S2 53

368 47 28
                                    

"Kenapa kamu buat keputusan yang bodoh! Nasib baik adik dan abang kamu selamatkan daripada mati! " Sooman memarahinya tapi tidak terlalu kuat.

"Yuta tahu yang itu perbuatan yang salah. Tapi Yuta rindu Shannon sangat-sangat. Tak dapat percaya yang dia dah takde" Yuta menunduk meminta maaf berkali-kali.

"Tapi kamu kena kuat untuk anak kamu. Cukuplah yang dia kehilangan mak, takkan dia pun nak hilang ayah juga?" Minyoo tidak mahu marah tapi dia perlu beri nasihat kepada anak lelakinya.

"Yuta rindu isteri Yuta, sebelum tidur kami berborak panjang" Yuta menarik hingus daripada keluar dari hidung.

"Kami semua juga rasai pemergian dia. Kami semua rindukan Shannon, tapi mesti ada hikmah yang berlaku disebalik semua ini" Ujar Minyoo lagi. Yuta tidak dapat berkata-kata lagi dan menitiskan airmata.

"Alessia bila keluar? Daddy dah tak sabar nak main dengan dia" Soal Sooman dan dia terus ambil kain untuk lap muka.

"Disebabkan dia lahir daripada sebelum waktunya. Dia dimasukkan ke inclubator dan Yuta pun tak tahu bila dia akan keluar tapi rasa macam lama lagi" Balasnya dan Sooman mengganguk faham.

"Kami dah kirim duit untuk keluarga Shannon. Kita sebagai besan kena berbaik antara salah satu" Minyoo menepuk bahu Yuta perlahan.

"Terima kasih sebab tolong jagakan adik-adik dan mak Shannon. Yuta tak tahu nak balas macam mana" Yuta rasa bersalah dan mereka menggeleng kepala.

"Kamu tak perlu balas apa-apa pun. Sekarang ni kamu kena berehat dan tenangkan diri daripada buat apa-apa keputusan sekali pun" Sooman menenangkan dirinya.

"Sekarang kami nak balik, beritahu dekat telefon kalau ada apa-apa ya? " Minyoo bangun dari kerusi lalu memeluk Yuta dengan erat. Rambut depannya dibetulkan supaya tidak halang pandangan.

"Mommy dan daddy tak mahu tengok Alessia ke? Mungkin dia rindu dengan atok nenek dia" Ujar Yuta lalu menggaru kepala.

"Kami dah melawat sebelum masuk bilik ni. Nanti kami akan tengok dia lagi" Balas Sooman dan membuka pintu untuk Minyoo.

Yuta baring semula dan betulkan kedudukan. Dia menutup mata dan cuba untuk tidur tapi tidak boleh.

Yuta bangun dari katil dan pakai selipar yang disediakan. Tiang IV bag dipegang kemudian dia keluar dari bilik untuk bertemu seseorang yang istimewa.

"Alessia anak papa, kamu tidur nyenyak tak? Hmm, mesti selesa kat dalam tu sebab hangatkan badan kamu. Aigoo, cantiknya anak papa ni" Yuta melambai dan letakkan tangan di dinding.

"Encik buat apa kat sini? Bukan ke sepatutnya encik balik wad?" Seseorang jururawat keluar dari bilik penjagaan bayi.

"Saya nak tengok anak saya, tak boleh ke?" Yuta cuba bertanya dengan lembut dan jururawat itu pandang atas bawah dengan sombong.

"Encik yang kena tahan sebab kena tekanan jiwa tu kan? Saya tak rasa pun yang encik ada anak kat sini sebab pesakit yang kena tekanan jiwa boleh menipu " Jururawat itu membalas dengan angkuh.

Yuta menggepal tangan menjadi penumbuk dan dia mahu marah tapi bernasib baik dapat kawal dan cuba bercakap dengan baik-baik.

