Yuta tidak berhenti melekat dengan Shannon dan asyik pegang perutnya sehingga menimbulkan pertanyaan orang sekeliling.
"Oh ya, malam ni Junghee kena masuk hospital. Esok dia dah masuk bilik bedah" Ujar Taeil dan mereka beri perhatian.
"Kebetulan juga, Yesung pun kena masuk hospital hari ni sebab tarikh bersalin dah dekat" Taeyong juga memberitahu.
"Makin bertambah ahli keluarga daddy ni. Kena ubahsuai rumah lagi jadinya" Sooman berseloroh dan mereka semua ketawa.
Shannon pandang Yuta dan mengganguk supaya beritahu tentang berita gembira mereka.
"Ehem, Yuta nak cakap sikit boleh? " Yuta terbatuk sedikit dan mereka terus pandangnya seperti mahu makan.
"ESOK RAYA! " Chenle menyampuk dan kena pukul dengan Mark.
"Shannon buat IVF dan ianya berjaya. Shannon sekarang mengandung " Muka mereka kemerahan seperti ketam rebus bila beritahu kepada seisi rumah.
"Sekarang dah berapa minggu? " Jaehyun pula yang teruja padahal dia bukan suami Shannon.
"Tak tahu, nanti petang nak pergi klinik buat buku " Balas Shannon dan mereka ada yang masih tak dapat percaya.
"Baby~ boleh dengar pakcik tak? " Jeno dekatkan diri dengan Shannon. Nasib baik Siyeun tidak cemburu.
"Baru seketul daging lagi, tunggu berapa bulan lagi nanti bolehlah berborak dengan dia. Pasal jantina pula, kami tak kisah asalkan dia baik, tak melawan cakap orang tua" Ujar Yuta dan sambung makan.
"--Dan tak tengok cermin sentiasa sebab nak periksa cili tersekat kat gigi" Haechan membalas dan mereka semua ketawa.
"Eh diam lah, hyung cilikan mulut tu baru tahu" Yuta letakkan tangan dibahu dan mata juling ke atas.
"Betul lah apa yang Haechan cakapkan tu. Kamu memang suka tengok cermin sebab nak tengok cili tersangkut je" Saera bidas dan ramai yang mengganguk setuju.
Yuta sambung makan kerana telah malu teruk.
"Tak sabar nak tengok Haechan Junior dan Jeno Junior " Kata Johnny sekali lagi memang minta penyepak.
"Hyung ni tak reti sabar ke?! Biarlah kami berdua dulu sebelum bertiga. " Jeno menggeleng dengar kata Johnny.
"Kalau nak dijadikan contoh, isteri kamu mengandung awal. Taknak anak ke? " Ujar Sooman dan Haechan serta Jeno menggeleng serentak.
"Itu kan rezeki, kenapa nak tolak? Mestilah kami terima dan kami akan cuba jadi ibubapa yang bertanggungjawab dan baik" Haechan membalas.
"Kami baru kahwin, tak sampai seminggu pun. Tiba-tiba cakap bab mengandung pula. Kami agak malu" Hyejin bersuara dan Siyeun yang mulut penuh dengan makanan mengganguk setuju.
"Kami tak paksa kamu ada anak cepat-cepat pun. Si Youngho ni mulakan dulu, nasib baik takde orang makan selipar hari ni" Ujar Minyoo dan pandang Johnny. Matanya serta-merta jadi marah.
"Nak tanya sikit, game apa yang Pakcik Jeno dengan Haechan main tu? Kenapa cakap tak senonoh? Tak best ke? " Doyeon menggaru kepala kerana ingin tahu. Mereka semua pandang Johnny dengan perasaan geram.
"Oh my god.. "
"BELASAH DIA! "
"ANAK AKU DAH TANYA HAL NI! SIAP KAU YOUNGHO! "
"SEPAK TUT DIA JANGAN BAGI KAK HAERA MENGANDUNG LAGI! "
"AMPUN!! "
++++
Jihoon buka pintu dengan perlahan-buka supaya bunyi tidak keluar dan tidak menganggu orang lain.
