Renjun duduk diluar dan pandang langit yang dipenuhi bintang-bintang. Areum dijaga oleh Jaehyun serta Winwin kerana mereka sendiri yang tawarkan diri.
Dia menghela nafas dan minum air yang berada meja.
Minyoo duduk disebelahnya dan dia terkejut sehingga termelatah.
"Termenung jauh nampak, fikir apa tu sebenarnya? Jihoon belum balik lagi walaupun dah malam?" Minyoo menghirup kopi panas dalam cawan. Renjun menggeleng dan sekali lagi menghela nafas."Adakah Renjun buat kesilapan kerana lepaskan keseronokkan zaman muda untuk berkahwin dan punyai anak?"
Minyoo terkejut dengan kata-kata keluar dari mulut Renjun.
"Sayang, hidup setiap orang tak sama. Renjun tak buat apa-apa kesilapan pun. Mommy tahu ada manusia yang busuk hati dan perlekehkan hidup setiap orang. Mommy tahu sebab Renjun pun tak pernah cakap tapi hari ni tiba-tiba pula" Minyoo sentuh wajahnya dan Renjun menitiskan airmata.
"Itulah yang Renjun cuba sampaikan, kenapa ada manusia yang suka adili dan perlekehkan hidup orang? " Renjun meletakkan kepala di dada Minyoo dan menangis dengan teresak-esak.
"Cuba sayang luahkan dekat mommy. Manatahu mommy boleh tolong Renjun ke? " Minyoo mengusap-usap mukanya.
"Renjun letak gambar Areum dekat instagram kemudian adalah budak sekolah Renjun ni komen. Dia kata Renjun bodoh sebab kahwin muda, dia kata Areum bukan anak Jihoon" Renjun menangis dengan lebih kuat. Minyoo tepuk belakang badannya supaya bertenang dan sabar.
"Shuhh, jangan menangis lagi. Mommy faham perasaaan Renjun, jangan fikir sangat tentang kata orang. Renjun sekarang dah ada Jihoon dengan Areum. " Minyoo tenangkan Renjun lagi.
"Dd-dia kata, Areum bukan anak Jihoon tapi sumbang mahram dengan Jeno. Dia tak tahu ke yang Renjun memang rapat dengan dia dari kecil"
Minyoo terkejut tapi dia perlu tenangkan Renjun. Dia juga tidak boleh terikut perasaan.
"Dah, jangan menangis lagi. Jangan ikut perasaan sangat, Renjun kan baru bersalin" Minyoo mengelap airmata Renjun menggunakan hujung lengan baju dan tepuk belakang badan supaya Renjun dapat bertenang.
Saera mengikat rambut dan buka pintu dan mendekati mereka berdua.
"Sayang, kenapa menangis-nangis ni? Kak Minyoo, kenapa dengan Renjun" Saera duduk dengan mereka berdua. Minyoo menceritakan semuanya kepada Saera.
"Jangan menangis lagi Renjun, Renjun kena kuatkan diri. Jangan macam ni sayang" Saera menangis bila dengar cerita dari Minyoo.
"Dia mungkin cemburu dengan Renjun. Renjun kenal sangat dengan orang tu. Nama dia Jaehwan" Renjun membalas dan Saera serta Minyoo hanya mampu dapat tenangkan.
"Tarik nafas dan tenangkan diri, kalau Renjun sesak nafas nanti susah. Areum perlukan Renjun" Minyoo peluk badannya. Saera bawa dia masuk ke dalam rumah kerana akan masuk pukul 10 malam.
"Makcik~ " Doyeon berlari kearahnya dan peluk.
"Doyeon-ah, kenapa tak tidur lagi ni hmm? Nanti appa dengan eomma marah lah" Renjun cubit pipinya yang terlalu tembam.
"Appa dengan eomma bagi tidur lambat hari ni cuti haha! Doyeon main dengan Dohee tapi bosanlah" Doyeon mencebik bibir.
"Nak tidur dengan makcik ke? " Renjun menggosok rambutnya dengan perlahan.
"Renjun, biar dia tidur dengan Donghyeon " Saera menggeleng kepala.
"Takpelah, Doyeon tidur dengan Pakcik Ten hari ni. Bye muah~" Doyeon cium tangan Renjun dan masuk bilik Ten dan Yuta.
"Budak-budak, biasalah rapat dengan pakcik dia" Minyoo tersenyum.
Renjun datang ke bilik Winwin dan Jaehyun untuk ambil Areum tapi mereka berdua telah tidur semasa jaga dan Areum juga telah tidur dengan nyenyak.
"Alolo anak mama ni, tidur nyenyak dengan pakcik-pakcik dia." Renjun mengangkat dan Yuta terbangun.
"Eh, Renjun. Sorry tertidur masa jaga Areum" Yuta gosok mata dan menguap.
"Eh takpe, terima kasih sebab jagakan Areum tadi. Mesti penat kan? " Renjun menepuk badan Areum supaya tidur dengan nyenyak.
"Eh takdelah, dia tak banyak meragam dan diam je. Sama macam kau masa baby dulu" Yuta tersengih-sengih melihat Renjun.
"Eh, apa ni. Malu lah Renjun" Muka Renjun kemerahan bila dengar cakap Yuta.
"Bye Areum~" Yuta melambai-lambat dan tarik selimut.
"Jom masuk bilik sekarang" Renjun melangkah keluar dan dia terdengar bunyi pelik.
"JANGAN TINGGALKAN DAKU! SAYANGGGGG! "
Ten mengigau dan tendang Yuta sampai terjatuh katil. Ten sampai menangis, sedih betul mimpi kau.
"Dulu Taeil sepak aku, sekarang Ten! " Yuta bangun selepas ditendang sehingga jatuh.
Renjun menggeleng dan keluar dari bilik.
-TBC
YOU ARE READING
[S1 & S2 ] Keluarga Lee - NCT
FanficSooman berkahwin dengan Minyoo dan Saera serta dikurniakan ramai cahaya mata. Bagaimanakah keadaan mereka semua dalam satu rumah? Highest rank: [29/1/2019] No. 1 in NCT [30/1/1/2019] No. 1 in NCT [31/1 /1/2019] No. 1 in NCT