Doyoung keluar dari kereta sambil dibantu oleh Jaehyun dan Winwin masuk kedalam rumah.
Mereka berdua baringkan di katil. Doyoung mengerling mata kerana rasa pening dengan kesan ubat yang dimakan tadi sebelum balik rumah.
"APPA DAH BALIK! " Donghyeon berlari ke arah ayahnya yang mampu baring buat masa ini kerana tak boleh banyak bergerak. Doyeon berdiri di depan pintu kerana takut mahu dekatkan diri dengan Doyoung takut kejadian sama yang akan berlaku lagi.
"Pergilah, appa rindu dengan Doyeon tu" Yeri menolak badannya tapi Doyeon berkeras tidak mahu.
"Nanti Doyeon buat appa menangis lagi, Doyeon taknak jadi anak derhaka"
"Sayang, appa tak marah dengan Doyeon. Appa tahu yang adik tak sengaja hari tu. Sini lah, appa rindu nak bau badan tu " Doyoung memanggil dan Doyeon beranikan diri duduk di tepi katil.
Doyeon dan dia mengeselkan hidung. Donghyeon hanya perhatikan mereka berdua, dia tak berapa suka bermanja berlebih-lebihan.
"Sakit lagi tak perut appa? " Soal Donghyeon kerana risau dan bimbang dengan keadaan ayahnya.
"Tak sakit sebab anak-anak appa ada dekat sini" Balas Doyoung dengan tersenyum lebar.
"Anak-anak, pergi keluar sekarang. Appa nak berehat dalam bilik, jangan kacau nanti dia masuk hospital lagi. Menangis-nangis macam hari tu lagi, nak? " Yeri menakut-nakutkan dan mereka berdua meluru keluar bilik.
Doyoung menarik muka kerana dia baru nak bermanja-manja dengan mereka semua.
"Kenapa suruh mereka keluar? Saya baru nak main lepas keluar hospital" Doyoung mencebik dan menyilangkan tangan tidak mahu pandang Yeri lagi. Acah je tuuu.
"Awak punya luka tu basah lagi. Doktor kata awak kena berehat dengan secukupnya dan tak boleh banyak bergerak. Kena rajin sapu ubat supaya luka cepat sembuh. Lepas kering pula, awak kena sapu krim hilangkan parut pula" Balas Yeri dengan panjang lebar dan dia baru teringat yang sekarang telah masuk waktu makan Doyoung.
Yeri keluar dari bilik dan datang semula dengan bawa semangkuk bubur kosong tanpa ada rasa. Doyoung rasa mahu hantuk kepala di dinding, sudahlah di hospital makan benda yang sama. Di rumah pula isteri masakkan yang sama.
Bercukur lah kau dapat makan bang. Orang lain sampai kebulur.
"Kereta api datang choo choo~" Yeri gerakkan sudu ke kiri dan ke kanan barulah suap kedalam mulut suaminya.Doyoung terpaksa makan dengan muka terpaksa. Baru masuk empat suapan, dia minta Yeri berhenti kerana dia rasa mual.
Yeri terus bagi plastik dan tepuk belakang badan supaya semua keluar dari badan.
"UWEEKKK UWEKK! "
"SIAPA YANG MENGANDUNG? SIAPA?! " Taeyong tendang pintu sehingga terbuka.
Doyoung bagi jari tengah kepada Taeyong kerana sibuk hal orang dan tendang pintu sampai terbuka, nasib baik tak rosak.
"KAU KE YANG MONTEL--MUNTAH TU? MAK AI SAMPAI DAPUR AKU DENGAR" Taeyong tersengih manakala Yeri dan Doyoung tahan diri dari tampar mukanya.
"Oppa. Takde siapa yang mengandung kat sini, Doyoung muntah sebab dia loya." Yeri mengulingkan mata. Taeyong keluar dari bilik sebab terdengar tangisan anaknya.
"Yang.. "
"Kenapa bang? Nak muntah lagi? " Yeri duduk di katil.
"Abang nak makan yang sayang masakan. Taknak bubur kosong" Doyoung terbatuk-batuk sedikit.