"Tapi saya memang ayah dia. Nama saya Lee Youtae dan isteri saya Shannon " Yuta senyum walaupun mahu belasah perempuan yang berdiri di depan dia.

"Apa yang encik boleh buktikan? Sila balik ke wad kalau tak mahu saya panggil pengawal keselamatan" Jururawat itu menolak Yuta dengan kasar tapi nasib baik dia dapat imbangkan badan daripada jatuh.

"Awak nak saya letak kad pengenalan kat dahi sekarang ke?! Tak, apa masalah awak sekarang sebenarnya ni? Memang salah satu bayi dalam tu memang anak saya pun! " Yuta akhirnya tak dapat menahan marah dan terus memarahi tanpa henti.

"Sebab sekarang memang ramai kes culik bayi dan kemudian mengaku anak sendiri. Saya pun tak percaya encik ini, entah-entah nak menculik mana kita tahu" Jururawat itu menyilangkan tangan dan pandang Yuta seperti dia yang bersalah.

Yuta letak tangan di dahi kerana kebodohan perempuan yang berdiri depannya. Bodoh dia tak boleh bawa berbincang terus.

"Itu memang anak dia pun, dan lelaki yang awak cakap penculik ni lah adik saya"

Mereka pandang Taeil yang baru datang. Yuta datang kepadanya dan mengadu.

Perempuan itu menunduk malu.

"Saya dah panggil ketua awak pun. Sebenarnya saya dah lama datang tapi saja tengok sampai mana keangkuhan awak tu"  Taeil memandang dia dengan penuh menyampah kerana suka-suka hati tuduh dan melarang.

Seorang wanita agak gempal berlari ke arah mereka dan menunduk berkali-kali minta maaf.

"Maafkan saya atas salah faham ni. Sekali lagi pihak kami minta maaf" Wanita itu atau lebih dikenali Jaein menunduk berkali-kali.

"Saya tak suka buat orang kehilangan kerja. Tapi buang dia jangan pindahkan dekat mana-mana bahagian pun! " Ujar Yuta dan Taeil tidak dapat buat apa-apa.

"Maafkan kami berdua" Jaein menunduk sekali lagi dan tarik tangan perempuan itu supaya meminta maaf.

Tapi dia seperti mengelak untuk dilihat dari Jaein. Mereka curiga dan tengok mukanya walaupun guna cara kasar.

"Yeeun! Macamana boleh terlepas dari wad ni! " Jaein menjerit dan dia mahu larikan diri tapi nasib baik Yuta dan Taeil halang.

"Dia orang gila yang keluar dari wad!?!" Yuta terkejut dan hampir pengsan.

"Kami minta maaf atas kecuaian kami. Nasib baik dia tak lakukan apa-apa dekat bayi dalam tu" Jaein menunduk dan melutut.

"Kalau apa-apa berlaku apa-apa dekat anak saudara saya dan bayi orang lain macam mana? Apa yang pihak awak boleh buat? Minta maaf berkali-kali sampai menangis airmata darah, begitu?! " Taeil turut memarahi dan tak dapat terima.

Jaein tidak membalas apa-apa dan menangis kerana terlalu malu.

"Sepatutnya bila ada pesakit hilang, buat pengumuman dan kerahkan orang untuk cari. Dahlah, saya nak marah-marah pun tak guna" Yuta keluar dari bilik. Taeil mengikut dari belakang.

"Bahaya lah sekarang. Dulu Doyoung pun terkena, masa tu Yeri tengah mengandung anak pertama pula tu" Ujar Taeil dan mereka pergi ke bilik bayi semula.

"Nasib baik Alessia takde apa-apa" Yuta menghelakan nafas lega dan menatap bayi yang berada didalam.

"Aku tak sabar nak tunggu dia keluar dari hospital" Kata Taeil dan Yuta mengganguk.

"Aku pun sama.."

-TBC

HUEHUEHUE

[S1 & S2 ] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now