Doyoung berdiri depan cermin, songkok dipakai dan sampin dibetulkan sedikit.
"Aku tak sangka kau dah nak kahwin" Johnny sandar pada dinding sambil menghembuskan hingus pada tisu.
"Aku tak sangka kau dah nak jadi suami orang. Aku akan rindu nak bergaduh dengan kau" Ten pula berlakon menangis dengan Taeyong.
"Aku yang paling tua pun tak kahwin lagi. Takpelah, pergilah dengan tenang adikku. Kami semua redha dengan pemergian mu" Taeil pula join yang lain acah-acah menangis.
"Aku nak kahwin! Bukan nak mati! " Doyoung membetulkan kain sampin yang tiba-tiba senget.
Jaemin dan Hansol duduk di katil. Kali ni ada yang menangis betul-betul.
"Hyung.. Betul ke hyung nak kahwin? Jaemin nak ikut.."
"Haah. Hansol pun sama, hyungdeul lain semua taknak layan kitaorang. Noona pun sama"
"Amboi! Kitaorang tak layan? Habistu siapa yang cebokkan kencing, buatkan susu, buka tv, masak maggie untuk korang?" Taeyong mencekak pinggang.
"Taeyong, jangan buat budak-budak menangis. Makin teruk keadaan nanti" Johnny cuba halang Taeyong dari marah.
Doyoung duduk di katil. Kedua-dua pipi mereka dicubit dengan perlahan.
"Hyung pun ada orang yang dicintai. Nanti bukan hyung seorang je yang kahwin. Hyungdeul dan noona pun akan kahwin kalau bertemu jodoh. Hyung tak pasti pula jodoh yang mana satu" Doyoung peluk Hansol dan Jaemin dengan erat.
"Hyung.. Jangan lupakan kitaorang tau? "
"Iya, hyung takkan lupakan adik-adik hyung yang comel ni semua. "
Di sisi lain, Taeyong, Ten dan Taeil pula lap air mata yang keluar.
"Siapa yang potong bawang kat sini? " Johnny lap hingus di baju Ten.
"Tak senonoh lah perangai lah kau! " Ten pukul Johnny dengan kuat.
"Jangan menangis lagi tau? Yeri noona tu baik orangnya. Percaya lah cakap Doyoung hyung"
"Pengantin lelaki, tok kadi dengan pengantin perempuan dah sampai" Renjun mengetuk pintu dari luar.
"Jom, jom turun bawah" Johnny bawa kipas sebab dia pengapit lelaki. Yang lain tolong tengok.
Doyoung turun dari tangga dan duduk depan Tok Kadi yang kelihatan garang. Mukanya berpeluh-peluh.
Taeyong bukakan kipas elektrik dan halakan kepada Doyoung walaupun penghawa dingin dah dibuka dengan suhu paling sejuk.
"Muhammad Dollah Lee Dongyoung Bin Abdullah? Betul ni eh pengantin lelaki takde nak tipu-tipu semua " Soal Tok Kadi sambil melihat borang.
"Ya saya? Betul lah itu nama saya" Balas Doyoung.
"Betul kamu nak kahwin? "
"Betul lah, buat apa saya duduk kat sini sambil pakai baju melayu serba putih ni semua? " Doyoung tergelak kecil.
"Nama pengantin perempuan.. Ya Allah... Nasib aku baik aku dah pratice hari tu. Kita mulakan ya? " Tok Kadi membetulkan duduk dan berjabat tangan dengan Doyoung.
" Muhammad Dollah Lee Dongyoung Bin Abdullah"
"Ya saya"
"Aku nikahkan kau dengan Princess Aura Kamsah Hamidah Bridgia Kalina Charisma Acha Septriasa Park Geun Hye Kim Yerim Binti Manny Varsity dengan RM60,000 ringgit tunai. "
"Aku terima nikah Princess Aura Kamsah Hamidah Bridgia Kalina Charisma... Putih mulus.. "
Doyoung mula terlupa nama belakang.
Renjun yang duduk dengan Yeri mula gelabah. Jantung Yeri berdegup dengan pantas.
"Lagi sekali ya? Aku nikahkan kau dengan blablablabla------"
Kepala Doyoung mula pening, dia cannot brain walaupun hari-hari dia rap nama tu dengan Taeyong dan Mark.
Sayang punya pasal.
Setelah hampir masuk 15 kali akad nikah, sebahagian besar tetamu telah balik. Mekap Yeri telah comot dan Renjun selaku jurumekap, kena sentiasa bersedia untuk betulkan mekap.
Jurugambar dan videographer tertidur. Saera dan Minyoo menguap setiap 0 saat.
Sooman tampar pipi tanpa henti, begitu juga dengan Mark. Jaehyun sempat main PUBG dengan Winwin.
Yang lain? Ada yang tertidur, pergi tandas, sempat minum air kat dapur.
Tok kadi letakkan tangan di kepala kerana pening.
"Tok bagi last chance. Tak dapat lagi, Tok terus balik"
Doyoung mengganguk faham. Sekali lagi tangan dijabat.
"Aku nikahkan kau Aku nikahkan kau dengan Princess Aura Kamsah Hamidah Bridgia------"
Doyoung yakin dia dapat lepas kali ini.
" Aku terima nikah Princess Aura Kamsah Hamidah Bridgia Kalina Charisma Acha Septriasa Park Geun Hye Kim Yerim Binti Manny Varsity dengan RM60,000 ringgit tunai"
"SAH SEMUA?! " Tanya Tok Kadi.
"SAHH!!! " Balas yang lain selepas penantian yang sungguh lama.
"Alhamdullilah syukur" Doyoung berdoa dan dada ditepuk perlahan.
"Apa lagi, batalkan lah air sembahyang tu" Ujar Manny.
Doyoung dengan malu ambil cincin dan sarung ke jari manis isterinya. Yeri, atau nama penuhnya gak usah disebutin.
Doyoung mengecup dahinya dengan lama. Kemudian, Yeri pula bersalam dengan Doyoung.
Yuta menahan sebak. Ya, sebab dia tak makan lagi.
-TBC
(`∀´)
![](https://img.wattpad.com/cover/120333211-288-k947270.jpg)
YOU ARE READING
[S1 & S2 ] Keluarga Lee - NCT
FanfictionSooman berkahwin dengan Minyoo dan Saera serta dikurniakan ramai cahaya mata. Bagaimanakah keadaan mereka semua dalam satu rumah? Highest rank: [29/1/2019] No. 1 in NCT [30/1/1/2019] No. 1 in NCT [31/1 /1/2019] No. 1 in NCT