Yuta keluar dari dari bilik air kerana baru selesai mandi. Dia baring di katil dan main telefon.
Shannon masuk dan duduk di mangkuk tandas. Dia keluarkan prenancy test yang disorokkan dalam baju.
"Harap-harap kali ni aku betul-betul mengandung" Shannon menarik nafas terlebih dahulu dan lepaskan.
Dia titiskan air kencing dan tunggu keputusan berapa minit.
Yuta pandang bilik air kerana rasa Shannon terlalu lama."Yang, kenapa lama sangat dalam tandas? Ada masalah ke? " Yuta bangun dari katil dan ketuk pintu berkali-kali.
Shannon terkejut dan tengok prenancy test, masih lagi tiada apa-apa garis yang keluar.
"Takde apa-apa Tuan You-- Abang, sambunglah main game tu. Saya takde apa-apa kat dalam ni" Shannon menghentak kaki kerana tidak boleh menunggu lagi. Yuta baring di katil semula.
Dia tengok prenancy test, hanya ada satu garis merah muncul. Shannon baling ke tong sampah.
Dia keluar dari bilik air dengan perasaan hampa. Yuta pandangnya dan sambung main game di telefon.
Shannon duduk di katil. Yuta bangun dan terus peluknya.
"Yang, daddy kata nak pergi bercuti luar negara. Alang-alang kita boleh berbulan madu lagi" Yuta bermain dengan rambut Shannon.
"Kalau abang nak berkahwin lagi, saya izinkan"
Yuta berhenti bermain rambutnya dan terkejut dengan kata-katanya.
"Apa yang awak cakap ni? Saya takkan gantikan awak dengan perempuan lain" Yuta pegang tangan Shannon dengan erat.
"Saya tak dapat bagi awak zuriat. Awak kahwinlah dengan orang yang boleh bagi anak untuk awak. Awak lelaki, awak perlukan waris"
"Saya kahwin dengan awak bukan semata-mata nakkan anak. Saya cintakan awak, saya tak kisah kalau kita takde zuriat" Yuta faham yang isterinya sedang tertekan.
"Awak selalu main dengan anak-anak buah awak. Saya tahu awak nak anak, saya tak boleh bagi. Isteri apa yang tak boleh suami sendiri anak?! " Shannon akhirnya menangis walaupun dia sedaya upaya tahan.
"Mungkin sekarang bukan rezeki kita nak timang anak. Kita tunggu okay?" Yuta merapatkan kepala Shannon ke bahunya.
"Rahim saya ni cacat, awak kahwin lah. Saya memang isteri tak guna. Memang patut ayah saya kata saya ni tak berguna, pembawa malang. " Shannon menangis berterusan tanpa henti.
"Awak yang awak cakapkan ni? Sememangnya kalau baru berkahwin ni mesti kena ada anak ke? Mungkin 'berudu' saya
ada masalah juga, bukan awak yang ada masalah. Berhenti salahkan diri sendiri"Ehem, adakah seya tulis melampau batas?
Shannon tersedak dan berhenti nangis kerana menangis terlalu lama. Yuta peluknya dengan erat supaya jangan salahkan diri sendiri.
"Awak perlukan waris, kita dah kahwin beberapa lama masih belum ada lagi. Setiap bulan saya beli prenancy test tu. Tapi hasilnya tetap garis satu! Saya teringin nak tengok ada dua garis warna merah tu "
Yuta tidak mahu marah, dia faham Shannon nak sangat mengandung tapi masih belum rezeki mereka.
"Saya memang tak guna---"
Yuta segera letak jari telunjuk di bibir Shannon.
"Shuhhh, jangan bercakap tentang ni lagi. Kita akan dapat, cuma sekarang bukan masanya"
Shannon mengganguk faham dan mendepakan tangan minta dipeluk lagi.
"Nak peluk.. "
Yuta tersenyum dan peluknya dengan ketat sehingga Shannon sesak nafas.
"Tiba-tiba saya rasa nak kencing, awak nak ikut dan temankan? " Yuta tersenyum miang dan muka dia terkena buku sejarah yang dibaling oleh Shannon.
"Pervert, dahlah. Saya nak tidur. Harap mimpi yang indah-indah" Shannon tarik selimut dan tutup mata.
Yuta bangun dari katil dan tutup lampu. Dalam otaknya dah terfikir sesuatu yang kotor sambil mengigit bibir. Hanat betul si Youtae ni.
++++
Saera masuk kedalam bilik anak kembarnya yang masih bujang. Dia tutup lampu bilik kerana sudah pagi.
Winwin mengeliat dan tarik selimut kerana terasa sejuk.
Jaehyun tidur terbongkang, teruk betul kau ni. Tak rasa sakit ke luka kau tu?
Saera ikat rambut dengan getah dan tutup mulut kerana menguap. Dia kejutkan mereka berdua dengan lemah lembut.
"Yoon Oh, Sucheong bangun. Dah pagi ni kemudian pergi mandi. Kita sarapan dulu lepastu makan ubat" Saera bergilir-gilir goyang bahu mereka.
"Eugh.. Nak mama mandikan.. " Ujar Winwin yang masih lagi selubung selimut.
"Boleh je, jom bangun. Mama mandikan " Saera tarik tangannya dan Winwin bangun walaupun masih mamai.
Saera bawa masuk dalam bilik air dan dudukkan Winwin di kerusi khas.
Jaehyun telah bangun dan duduk. Dia garu ketiak dan ambil tuala yang disangkut dan tunggu giliran untuk mandi.
"Mama! Ssse-sejukkk! " Winwin menjerit ketika air sejuk disiram ke badan.
"Mama memang sengaja siram sejuk dulu biar mata tu terus segar tak mengantuk lagi. Nanti mama tukar air suam ya sayang?" Saera tukar suhu air dan siram badannya. Botol sabun ditekan-tekan dan sapu pada seluruh badan Winwin.
Jaehyun tertunggu-tunggu sampai asyik mahu tertidur semula. Dia tengok telefon kerana bunyi asyik berbunyi, rupa-rupanya scammer cari rezeki di awal pagi. Jaehyun angkat dan memaki hamun serta keluarkan segala carutan.
-TBC
Hmm.. Bosan ke chap ni?
YOU ARE READING
[S1 & S2 ] Keluarga Lee - NCT
ФанфикSooman berkahwin dengan Minyoo dan Saera serta dikurniakan ramai cahaya mata. Bagaimanakah keadaan mereka semua dalam satu rumah? Highest rank: [29/1/2019] No. 1 in NCT [30/1/1/2019] No. 1 in NCT [31/1 /1/2019] No. 1 in NCT