"DAH BERAPA KALI MAMA CAKAP! AWAK TU PEREMPUAN! JAGALAH PERANGAI TU SIKIT! MAMA DENGAN DADDY DAH TUA! " Saera lempar rotan ke sebarangan tempat. Renjun melutut dan memohon maaf berkali-kali, dia berjanji takkan berlakuan teruk lagi.
Yelah tu, macam boleh percaya.
"Renjun janji akan jadi anak perempuan yang baik" Renjun menangis dan maskaranya cair. Huh, sadis.
Sementara diluar, Yuta, Jeno dan Haechan memasang telinga di dinding dan tak lama kemudian disertai Ten yang cuma lalu.
"Mama tak kisah Renjun nak berkahwin--kawan dengan mana-mana orang. Tapi perangai tu jagalah. Kenapa buat paid review ni? Mama dengan daddy tak cukup bagi duit ke sampai kena buat? Ada ke pad period pernah habis? Mekap tak dibelikan? Nak makan apa benda semua kami belikan untuk kamu."
"Ma, Injun minta maaf----"
"Mama belum habis cakap lagi. Mama tak pernah marah pun takde A dalam exam. Mama faham Renjun ni satu-satunya perempuan dekat sini. Jungwoo pun kat tempat lain"
"Berita boek ni" Haechan memasang telinga lagi.
"Lainkali jangan buat perangai lagi. Jangan main apa benda tu? Music.geli? "
"Musically" Renjun betulkan tapi dimarahi lebih teruk.
"Apa-apa jelah nama lebih kurang sama je bunyinya. Dulu Tiktok, sekarang musically tu. Suka sangat menari seksi-seksi. Nasib lah kami bertiga ni takde sakit jantung. Boleh mati awal terus bila ternampak kamu buat tu. Nak ke mama dan mommy dengan daddy mati awal? "
Mereka berempat diluar bilik tersengih-sengih bila Renjun teruk kena marah. Dengan abang-abangnya berani melawan. Depan Saera pijak anjing pun tak terasa.
Saera buka pintu dan mereka berempat kelam-kabut nak lari tapi berlanggar sesama sendiri.
"Korang buat apa kat luar ni? Kenapa ambil tu? " Saera menggaru kepala dan tangan.
"Kitaorang nak bersihkan lantai. Sebab tulah ambil mop, betul tak hyung sekalian?" Soal Haechan dibalas Yuta dan Ten dengan mengganguk.
Sebenarnya Ten ambil mop dan penyapu sebab nak kemas bilik tapi dia join dengar Renjun kena marah :)
Jeno menyapu lantai dengan senyap. Saera hanya menggeleng dan pergi ke tempat lain.
Mereka berempat menarik nafas lega kerana tak ketahuan. Renjun bangun nak tutup pintu tetapi, Yuta, Haechan , Jeno dan Ten berjemaah bagi ibu jari kepada Renjun sambil senyum sinis.
Renjun rasa geram dan hempas pintu dengan kuat. Kemudian mereka berempat buat kerja masing-masing.
Semoga Lee Renjun berubah selepas kejadian ini :D
++++
Hansol pijak-pijak badan ayahnya kerana Sooman rasa tidak sedap badan.
"Kat mana lagi daddy? " Hansol pijak di bahagian pinggang sebelum berpindah ke lain pula.
"Dekat tulang rusuk belah kiri tu. Hah, bagus-bagus. Nanti daddy bagi upah aiskrim kat Hansol" Sooman rasa kenikmatan dipijak-pijak.
Hansol pijak di tempat lain lagi tanpa diberitahu kerana dia dah terbiasa buat. Kalau dia takde, Jaemin lah penggantinya.
"Hansol. Turun dari badan kemudian letak minyak angin kat badan pastu urutkan. Jangan letak banyak sangat tau nanti daddy kepanasan"
"Okay daddy" Hansol turun dari badan Sooman dan buka rak dengan bantuan kerusi kerana badannya yang kecil molek dan ambil minyak angin. Selepas itu dia sapukan di belakang badan Sooman.
"Hansol. Kaki daddy rasa sakit tapi sekarang ni Hansol tengah urut badan pula. Mana Jaemin? Boleh mintakan urut kaki tu" Sooman mengerang kesedapan kerana Hansol mengurut dengan kuat.
Dan tiba-tiba, Jaemin masuk dalam bilik Sooman tanpa disedari sehingga membuatkan mereka berdua hampir keluarkan kata-kata kesat.
"Daddy nak Jaemin urutkan kaki ke? Jaemin okay je. Onz tak onz?" Jaemin menghabiskan hotdog ditangan dan basuh tangan di bilik air.
"Hah bagus, bagus. Nanti daddy belikan aiskrim yang mahal tu"
Jaemin naik ke katil dan ambil minyak dari Hansol. Kerja mengurut mula dilaksanakan.
"Eughh sedap, kuat lagi!"
Ten berhenti menyapu sampah dan pandang sekeliling. Lagu Yestoday dalam telefon dimatikan.
"Aku rasa ada orang panggil. Yuta, dengar tak? " Ten pandang sekeliling dengan serius. Yuta hanya menggeleng kepala dan sambung mainkan scammer dan old money collector.
Ten husnuzon dia hanyalah tersalah dengar. Dia sambung menyapu semula.
Sooman pukul katil kerana rasa nikmat. Nikmat? :D
"Aduh, sedapnya. Macam ni baru lah bagus. Ini kalau Winwin ngan Renjun urut. Macam nak ajak bergusti gayanya"
Jaemin dan Hansol ketawa dengar Sooman cerita macamana dia boleh berjumpa jodoh. Taeil lahir sehinggalah Jungwoo lahir.
Biasalah orang tua suka mengimbau kenangan lama.
Sooman menceritakan dating pertama dengan Minyoo dibawah pokok ketapang, Saera didalam pondok pengawal, Manda di sungai, eh, ada buaya tak? :D
Dan Ji Ran di salun rambut.
Selepas habis mengurut. Sooman pakai baju dan bawa Jaemin dengan Hansol pergi pasar raya dan main di arked.
-TBC
YOU ARE READING
[S1 & S2 ] Keluarga Lee - NCT
FanficSooman berkahwin dengan Minyoo dan Saera serta dikurniakan ramai cahaya mata. Bagaimanakah keadaan mereka semua dalam satu rumah? Highest rank: [29/1/2019] No. 1 in NCT [30/1/1/2019] No. 1 in NCT [31/1 /1/2019] No. 1 in NCT