Saera sapu bedak pada muka Winwin dan sikat rambutnya kerana hari ni mereka berdua akan keluar dari hospital.
"Dah kacak dah anak mama ni, Jaehyun mana pula? " Saera menoleh kiri-kanan dan Jaehyun keluar dari bilik air kerana baru habis mandi.
"Jae, luka di badan kamu tak kena air kan? Bernanah nanti kalau kena" Ujar Sooman dengan risau dengan keadaannya.
"Takdelah. Kan luka ni tutup dengan kain kapas. Pandai-pandailah Jaehyun siram air masa mandi tadi " Jaehyun duduk di katil dengan perlahan dan pegang bahagian yang dibedah kerana tiba-tiba rasa pedih.
"Ma, bila jarum dekat tangan ni nak dibuka? " Soal Winwin angkat tangan kanan dan tunjukkan infus yang masih berada di tangan.
Mark dan Ten masuk kedalam bilik dan angkat barang-barang untuk dimasukkan dalam bonet nanti.
Mereka berdua pergi ke kantin dan usha makcik-makcik dan kakak di situ walaupun niat awal cuma nak isi perut.
Daniel masuk dan tanggalkan infus di tangan mereka berdua. Jaehyun hanya memasang muka ketat walaupun dalam hati dah mencarut sumpah seranah.
Sampai giliran Winwin, dia pegang tangan Saera dengan kuat.
"Ah! Sakitttt!! Mama! " Winwin pukul meja dengan kuat dan menangis kerana tak tahan.
"Sabar, tak lama ni dah tak rasa sakit dah" Sooman mengusap rambutnya. Winwin mengerutkan dahi lagi.
Daniel menarik jarum dan darah keluar sehingga mengalir. Winwin asyik bergerak kerana sakit dan kapas diletakkan di tangan.
"Mereka berdua dah boleh keluar. Luka tu kena sentiasa dibersihkan dan kena letak ubat. Kena berpantang makan juga, tak boleh makan telur. Saya galakkan minum pati haruan atau tak tahan dengan bau hanyir. Boleh buat sup ikan haruan untuk mereka" Ujar Daniel dan mereka semua mengganguk faham.
Jaehyun memeluk Winwin yang sedang menangis kerana rasa sakit di tangan kanan.
"Aku pun ada ni, jangan menangis lagi. Nanti rasa makin sakit" Jaehyun tunjuk kapas di tangan dan Winwin mengganguk sambil lap airmata dengan lengan baju.
"Jaehyun, Winwin. Jom balik sekarang. Daddy dah bayar yuran hospital" Ujar Sooman dan mereka bangun tapi dengan perlahan.
Ten dan Mark keluar dan bawa kerusi roda kerana kesian dengan Jaehyun dan Winwin. Mereka tidak boleh berjalan dengan laju kerana luka masih belum sembuh.
"Apa ni, buat susah-susah je. Kami boleh jalan lagi lah" Ujar Jaehyun memaksa diri untuk jalan walaupun dia tengah menahan sakit.
"Kamu tu belum sembuh, duduk dekat kerusi roda tu. Biar kami yang tolak nanti sampai masuk kereta" Ujar Sooman dan Winwin beranikan diri buka mulut.
"Tak menyusahkan ke nanti? Daddy dengan mama bukannya larat mana pun. Ten dengan Mark pun bawa barang " Ujarnya dan Saera menggeleng.
Mereka berdua duduk di kerusi dan ditolak keluar dari bilik. Sooman dengan Winwin, Saera dengan Jaehyun.
"Eh, kamu berdua dah nak keluar dah? Semoga cepat sembuh ya? " Tegur salah seorang jururawat di situ yang dikenali sebagai Cik Jang dan mereka semua senyum dan menunduk hormat.
"Ha'ah, nurse pun kena jaga diri baik-baik. Kami dah nak balik ni" Ujar Sooman dengan senyuman lebar dan tolak kerusi roda keluar dari hospital menuju ke tempat letak kereta.
Ten tolong Jaehyun dan Winwin semasa masuk dalam kereta. Mark letakkan kerusi roda di tempat khas semula.
"Sucheong dan Yoon Oh macamana dekat belakang tu? Baik-baik ke ? Kalau ada sesuatu bagitahu" Soal Sooman sambil perhatikan mereka di cermin.
"Okay je, tak sempit walaupun ada empat orang kat sini" Ujar Jaehyun.
Winwin tengok luar tingkap, dia tengok restoran KFC yang baru mereka lepasi. Saera tengok cermin dan perasan air muka Winwin yang sedih.
"Sucheong nak makan kfc ke? Kalau nak, mama boleh minta daddy pergi sana balik" Ujar Saera dan Winwin menggeleng walaupun sebenarnya dia nak sangat.
"Daddy pergi sana balik ya? Daddy tahu yang kamu nak sangat, yang lain pun daddy tahu nak juga" Sooman pusing stereng dan masuk jalan lain. Ten dan Mark senyum dan tepuk tangan.
Jaehyun sebenarnya nak juga haha.
"Tapi doktor suruh jaga makan. Takpe ke kalau makan makanan bergoreng" Soal Winwin kerana teringat pesanan sebelum keluar dari hospital.
"Boleh makan tapi berpada-pada. Mama dan daddy kesian tengok muka Winwin pandang KFC tadi." Ujar Saera dan mereka telah sampai.
Sekali lagi Ten dan Mark tolong Jaehyun serta Winwin untuk masuk kedalam restoran.
-TBC
pendeks jess, sorrys gaisss
Ada apa-apa soalan tak untuk ditanya dekat aku? Aku akan jawab dengan jujur (tapi tak semua, ada rahsia yang kena jaga)
YOU ARE READING
[S1 & S2 ] Keluarga Lee - NCT
FanfictionSooman berkahwin dengan Minyoo dan Saera serta dikurniakan ramai cahaya mata. Bagaimanakah keadaan mereka semua dalam satu rumah? Highest rank: [29/1/2019] No. 1 in NCT [30/1/1/2019] No. 1 in NCT [31/1 /1/2019] No. 1 in NCT