Yuta berbulan madu di Malaysia dan ambil cuti selama sebulan. Winwin yang menggantikan sepanjang ketiadaan Yuta di pejabat.
Winwin mengangkat kotak-kotak untuk dialihkan ke tempat lain. Baru angkat 2 kotak dia sudah rasa lesu, sedangkan kotak itu tidak berat. Sementara pekerja lain tidak hiraukan dia dan buat kerja masing-masing.
Jaehyun menghampiri kerana bimbang dengan keadaan Winwin yang asyik batuk-batuk tanpa henti. Bila mahu bawa pergi klinik dia menolak.
"Sucheong, kau boleh lagi ke buat kerja? Daddy cakap kalau boleh berhenti sekejap, berehat dekat bilik sana" Jaehyun menepuk badannya kerana batuk tanpa henti.
"Alah, lemah betul kalau sakit sikit dah mengalah. Sikit je ni, aku boleh buat" Winwin mengangkat barang lagi walaupun dia sebenarnya tak larat.
"Kenapa muka kau makin cengkung? Kau tak makan ke? " Soal Jaehyun selepas perasan sesuatu pada muka Winwin.
"Biasalah selera turun naik, aku minum air dengan makan sikit je. Nanti selera aku naik balik lah. Janganlah risau wahai kembarku Lee Yoon Oh" Winwin senyum dan sambung buat kerja.
Jaehyun dengan perasaan bercampur aduk duduk di tempat sendiri. Dia perhatikan Winwin dan timbul perasaan kesian dengannya kerana terlalu rajin bekerja.Sooman datang dan letakkan di tangan di dahi Winwin kerana risau dengannya.
"Tak panas pun, kenapa asyik semput je? " Sooman duduk dengan Winwin.
"Batuk kering kot, nanti makan ubat hilanglah tu. Daddy janganlah dekat sini, nanti diorang pandang serong dekat daddy sebab duduk dekat sini"
Winwin bercakap perlahan kerana tidak mahu orang dengar dan dia telan ubat dan minum air.
"Sucheong, jangan bekerja kuat sangat nanti kamu boleh jatuh sakit. Daddy tak mahu masuk penjara atas tuduhan mendera anak bekerja tanpa henti. Nak macam tu? " Sooman sengaja menakut-nakutkan Winwin.
Winwin membuka kimbap dan makan. Yang lain dah turun berehat pergi makan dekat restoran tapi dia makan berseorangan.
"Kenapa makan seorang diri? Mana abang-abang kamu? Diaorang tak ajak kamu ke? " Sooman perhatikan Winwin makan. Dia hanya makan sedikit dan berhenti.
"Diorang dah ajak tapi Winwin taknak sebab ada banyak kerja lagi yang nak kena buat. Fotostat itu, fotostat ini, kena buat laporan lepastu kena hantar dekat ketua. Pastu.. Banyak lagi lah! " Winwin tiba-tiba tergelak.
"Hari ni daddy temankan kamu berehat. Makanlah lagi, muka kamu dah cengkung tu. Kalau mendiang nenek kamu masih ada, dia akan bagi makan banyak kalau dengar cucu dia belum makan" Sooman terkeluarkan peluh dimata bila teringat semula kisah lama.
Winwin minum air dan sambung buat kerja semula. Sooman menggeleng kepala melihat anaknya terlalu bekerja keras.
++++
Mereka semua pulang dari tempat kerja. Mereka masuk bilik dan mandi dan buat kerja masing-masing.
Winwin rasa semuanya tidak kena. Dia tidak dapat fokus pada sesuatu perkara sedangkan dia dah terbiasa.
Matanya sembap, kaki dan buku lali bengkak. Ada yang salah sangka mata dia sembap kerana menangis sedangkan dia tak menangis pun.
Dia masuk kedalam bilik dan minta Jaehyun sapu bedak di badan kerana terlalu gatal.
"Jae, gatal gila badan aku. Aku pun tak menggatal macam dia" Winwin cuba untuk lakukan sendiri tetapi tidak boleh. Jaehyun bangun dan tolong.
"Kau ada alahan ke atau kau tak mandi? Teruk ni" Jaehyun sapu dan tolong garu belakang sekali.
"Aku baru je habis mandi, tak nampak ke rambut yang basah ni? Sejak bila aku ada alahan? " Winwin membalas.
