Pt.4

1K 129 40
                                        

"Nanti sampai sana elok-elok tau" Minyoo peluk Ten buat kali terakhir sebelum masuk bas.

"Ten dah besar dah boleh jaga diri" Ten meleraikan pelukan dan pula ayahnya serta adik-beradik yang lain.

"Sini dengan mama jom, kat sana jangan hilang macam dulu lagi tau?  Penat kitaorang cari sampai kena buat pengumuman" Saera peluk Ten dengan erat dan betulkan rambut Ten.

"Nak pergi rombangan je pun, macam dia nak pergi berperang tak balik-balik" Taeil mengulingkan mata sebab menyampah.

"Ada seseorang teringin nak makan selipar aku?  Siap pakej tahi kucing lagi ni" Taeyong menggelengkan kepala tengok Taeil yang mulut takde insurans.

"Lele, baby. Nanti hyung balik hyung main dengan korang tau?" Ten mencium dahi Jisung dan Chenle. Selepas itu, dia naik kedalam bas sekolah.

"Bye bye!  Nanti balik cerita kat kitaorang tau! "

Ten duduk dikerusi paling hadapan dan buka tingkap dan melambai-lambai.

Selepas Ten hilang dari pandangan. Barulah mereka masuk rumah semula nak mengemas pinggan mangkuk yang tergendala.

"Daddy, Jaehyun nak main kat taman" Jaehyun  tarik tangan Sooman yang tengah tengok TV sambil pangku Chenle.

"Jaehyun kan dah besar, kenapa nak main kat taman lagi?  Kenapa tak main dengan abang-abang kamu." Balas Sooman acuh tak acuh.

Mohon jangan kacau dia masa tengah tengok TV. Kau boleh masuk syurga terus.

"Jaehyun benci daddy! Sejak Chenle ada, daddy tak sayang kat Jaehyun lagi! Daddy jahat! "

Belum sempat Jaehyun pergi, Sooman telah tarik tangannya terlebih dahulu.

"Daddy sayang semua anak-anak daddy. Macam nilah, nanti petang kalau takde hal. Daddy bawa pergi taman." Sooman mengusap-usap kepala Jaehyun yang sedih sekarang tersenyum lebar.

++++

Ten duduk seorang diri dan merenung luar tingkap. Ada kucing tengah gaduh, orang gaduh, anjing gaduh dan semut bergaduh. Senang cerita, hari ni hari gaduh sedunia.

Sedang menikmati keindahan alam. Tiba-tiba kolar baju Ten ditarik oleh seseorang. Iaitu Mintty atau nama sebenar Mintty Minah Kepochi Kerap Kerap.

Mintty merupakan musuh Ten yang selalu membuli. Ten jenis diam bila diejek,dikutuk,dibuli tapi kalau dah mengamuk boleh disamakan dengan beruang grizzly.

Orang kata tak baik gaduh-gaduh lama nanti dapat jodoh. Tapi kedua-duanya tak menunjukkan tanda-tanda nak berdamai. Ten telah bersumpah takkan suka pada Mintty, kalau dia tersuka. Dia akan terjun Niagara Falls.

"Minah ni lagi.. " Ten melepaskan tangan Mintty dari baju. Penat mommy dia seterika dari pukul 6 pagi tadi.

"Siapa dua orang perempuan tua kat rumah kau tu tadi? " Mintty duduk disebelah tapi Ten jauhkan punggung.

"Kau siapa nak tahu Minah Kepochi Kerap Kerap?  Kau tu kalau tak ganggu aku dalam sehari memang tak sah lah" Ten mengalihkan muka tak mahu bertentang mata.

"Aku tanya jawablah!  Asal kau boleh jawab soalan berjela-jela tapi soalan aku tak boleh?! Soalan aku padat, ringkas! " Mintty menendang kerusi Ten. Pelajar lain mendiamkan diri dan cikgu pula taknak masuk campur. Hal masing-masing katanya.

"Diorang tu mak-mak aku ! Puas hati hang minah kepochi?!"

"Kau tak takut ke mak tiri kau tu akan rampas bapa kau dari mak kau?  Kau pun tahu kan apa yang terjadi lepas tu? " Mintty senyum sinis.

"Untuk pengetahuan kau ya Mintty Minah Kepochi Kerap Kerap . Kitaorang dah lama hidup sama-sama. Hidup kitaorang harmoni dan aman damai dari orang busuk hati jantung limpa otak macam kau ni" Ten meng'flip' rambut sambil mengulingkan mata. Dia malas nak layan orang otak terencat macam Mintty.

Mintty yang geram terus duduk semula dikerusi.

"Perhatian semua, kita dah nak sampai. Duduk kat tempat masing-masing dan jangan gaduh macam budak terencat akal. Diulangi, duduk kat tempat masing-masing kalau tidak, cikgu tendang keluar dan balik jalan kaki"

++++

Sooman duduk didepan TV dengan Chenle yang telah tidur di dada selepas habis minum susu.

"Abang, tolong angkat telefon kat ruang tamu. Dari tadi saya dengar" Jerit Saera dari dapur.

"Saera, biar akak yang angkat" Minyoo membuka apron dan sarung tangan selepas habis membasuh pinggan.

Minyoo lap tangan sehingga kering lalu mengangkat gagang telefon.

"Lee Minyoo disini, Lee Sooman? Dia ada sekarang ni. Sekarang juga? Abang, ada orang cari!"

Sooman bangun dengan malas dan letakkan Chenle di sofa sebelah.

"Hello, Lee Sooman. Sekarang? Bb-baik"

Sooman pakai jaket yang disangkut dan belum sempat keluar. Jaehyun keluar dari bilik.
"Daddy nak pergi mana? "

-TBC

Macamni ceritanya, aku dah tidur awal lepastu kakak aku kejutkan suruh buka password phone aku sebab dia nak ambil lagu.

Aku pun tidur balik lepastu mimpi Johnny lah pula! And then aku terbangun lagi dan tak boleh tidur. Aku pun buka wattpad dan publish sambil usap bulu Angelina.

Sekian, terima kasih.

Thank you, next.

Tiberr







[S1 & S2 ] Keluarga Lee - NCT Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang