalah! " Haechan alihkan kepala di peha Saera dan menangis.

"Okay lah tu, mama nak siap nanti nak jemput kawan tu datang. Mama akan bancuh teh dan beli biskut tin dari Makcik Jennie anak Jernih tu"

Haechan kembali senyum semula dan peluk Saera dengan erat. Saera mengecup dahi,pipi dan bibi-nya

++++

Saera mengambil secawan teh dan menghirup isi didalamnya sedikit dan sopan. Matanya melihat dua gadis yang duduk dihadapannya.

Jeno dan Haechan berada didalam bilik dan mengelap peluh yang tidak berhenti keluar kerana terlalu takut.

"Jadi, nama kamu berdua siapa? Bagaimana boleh berjumpa dengan anak kembar makcik ni?" Saera letakkan cawan di meja semula dan pandang mereka dengan 'judge hard'nya.

"Nama saya Yun Hyejin. Saya ke-kenal Haechan sebab terlanggar dia masa waktu rehat dekat se-sekolah dulu" Gadis berkacamata bujur dan pakai reben biru di kepala itu pegang cawan dengan terketar-ketar.

Saera mengganguk faham dan mengalihkan pandangan pada seorang lagi gadis yang memakai seluar palazzo hitam dan pakai baju biru berlengan panjang dan tidak berkacamata.

"Nama saya Yang Siyeun, saya berjumpa Jeno di perpustakaan kolej. Dia tolong ambilkan buku di atas rak kerana tangan saya tak boleh capai ketinggian tu" Dia menghirup air dengan perlahan-lahan.

Saera ambil cermin mata dan pakai dengan kemas. Dia memulakan siasatan kerana tidak mahu pilihan yang salah.

Saera sebagai ibu, dia mahukan yang terbaik untuk anak-anak lagi-lagi dalam hal percintaan.

"Hyejin, Siyeun. Boleh ceritakan tentang diri kamu dan keluarga?  Maaflah makcik ni banyak bertanya" Saera ketawa sambil letak tangan di mulut tapi dalam masa sekejap matanya berubah menjadi pandangan tajam.

Hyejin angkat tangan memulakan dulu.

"Saya anak ketiga dari tiga adik beradik. Semuanya perempuan, eomma saya suri rumah dan appa kerja sebagai pengawai polis. Jangan risau, ayah saya tak pernah ambil rasuah"

Saera mengganguk faham dan menghirup teh sehingga tinggal sikit. Jeno dan Haechan tidak berhenti berdoa dalam bilik supaya semuanya berjalan dengan lancar.

"Kamu berdua memang nak berkahwin dengan mereka ke? Dahlah penggangur, bangang pula tu. Pemalas tu memang tak cakap lah" Saera senyum sinis memandang mereka.

Hyejin dan Siyeun senyum malu. Mereka tahu yang Saera sengaja cakap begitu.

-TBC

Get well soon our fullsun Haechannie. ☀🌻

[S1 & S2 ] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now