S2 27

466 48 5
                                    

Hampir seminggu mereka berdua menjalani pembedahan tapi Jaehyun dan Winwin masih lagi belum sedar.

Doktor pun tidak dapat beri jaminan yang mereka akan sedar dalam waktu terdekat.

Minyoo dan Sooman melangkah masuk kedalam wad. Saera di rumah kerana Sooman suruh berehat.

Rambut mereka berdua dibelai-belai sebelum Minyoo mencium dahi mereka. Dia ambil kerusi dan duduk melihat mereka.

"Mommy datang hari ni, maaf sebab baru melawat korang semua hari. Jaehyun dengan Winwin macamana?" Minyoo cuba berborak dengan mereka.

Sooman duduk di sudut dan perhatikan isterinya berborak-borak walaupun mereka tidak dapat membalas.

"Doyeon dapat nombor satu dalam kelas manakala Donghyeon dapat nombor 2 dalam kedudukan kelas. Itu semua berkat kamu berdua mengajar diorang"

"Nak tahu tak? Johnny dengan Taeyong cuba buat kek tapi hangus. Kesian mommy tengok mereka berdua" Minyoo ketawa dan lap airmata yang keluar sedikit.

"Mommy harap sangat yang kamu berdua sedar sekarang ni. Kesian mama tunggu kamu"

Sooman datang mengusap belakang badan Minyoo. Mereka tidak boleh menaruh harapan yang tinggi.

Minyoo tengok mereka dan dia perasan sesuatu. Winwin cuba mengerakkan tangan dan dia membuka mata dengan perlahan-lahan.

Orang pertama yang dilihat adalah Minyoo dan kedua adalah Sooman.

Sooman terus tekan butang kecemasan dan Daniel datang bersama jururawat yang lain untuk memeriksa keadaan Winwin.

Keadaannya sekarang stabil. Tiub ventilator didalam mulut dibuka dan digantikan dengan nasal cannula.

Penglihatannya mula jelas dan Winwin pandang sekeliling termasuk katil sebelah.

"Winwin, kamu ada sakit kat mana-mana tak? Nak suruh doktor tengokkan?" Sooman mengusap kepala Winwin kerana dia gembira anaknya sedar semula.

"Jaehyun.. Jaehyun tak sedar lagi? " Winwin bercakap dengan lemah dan Sooman mengganguk perlahan.

Dia pandang semula katil yang menempatkan abangnya. Tanpanya, dia takkan selamat.

"Winwin nak apa-apa tak? Mommy boleh tolong" Minyoo membelai rambutnya.

"Mama.. Mama kena tahu"

Minyoo serta-merta dail nombor telefon Saera untuk beritahu berita terkini.

Saera ambil telefon yang sentiasa berbunyi dalam apron. Dia melihat nombor dan angkat.

"Saera, Winwin dah sedar! Kita cuma tinggal tunggu Jaehyun je yang sekarang ni"

Telefon terlepas dari tangan Saera. Dia kelam-kabut bersiap untuk pergi ke hospital. Mark dan Yuta ikut sekali, Shannon duduk di rumah.

Saera buka pintu bilik dan berlari ke katil Winwin. Dahinya dicium berkali-berkali.

"Mama.. "

"Mama ada kat sini, akhirnya anak mama sedar" Saera peluknya dan menangis kerana terlalu gembira, dia pandang Jaehyun yang masih lagi belum sedar.

"Ma, Jaehyun belum sedar lagi. Winwin nak ucapkan terima kasih dekat dia " Balas Winwin dengan terlalu lemah.

"Mama tahu, mama tahu. Sekarang ni kamu kena berehat baik-baik. Keadaan kamu sekarang lemah" Saera tidak berhenti mengusap rambutnya supaya bertenang.

Malam menjelma, mereka semua sudah balik kecuali Mark. Dia jadi penjaga mereka hari ni.

Mark basahkan kain dan perah lalu bersihkan muka Winwin. Dari tadi dia tidak alihkan pandangan pada katil Jaehyun.

Mark perah kain lagi dan lap pada leher serta tangan. Winwin cuba capai air di meja sebelah tetapi tidak boleh.

Mark ambilkan dan tolong supaya air tidak tumpah terkena baju.

"Hyung, janganlah tengok Jaehyun hyung lagi. Nanti dia sedar semula, percayalah cakap Mark cuma lambat sikit je" Mark ambil bubur dan suap tetapi Winwin menggeleng kepala tidak mahu.

"Hyung nak berterima kasih dekat dia sebab dah selamatkan hyung. Selagi tak cakap, selagi tulah rasa bersalah pada dia."

Mark cuba suap bubur lagi tapi dia menolak. Nasib baik tidak terjatuh ke lantai.

Mark menarik nafas, dia tidak boleh marah kerana keadaan Winwin masih lagi lemah.

"Mark tahu yang hyung risau dengan Jaehyun hyung. Tapi, makanlah sikit untuk tambah tenaga, macamana nak cepat sembuh kalau macam ni. Lagi satu, hyung pun tak makan ubat lagi ni. Antibiotik tu semua"

Mark cuba suap lagi dan Winwin membuka mulut. Mark ambil tisu dan lap kesan comot di mulutnya.

"Kalau boleh Mark nak hyung makan bubur ni sampai habis. Kemudian makan ubat tahu?" Mark mengacau bubur dalam mangkuk dan Winwin mengganguk perlahan.

Dia beri air dan ubat untuk abangnya makan. Mark menjaga dengan baik supaya cepat sembuh dan dapat balik rumah.

"Eugh..."

Winwin mengalihkan pandang ke sebelah dan Jaehyun membuka mata dengan perlahan.

"Jaehyun hyung dah sedar!" Mark tekan butang kecemasan banyak kali walaupun sepatutnya cuma sekali saja. Bengong budak ni.

Winwin gagahkan diri untuk bangun. Dia pegang tiang IV bag dan berjalan ke arah katil Jaehyun.

"Jaehyun, kau dah sedar. Aku takut kalau kau tak buka mata" Winwin menangis dan Mark datang kearahnya kerana terdengan bunyi tangisan.

"Sucheong.. Kau ke ni?" Jaehyun mengangkat tangan dan menyentuh muka kembarnya.

"Ni aku, Sucheong. Adik kembar kau" Winwin pegang tangannya dan menangis dengan teresak-esak.

"Kau dah sedar dulu sebelum aku. Mark, kau jaga kitaorang ke hari ni? " Jaehyun bertanya dengan suara perlahan.

Mark mengganguk dan tidak dapat menahan sebak. Doktor lain masuk dan periksa keadaannya.

"Sekarang dia stabil. Mungkin dalam dua-tiga hari nanti mereka berdua dah boleh keluar hospital" Doktor menepuk bahu Mark sebelum keluar bilik.

Mark menunduk sebagai tanda terima kasih. Winwin duduk di kerusi manakala Jaehyun masih lagi baring kerana tidak larat.

Mark menghantar mesej di group keluarga dan berborak dengan abang-abangnya.

Sekali lagi dia perah kain dan bersihkan badan Jaehyun dengan berhati-hati kerana takut akan mengacau wayar. Mereka bertiga borak dengan panjang dan ceritakan apa mereka dengar semasa tidak sedarkan diri.

-TBC

[S1 & S2 ] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now