Yuta buka pintu kereta kerana telah sampai di tempat yang dituju. Sejambak bunga yang dibeli di kedai runcit tadi diambil dan dia melangkah masuk ke tanah perkuburan.Cermin mata hitam dipakai kerana cuaca pada hari itu agak terik. Dia berhenti di salah satu kubur dan bunga diletakkan didepan batu nisan.
Yuta rendahkan diri dan mengusap batu nisan itu dengan perlahan. Setitis airmatanya jatuh ke tanah tanpa disedari.
"Maafkan abang sebab dah lama tak datang melawat sayang. Anak kita kan, dia dah pandai meniarap sendiri tanpa bantuan orang lain'" Yuta kesat airmata dan alihkan dedaun dan ranting kayu yang jatuh dari kubur mendiang isterinya.
"Nampaknya abang kena selalu datang melawat sayang untuk bersihkan tempat tinggal sayang sekarang ni" Yuta berhenti alihkan ranting dan daun kerana telah bersih dan dia duduk di tanah tanpa pelapik.
Dia letakkan tangan di gambar pada batu nisan, sekali lagi airmatanya gugur kerana rindu yang teramat dengan isterinya yang telah tiada.
"Abang rindu sangat dengan sayang. Abang harap sangat kita boleh berjumpa dalam mimpi walaupun tak lama pun, abang janji, bila anak kita si Alessia tu dah besar. Abang akan bawa dia melawat mak dia" Yuta ambil tisu dalam bag yang dibawa dan hingus dihembus pada tisu yang dipegang tadi.
Gambar Shannon yang tersenyum lebar ditatap sekali lagi. Yuta senyum dan cuba hilangkan kesedihan kerana dia tahu tidak baik sebenarnya.
"Ku rindu wajah mu,senyuman manis mu sayang. Tolonglah pulang" Yuta tahu yang dia tidak dapat balik tapi dia cuba luahkan isi hati dengan menyanyi. Hanya dia seorang diri berada di tanah perkuburan.
"Anak kita dah besar yang, dia cantik sangat ikut muka awak" Yuta ambil telefon dan buka gambar Alessia yang berada dalam katil bayi.
Dia berborak seharian walaupun Yuta tahu yang isteri dia tidak dapat membalas. Asalkan dapat luahkan pun dia dah rasa cukup.
Yuta bangun dan bersihkan seluar yang kena tanah semasa duduk tadi. Airmata dibersihkan dahulu sebelum balik ke rumah.
"Abang pergi dulu, nanti abang datang melawat bila ada masa lagi. " Yuta jalan dan pintu pagar ditutup. Dia masuk kereta dan tutup pintu dengan kuat.
"ARGHHH!!" Yuta menjerit dan lepaskan marah pada kereta yang langsung tidak bersalah. Dia menangis dengan lebih teruk, dia pandang cermin di luar dan memulakan pemanduan.
++++
Renjun berborak dengan mereka sehingga lewat malam. Banyak sangat sampai boleh lupa.
"Adik ipar noona masing-masing dah sarat ya? Bila nak bersalin tu? " Soal Renjun lalu minum air kopi yang dibancuh oleh Taeil, sebenarnya dia rembat kat dapur tadi.
"Entahlah, doktor tak cakap lagi. Padahal dah boleh kira tarikh jangka bersalin tu" Balas Haechan dengan malu-malu, isteri masing-masing telah masuk bilik kerana mereka tidur tepat pukul 10 malam.
"Hah, Jeno. Kau dah ada nama-- SHIBAL! " Renjun mencarut kerana elektrik tiba-tiba mati.
Mereka semua keluar dari bilik sambil pegang lampu suruh, ada yang guna telefon kerana tak jumpa dan ada yang guna lightstick kerana baru nak cas telefon tapi bekalan elektrik mati.
"JENO! " Panggil Siyeun dari dalam bilik. Jeno terus berlari naik tangga dengan bantuan Johnny dan Haera kerana telah menyinari hidup-- eh.
"Sayang! " Jeno buka pintu bilik dan duduk ditepi katil. Siyeun menarik cadar katil kerana tidak tahan rasa sakit di perut.