Mereka semua tidur dengan nyenyak dan salah seorang dari mereka bangun untuk kencing.
Siapa itu? Ya Winwin.
Hari-hari dia mengalami perkara yang sama. Mereka pagi ni semua bersarapan bersama-sama. Winwin turun dengan keadaan serabai.
"Winwin, hari ni kamu ada apa-apa hal tak?" Ujar Sooman.
"Takde, kenapa daddy? " Dia menggeleng dan meminum susu coklat.
"Bagus sangat, mama dengan daddy nak bawa kamu pergi hospital. Kami risau dengan keadaan kamu sejak kebelakangan ni. Pergi ya?" Saera membalas bagi pihak Sooman.
"Sucheong tak sakit, cuba tak berapa sedap badan je beberapa hari ni" Winwin sekali lagi menggeleng.
"Winwin, ikut cakap daddy dengan mama tu. Tak elok melawan cakap diorang" Balas Minyoo.
Selepas habis sarapan, Sooman dan Saera bawa Winwin ke hospital untuk periksa. Mereka bawa Ten sebagai peneman.
Setelah hampir seharian duduk di hospital. Jururawat panggil Sooman dan Saera untuk masuk kedalam bilik doktor.
Ten duduk diluar dan temankan Winwin yang pakai sweeter kerana penghawa dingin terlalu sejuk. Sesekali Ten pandang infus di tangan Winwin.
"Tak sakit ke? Aku seram tengok tangan kau" Ten pandang dengan lebih dekat lagi.
"Rasa macam kena gigit dengan kucing je. Hyung pun pernah rasa" Winwin menguap dan letakkan kepala di bahu Ten.
Saera dan Sooman duduk di meja doktor. Mereka berdua takut dan gemuruh dengan dengan keputusan yang bakal diberitahu.
"Sebelum saya beritahu sesuatu, boleh saya tanya sesuatu tak? Adakah dalam keluarga tuan dan puan pernah ada ahli keluarga yang pernah hidap sakit buah pinggang? "
"Ah, adik sepupu saya ada penyakit tu. Kenapa doktor? Jangan cakap yang Sucheong.. Tak mungkin" Sooman dan Saera berpandangan sesama.
"Anak encik menghidapi penyakit buah pinggang kronik. Antara tanda-tandanya mata sembap, buku lali bengkak. Sering letih, kulit gatal, kurang selera makan dan lain-lain. Saya harap tuan dan puan dapat bersabar dengan ujian ni. "
Saera tidak dapat menahan airmata daripada keluar.
"Ada apa-apa cara untuk dia sembuh ke? Saya sanggup bayar asalkan anak saya sihat semula seperti dulu" Sooman juga sedih dengar penjelasan dari doktor tapi dia harus kuat.
"Pembedahan, tapi dia kena tunggu penderma organ. Tapi jika ada yang sudi dan sesuai. Kami boleh lakukan pembedahan. Dan dia terpaksa ditahan di hospital untuk pemeriksaan selanjutnya"
Saera dan Sooman keluar dari bilik doktor. Mereka tidak kuat untuk memberitahu kepada Winwin. Saera kesat airmata terlebih dahulu.
"Ten, Winwin kena tahan. Doktor cakap ada jangkitan kuman dekat badan dia" Sooman terpaksa menipu kerana tidak sanggup beritahu perkara sebenar.
Ten kejutkan Winwin yang tertidur dan tolak kerusi rodanya. Winwin tidak larat berdiri dan terpaksa gunakan kerusi roda.
Mereka memasuki bilik yang ditempah khas untuk Winwin. Setelah tukar pakaian hospital, Winwin baring di katil. Sooman dan Ten balik untuk ambil baju Saera dan Winwin di rumah.
Saera perhatikan muka anaknya yang sedang tidur lena. Saera berharap supaya sakit itu boleh beralih ke dia.
"Mama harap kamu kuat.. "
-TBC
aku buat panjang harini! Suka tak?!
YOU ARE READING
[S1 & S2 ] Keluarga Lee - NCT
FanfictionSooman berkahwin dengan Minyoo dan Saera serta dikurniakan ramai cahaya mata. Bagaimanakah keadaan mereka semua dalam satu rumah? Highest rank: [29/1/2019] No. 1 in NCT [30/1/1/2019] No. 1 in NCT [31/1 /1/2019] No. 1 in NCT