"Makan apa? Doktor tak bagi makan benda lain selain bubur, benda pedas, bergoreng, dan lain-lain. Abang pun kena telan pati haruan bagi luka tu cepat kering" Yeri menggeleng kepala sebab tidak setuju. Doyoung gerakkan tangan Yeri.
"Abang sanggup telan pati haruan tu walaupun rasa dia macam minum kapur rasanya. Yang, masaklah untuk abang. " Doyoung asyik memujuk tanpa henti dan Yeri setuju sebab kesian dengan dia yang makan bubur setiap.
Dulu masa aku kaki patah, aku pernah minum pati haruan sia sebab kakak-kakak paksa suruh minum. Nak luka dengan tulang cepat baik.
Rasanya tak payah cakap, memang 'sedap' dan kau akan rasakan kenikmatan yang tiada tara. Siapa boleh habiskan, tahniah.
"Nak makan apa? " Yeri ambil nota untuk salin pesanan. Wow, macam mamak.
Doyoung berfikir sejenak dan muncul!
"NAAAAAASIIII LEEEEMAKKKK AYAMMM MASAKKKKK MERAAAHHH TAMBAHHHHH SAMBALLL SOTONG! TEH O AISSS KURANGGGG GULAAA" Doyoung menyanyi mengikut rentak trailer lagu The Lion King.
Bahu Doyoung dipukul perlahan.
"Ah, tak boleh. Nak makan salmon tak? Grill yang sihat punya" Yeri baru teringin makanan yang boleh Doyoung makan."Nak! Awak masak tau bukan beli, saya nak rasa air tangan isteri"
"Mestilah air tangan isteri, jarang orang rasa air liur isteri"
"HAHANAT PANDAINYA SAYANG BUAT LAWAK!"
++++
Taeil masuk kedalam bilik doktor yang merawat Junghee. Dia dimasukan hospital kerana darah tinggi sehingga pengsan.
"Doktor ada apa sampai panggil saya? " Taeil duduk di kerusi dan Doktor Kang kelihatan risau.
"Kandungan isteri Encik songsang, dia tak boleh bersalin normal. Kami terpaksa lakukan pembedahan, tapi ada sesetengah kes, kandungan berubah kedudukan dan si ibu bersalin normal"
"Tapi bukan ke dia dijangka akan bersalin dalam dua minggu lagi? Mungkin kedudukan bayi akan berubah" Taeil mula tidak senang duduk.
"Itu cuma kiraan kami, boleh jadi awal dan lambat"
Taeil menemani Junghee masuk kedalam bilik pembedahan. Doktor bagi izin dan beri pakaian khas untuk dipakai.
Doktor bagi ubat bius separuh badan tapi tidak sampai tidur, pesakit sedar tetapi kaki sampai pinggang tiada rasa apa-apa.
Sepanjang pembedahan, Taeil asyik mencium tangan Junghee dan menenangkannya.
"Awak rasa anak kita ikut muka siapa? Eomma atau appa dia? " Ujar Junghee.
"Tak kisah lah ikut siapa, asalkan dia sihat" Balas Taeil dan berborak dengan lama supaya Junghee tidak gelisah.
Sedar tak sedar, mereka berdua bercakap. Kedengaran suara bayi menangis dengan nyaring.
Berlatih vokal tu, nanti boleh highnote macam bapa dia.
Doktor letakkan bayi itu disebelah Junghee supaya kenal dengan bau ibunya. Atau omputih kata, skin to skin. Bahasa melayu kulit ke kulit.
"Lee Taehan, kamu sama kacak dengan appa kamu"
-TBC
Kali ni terpanjang sikit, sampai 922 words 😂 tapi korang lagi suka panjang-panjang bukan?

ANDA SEDANG MEMBACA
[S1 & S2 ] Keluarga Lee - NCT
FanfictionSooman berkahwin dengan Minyoo dan Saera serta dikurniakan ramai cahaya mata. Bagaimanakah keadaan mereka semua dalam satu rumah? Highest rank: [29/1/2019] No. 1 in NCT [30/1/1/2019] No. 1 in NCT [31/1 /1/2019] No. 1 in NCT