"Saya nak bersalin sekarang ni" Balas Siyeun dengan lemah dan cuba tahan sakit sedikit lagi. Jeno baru mahu angkat turun dari katil tapi kemudian Mark masuk bilik.
"KERETA TAK HIDUP! ADA ORANG TUTUP PINTU TAK RAPAT KEMUDIAN BATERI KONG! " Mark gelabah tahap babun kerana adik iparnya akan bersalin sedangkan bekalan elektrik sedang terputus.
"Kita pinjam kereta jiran sebab kereta yang lain dekat bengkel" Ujar Jeno dan tangan dia ditarik oleh Siyeun.
"Tak sempat dah" Siyeun menggeleng dan cengkam katil dengan lebih kuat kerana semakin sakit. Kalau telefon ambulans pun akan ambil masa yang lama kerana jalan sedang sesak teruk.
"Hyung tolong sediakan air suam" Johnny keluar dari bilik kerana mahu membantu.
Taeyong beri tuala untuk balut badan bayi selepas dilahirkan manakala Jisung beri lampu suluh kerana gelap.
"Terima kasih semua" Balas Jeno dan masuk bilik semula tapi Renjun sempat menahan pintu dari tertutup.
"Noona akan temankan Siyeun dan tenangkan dia bersalin nanti" Ujar Renjun dan Jeno mengganguk setuju.
Renjun masuk dengan bawa lampu suluh dan tutup pintu serta kunci supaya tiada yang masuk. Dia duduk sebelah Siyeun dan mengusap rambutnya dengan perlahan.
"Eonnie.. " Siyeun terus pegang tangan Renjun sebagai pelampias rasa sakit. Jeno sedikit gugup kerana dia yang akan menyambut bayi.
"Akh" Siyeun mendongakkan kepala kerana bayi mahu keluar. Dia tidak menjerit walaupun sedang rasa sakit yang amat.
"Push sayang! Teran" Ujar Jeno dengan bantuan lampu suluh.
"Menjerit kalau tak tahan" Renjun rasa kasihan melihat dia sedaya upaya tahan suara daripada keluar.
Siyeun menggeleng tidak mahu tapi tak lama kemudian dia akhirnya menjerit kerana tidak boleh tahan lagi.
"AKHHH!! " Siyeun menjerit sekuat hati tapi bayi masih belum keluar. Haechan diluar bilik takut kerana Hyejin juga telah sarat dan boleh bersalin bila-bila masa.
"Jangan putus asa, eonnie dulu pun sama juga rasa macam Siyeun dulu" Renjun mengusap rambutnya dan pandang Jeno kerana risau. Siyeun mengambil udara sebelum meneran lagi.
"EUGH! " Siyeun melepaskan lelah dan tutup mata kerana terlalu penat. Jeno terus potong tali pusat dengan gunting dan bersihkan dengan air suam kemudian balut dengan tuala putih.
"Appa ada kat sini shhh" Jeno mendodoi anaknya yang baru lahir dan letakkan di perut Siyeun yang telah rata.
"Baby dah keluar! " Renjun alihkan rambut Siyeun supaya dapat lihat dengan jelas.
"Anak eomma" Siyeun cuba bangun dan dukung anaknya. Jeno duduk disampingnya dan berikan ciuman di dahi.
"Lelaki, dia lelaki" Balas Jeno dan Siyeun seperti mahu menangis kerana terlalu gembira.
"Nama dia, abang tahu? " Siyeun pandang wajahnya dan Jeno hanya tersenyum kerana telah lama sediakan.
"Lee Juno" Balas Jeno dengan singkat. Renjun bangun dan bungkus uri kemudian beri kepada Sooman untuk ditanam.
-TBC
YOU ARE READING
[S1 & S2 ] Keluarga Lee - NCT
FanfictionSooman berkahwin dengan Minyoo dan Saera serta dikurniakan ramai cahaya mata. Bagaimanakah keadaan mereka semua dalam satu rumah? Highest rank: [29/1/2019] No. 1 in NCT [30/1/1/2019] No. 1 in NCT [31/1 /1/2019] No. 1 in NCT