S2 15

441 48 25
                                    

Setelah berkahwin hampir 7 bulan. Akhirnya Renjun terasa loya di tekak dan masuk dalam tandas untuk muntahkan segala isi dalam badan tapi yang keluar hanyalah air dan kadang-kadang tiada apa yang keluar tapi dia rasa loya yang amat dan kerap pening dan sakit pinggang.

Jihoon buka baju kerja dan masuk dalam bilik air. Dia tolong tepuk belakang badan Renjun supaya semuanya keluar.

Renjun sandar pada dinding dan tekan flush. Dia pandang suaminya dengan sayu.

"Muntah lagi ke hari ni? Nak pergi hospital buat check. Saya takut awak betul-betul mengandung, pergi ya? " Jihoon memujuk tetapi Renjun menggeleng dan lap air liur yang keluar.

"Saya cuma tak sihat lah. Saya tak mengandung" Renjun bangun dengan bantuan Jihoon.

"Jomlah, saya hantarkan. Dah berapa hari awak macam ni. Nanti appa kata apa pula kalau awak macam ni. Saya hantar jom" Jihoon cuba memujuk tetapi Renjun tetap dengan egonya.

"Saya cuma tak sihat je, saya nak turun ke bawah nak masak" Renjun bangun dan kepalanya tiba-tiba pening, penglihatan mula kabur dan dia rebah.

"Sayang!" Jihoon terus angkat badannya dan bawa pergi ke hospital.

Doktor keluar dari bilik selepas selesai merawat Renjun. Jihoon serta-merta bangun dari kerusi.

Doktor itu tersenyum-senyum dan menghulurkan tangan kepada Jihoon.

"Tahniah, awak akan jadi ayah tidak lama lagi. Isteri awak mengandung 1 bulan"

Doktor itu pergi selepas menepuk bahu Jihoon.
Jihoon kaku dan tergamam, dia masih lagi tidak percaya dengan kata-kata doktor.

Jihoon masuk ke dalam bilik dan duduk disebelah Renjun yang masih lagi belum sedarkan diri.

Dia mencium dahi dan tangan isterinya dan menangis kerana gembira.

"Terima kasih sebab mengandungkan zuriat abang.
I love you Lee Renjun forever and ever"

Renjun membuka mata dengan perlahan-lahan dan orang pertama yang dilihat adalah suaminya.

"Awak, saya dekat hospital kan? Macamana saya boleh ada dekat sini? " Renjun cuba bangun dan Jihoon melarang untuk bangun kerana dia belum lagi baik.

"Awak pengsan tadi masa muntah. Awak, awak bawa satu nyawa dekat dalam perut ni" Ujar Jihoon lalu letak tangan di perut Renjun.

Renjun pandang perutnya dengan tidak percaya.

"Bb-betul ke saya mengandung? " Renjun pegang perutnya dengan terketar-ketar.

"Betul, dah 1 bulan"

Renjun seperti tidak percaya yang dia telah berbadan dua.
Dia juga tidak sangka yang dia akan dikurniakan zuriat dalam masa terdekat.

"Baba kena balik ni, ada hal yang nak kena uruskan" Jihoon mencium perut Renjun dan keluar.

Mereka berdua bercadang mahu gunakan baba dan mama kerana rasa panggil nama itu sungguh comel dan UwU.

Renjun lihat di meja ada telefonnya yang ditinggalkan oleh Jihoon untuk telefon siapa-siapa.

"Mama nak telefon atok dengan nenek. Biar mereka semua tahu tentang kehadiran kamu" Renjun dail nombor dengan laju dan seseorang angkat.

"Hello, ni siapa? " Ten angkat telefon rumah.

"Renjun, siapa yang angkat ni? "

"Aiyaya banggali makan petai"

"Jangan lah gurau! "

"Ten, Youngheum"

"Ten oppa, Renjun ada sesuatu nak cakap ni"

"Apa dia? Bagitahu pat, aku ada misi membunuh cicak tak lama lagi ni"

"Renjun mengandung, bagitahu semua orang berita gembira boleh? "

"Sekarang dekat mana? Rumah ke? "

"Dekat hospital, Renjun pengsan tadi. Doktor kata sebab tekanan darah rendah"

"Tett---"

"Hello? " Renjun pelik bila panggilan dimatikan. Dia berfikir mungkin ada masalah dengan syarikat telkom.

Ten menjerit dengan kuat dan melompat-lompat seperti kanggaru. Haechan keluar dari bilik selepas terdengar jeritan pondan.

"Apahal hyung? " Mark datang dekat walaupun hanya pakai tuala.

"RENJUN MENGANDUNG! "

"WHAT!? " Semua keluar dari bilik.

"Kejap, biar aku pakai baju dulu baru join korang" Mark masuk bilik dan kunci.

"Biar kebenaran? " Soal Johnny sambil mendukung Younghee.

"Betul, dia sendiri cakap dekat telefon tadi. Dia sekarang kena tahan dekat hospital sebab darah rendah. Bertambah lagilah keluarga kita ni" Ujar Ten dengan hati berbunga-bunga.

"Sayang, ambil Younghee" Johnny serahkan kepada Haera. Taeyong juga datang dan Doyoung menyusul kemudian. Mereka semua melompat-lompat kerana gembira dapat tahu Renjun mengandung.

"ADIK AKU MENGANDUNG! "

"KAKAK AKU MENGANDUNG! "

Sooman membuka pintu kerana baru balik beli barang keperluan isteri-isteri tercinta. Dia rasa pelik tengok ramai-ramai berkumpul.

"APAHAL NI? " Sooman letakkan barang di meja dan mengerutkan dahi.

"Renjun mengandung" Balas Taeil dan Sooman hanya menghiraukan.

"Oh okay, APAAAAAA?! "

Sooman sertai mereka dan melompat seperti pasukan bola yang disokong menang.

Saera mendekatkan diri dengan Yeri dan bertanya kepadanya.

"Kenapa dengan semua tu? " Soal Saera dengan pelik.

"Renjun mengandung, semua jadi macam bila pasukan bola menang" Balas Yeri. Saera hanya mengangguk faham dan perhatikan mereka semua masih lagi menggila-menggilai.

Sejujurnya Saera pun terkejut dengan berita Renjun hamil. Tapi dia dah sedar yang dia dah tua.

"Daddy! Betul lah Hyuck muntah-muntah hari tu sebab noona pregnant. Hyuck merajuk dengan daddy" Haechan mencebik dan menyilangkan tangan.

"Okay, sekarang Hyuck nak apa? Daddy belikan" Sooman duduk dan begitu juga dengan yang lain kerana penat.

"Donghyuck nak keyboard yang boleh memaki hamun. Dia ada banyak carutan untuk 3 orang yang paling Hyuck geram sekali" Dia ambil udara dengan banyak, siapa suruh lompat sengal.

"Berapa harga dia? Jual dekat kedai atau online? Nanti daddy belikan untuk Hyuck"

"Harga dia 20sen dapat percuma lengkuas"

-TBC

[S1 & S2 ] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now