Areum melangkah masuk sambil pegang patung beruang dan menghampiri Renjun.
"Noona kamu berdua dah sampai! " Renjun senyum melihat Areum yang semakin hampir dengannya.
Jihoon angkat badan Areum supaya dapat lihat adik-adiknya dengan jelas.
"Adik.. " Areum beranikan diri untuk menyentuh kulit yang lembut dan kemerahan itu.
"Adik baby mesti dah kenal noona hmm? " Jihoon letak Areum di tepi katil supaya lebih dekat.
Areum seka airmata yang kerana terlalu gembira. Renjun dan Jihoon senang Areum dapat menerima adik.
"Adik bayi, ama pe ? ( Nama siapa?) " Areum bermain dengan jari tangan Hyeonmin dan Hyeon dan mereka genggam tangan Areum.
"Hyeonmin yang pakai benang biru tu. Dia keluar dulu sebelum Hyeonjun yang pakai benang kuning " Renjun membalas dan Areum mengerutkan dahi kerana pelik.
"Ape ataitan enang? Adik aye wat ahat te? (Kenapa pakaikan benang? Adik ada buat jahat ke?)" Areum pelik dan sambung bermain dengan adik kembar.
"Sebab mereka berdua kembar seiras. Mama dan baba tak pandai bezakan sebab muka mereka sama, bila kami dah pandai cam yang kenal mana satu abang, mana satu adik baru lah kami buka" Jihoon mengosok rambut Areum dengan perlahan.
"Mama, ayeum nak okong adik (Areum nak dukung adik) " Areum mengoyangkan tangan Renjun dengan perlahan."Larat ke dukung adik? Adik dahlah berat" Renjun mencubit pipinya kerana geram.
Areum mengganguk dan Jihoon beri salah seorang kepadanya untuk didukung. Jihoon pegang bawah badan kerana tahu yang Areum tidak boleh pegang seorang diri.
"Onjun an ni? Ada enang uning (Hyeonjun kan ni? Ada benang kuning) " Areum menepuk peha Hyeonjun kerana Jihoon suruh.
"Betul, yang benang biru tu siapa? " Jihoon tunjuk jari pada Hyeonmin yang sedang tidur dalam katilnya.
"Onmin! (Hyeonmin) " Areum tidak sengaja menjerit dan buat Hyeonjun menangis.
"Mama, ayeum tak a'af (Areum minta maaf) " Areum takut melihat Hyeonjun yang sekarang dipegang Renjun.
"Takpe, Areum tak sengaja" Balas Jihoon lalu mencium dahinya.
Ibu kepada Jihoon datang, iaitu Jisung. Dia buka pintu dan mendekati menantunya.
"Dah bangun dah babies? " Soal Jisung lalu mendukung Areum turun dari katil.
"Seorang tengah celik, satu lagi tidur" Balas Jihoon.
"Areum kena balik sekarang ni. Ikut nenek ya? " Renjun melambai padanya.
"Okay, bye bye Onjun Omin! (Hyeonjun Hyeonmin) " Areum beri flying kiss dan Jisung menutup pintu.
Renjun pandang Jihoon sebagai tanda supaya keluar. Dia mahu susukan anak-anak.
"Abang duduk kat luar ya? " Jihoon mencium dahi Renjun kerana dia telah faham dengan isyarat yang dibagi lalu keluar dari bilik.
-TBC
![](https://img.wattpad.com/cover/120333211-288-k947270.jpg)
YOU ARE READING
[S1 & S2 ] Keluarga Lee - NCT
FanfictionSooman berkahwin dengan Minyoo dan Saera serta dikurniakan ramai cahaya mata. Bagaimanakah keadaan mereka semua dalam satu rumah? Highest rank: [29/1/2019] No. 1 in NCT [30/1/1/2019] No. 1 in NCT [31/1 /1/2019] No. 1 in NCT