Pt.2

1.4K 152 60
                                    

"HUWARGHHHHHHH"

"Janganlah menangis lagi" Johnny meletakkan dipangku dan menepuk peha Jisung tapi semuanya tidak berhasil, Jisung menangis lebih kuat.

"Mommy takde ni sayang oi" Taeil beri puting bayi tapi ditolak mentah-mentah.

"Sinilah aku tolong" Ten datang kerana terjaga dengan jeritan Jisung cuba datang membantu. Tapi lebih teruk apabila Jisung menangis dengan lebih kuat sehingga menggangu jiran tetangga.

"Entah-entah badan dia masuk angin agaknya" Johnny membuat andaian kerana Jisung asyik menangis tanpa henti sehingga hilang suara.

"Taeil, kau dah sapu minyak angin belum? " Ten ambil Jisung dari Johnny dan baringkan di katil bayi.

Taeil mengangguk sebab dia dah letak ketika Jisung mula menangis awal-awal tadi.

"Adik masih tak henti-henti nangis lagi ke? " Soal Sooman yang baru balik dari tandas sambil pegang tangan Chenle.

Chenle yang masih lagi mengantuk lepaskan tangan Sooman dan pergi ke katil adiknya yang masih lagi meragam.

"Aegi.. (bayi) " Jari gemuk Chenle menunjuk Jisung yang sedang mengeliat.

"Tu adik tengah nangis,
macamana nak pujuk adik ni? " Soal Taeil yang sebenarnya mahu mengacau Chenle.

Chenle terus memeluknya dan memberikan ciuman. Jisung terus senyap dan melelapkan mata dalam sekelip mata.

"Hiyong cayang baby sung" Chenle mengusap rambut Jisung yang lebat dan mencium tanpa henti.

Johnny menghela nafas lega dan pada masa yang sama dia teringat sesuatu.

"Baru aku teringat, mommy tadi ada main-main dengan Chenle sebelum keluar tadi. Aku rasa bau mommy lekat kat baju Chenle sebab tu Jisung terus senyap" Ujar Johnny kepada yang lain.

"Chenle dah tidur pula, mama marah kalau dia tidur kat ruang tamu nanti dia kena gigit nyamuk " Ujar Taeil pula.

"Kami dah balik" Ujar Minyoo dan Saera membuka pintu serentak.

Johnny mengangkat Chenle masuk kedalam bilik Saera kerana Chenle tidur dengan mamanya setiap hari. Cuma hari ni saja tidur dengan Jaehyun kerana Saera ada hal lain.

Mereka semua ada bilik masing-masing kecuali Chenle yang masih lagi minum susu badan.

"Jisung menangis lagi ya? " Minyoo mengambilnya dari Taeil. 

Ten pula menguap banyak kali.

"Aigoo, comelnya Jisung ni" Puan Saera mencubit pipinya perlahan kerana taknak terbangunkan.

"Kenapa mama dengan mommy balik lambat? " Soal Taeil yang mengantuk kerana berjaga.

"Kitaorang memang sepatutnya balik awal tadi. Tapi kitaorang tersekat dalam traffic jam. Terima kasih jugalah sebab tolong jagakan Jisung dengan Chenle" Ujar Saera kepada Johnny dan Ten serta Taeil kerana membantu.

"Tadi Yuta jaga Chenle pastu dia terbangun sebab nak pergi tandas. Daddy yang temankan tadi kemudian Jisung berhenti nangis sebab dia ni jugalah. Mungkin mommy ada main-main dengan dia sebelum keluar tadi dengan mama" Balas Ten dengan panjang lebar.

"Apapun, mommy dengan mama berterima kasih lagi kepada korang semua sebab sanggup jadi bibik tak berbayar jaga adik sampai tak tidur.  Pergilah tidur sekarang lagipun biar mommy jaga Jisung pula kalau dia terbangun" Minyoo menepuk peha Jisung supaya tidur lebih nyenyak.

"Takde masalah pun sebenarnya. Lagipun esok cuti melainkan si Ten sebab esok dia rombongan sekolah" Balas si Jhonny dari dalam bilik Saera. Ten mendengus geram.

"Hari ni daddy nak tidur dengan siapa ni? "  Sooman membuat muka comel namun tidak dilayan kedua-dua isterinya.

"Tidur dengan Ruby kat luar tu." Minyoo masuk bilik sambil mendukung Jisung. Begitu juga Saera yang mengabaikan Sooman kerana terlalu mengantuk.

Johnny dan Taeil ketawa terbahak-bahak. Ten sudah masuk bilik kerana mengantuk dan pagi nanti dia kena bangun awal untuk rombongan lawatan sekolah.

"Pergi tidur lah budak"  Sooman menutup suis lampu dan kipas dan tutup penghawa dingin.

++++

Keesokkan harinya, semua penghuni rumah bangun awal walaupun ada yang tak dapat tidur kerana gangguan tadi malam.

Ten memakai pakaian seragam sekolah dan bergaya di depan cermin sebelum kepalanya diketuk Sooman yang masuk dalam bilik tanpa dia sedari.

"Aduh, sabarlah. Ten tengah siap ni nanti turun sarapan " Ten mengambil gel rambut dan sapu pada rambut.

"Cepat turun bawah, lambat jalan kaki pergi sekolah" Sooman keluar dari bilik Ten dengan jelingan maut.

"Jisung-ah~" Yuta duduk di kerusi dan mencium Jisung yang masih berada di pangkuan Minyoo.

"Yuta hyung busuk kan?  Eikk tak mandi lagi"Minyoo berlakon kononnya Yuta terlalu busuk sehingga terpaksa tutup hidung.

Jisung tersengih seperti setuju dengan apa yang ibunya cakap.

Saera datang semula ke dapur selepas kejutkan si kembar Haechan dan Renjun. Sooman pula dukung Jeno dan Chenle yang masih dibuai mimpi.

"Sedapnya sarapan hari ni" Ujar Taeil yang tidak sabar.

"Mommy dengan mama bangun awal semata-mata nak masak ni semua" Saera mencedok nasi kedalam pinggan dan dibagi-bagikan.

-TBC

aku tukar isinya seratus-peratus en?

[S1 & S2 ] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now