S2 8

435 55 22
                                    

Mereka semua balik selepas melawat Junghee di hospital. Jungwoo, Lucas, Kun, Xiaojun, Yangyang dan Hendery mestilah dihantar balik ke rumah. Meroyan karang mak-mak diorang nanti anak-anak tak balik-balik.

Yeri masuk ke dalam bilik dan cari pregnancy kit yang dibeli dulu. Setelah jumpa, dia masuk ke dalam bilik air dan menunggu keputusan.

"Yang, buat apa kat dalam tu? " Doyoung mengetuk pintu berkali-kali.

Yeri terduduk melihat terdapat dua garisan merah muncul di prenancy kit.

Dia mengandung.

Yeri membuka pintu dan Doyoung berdiri tepat-tepat dihadapannya dengan muka risau. Dia beri prenancy kit kepada Doyoung.

"Sayang mengandung lagi? " Doyoung tersenyum lebar dan dukung isterinya. Walaupun luka belum sembuh, peduli apa dia.

Tiba-tiba Yeri mengalirkan airmata dan memandang suaminya dengan sayu.

"Bagaimana nak beritahu semua orang yang saya mengandung lagi? Kak Junghee baru bersalin. Anak-anak pun, adakah mereka akan terima adik baru--" Doyoung letak jari telunjuk di bibir Yeri.

"Mereka semua mesti gembira dengan berita ni. Jangan takut, abang pasti anak-anak akan suka dengan adik baru " Balas Doyoung dan Yeri hanya termenung jauh.

"Saya janji akan jaga awak sepanjang mengandung dan bersalin nanti"

Mereka berdua keluar dari bilik dan pergi ke ruang tamu dengan membawa prenancy kit. Sooman ternampak dan tersenyum. Cucunya akan bertambah lagi.

"Tadi Yeri masuk dalam tandas dan buat prenancy test sebab nak pastikan pertanyaan semua. Dah sah, Yeri mengandung lagi dan si kembar bakal dapat adik baru" Ujar Doyoung bagi pihak Yeri dan bagi pregnacy kit kepada Minyoo.

"Makin besar lah keluarga ni ya? Mesti mereka gembira dah nak dapat adik baru" Ujar Sooman dan tiba-tiba Yeri menangis dengan teresak-esak. Saera yang paling dekat dengannya cuba menenangkan menantu tirinya.

"Donghyeon dengan Doyeon kecil lagi. Takut mereka rasa terpinggir nanti" Yeri menunduk dan buat Doyoung rasa bersalah.

"Jangan menangis lagi, mama faham perasaan bila dapat tahu mengandung lagi. Jangan menangis lagi ya? " Saera mengusap belakang badan Yeri.

"Diorang mesti gembira bila dapat tahu mereka akan dapat adik. Kamu mesti tahu bahagikan masa. Doyoung, jaga elok-elok cucu kami dalam kandungan tu" Minyoo menjeling tajam kepada Doyoung.

Yeri berhenti menangis dan dalam airmata dengan hujung lengan baju.

"Mana diorang semua? " Ujar Yeri.

"Tengok main dengan Yong dan Younghee dekat dalam bilik. Haera dengan Yesung dan perhatikan takut ada apa-apa pula" Balas Johnny.

"Tolong panggilkan mereka berdua, Kak Haera dan Kak Yesung sekali biar mereka tahu tentang ni" Yeri lap muka dengan tisu. Taeyong pergi ke bilik dan ketuk beberapa kali. Donghyeon dan Doyeon keluar kerana dipanggil.

Haera dan Yesung juga dipanggil ke ruang tamu dan membuatkan mereka berdua pelik. Apa sebenarnya yang berlaku?.

Donghyeon duduk di pangkuan Ten. Mengada-ngada punya budak dan Doyeon duduk dengan Jisung.

"Eomma ada sesuatu nak cakap ni. Tak lama lagi kamu berdua akan dapat adik. Dalam perut eomma ada baby " Ujar Yeri dan membuatkan mata si kembar terbeliak dengan besar. Donghyeon bangun dan berlari ke Yeri. Perut kempisnya diusap-usap dengan perlahan-lahan.

Doyeon juga letakkan tangan di perut Yeri.

"Adik, adik buat apa hari ni? Hyung eh atau oppa main dengan sepupu yang lain" Ujar Donghyeon dan membuatkan semua ketawa dengan gelagatnya.

"Adik bayi kecil lagi, dia tengah tidur dekat dalam" Balas Doyoung.

"Eonnie eh-- atau noona sayang dengan adik dekat dalam perut eomma. Cepat keluar dari perut tahu? Nanti kita boleh main sama-sama" Doyeon mencium perut ibunya dan membuatkan Yeri jadi geli. Namun Yeri tidak marah kerana dia tahu mereka berdua teruja.

"Tu kan, tiada apa yang nak dirisaukan. Mereka pun sayang dengan adik" Ujar Saera dan Yeri hanya mengganguk setuju perlahan.

"Esok kami nak pergi klinik untuk pemeriksaan dan buat buku merah. Ada siapa-siapa boleh ambilkan Donghyeon dan Doyeon di tadika tak? Esok kami akan balik lambat. Ramai orang dekat situ nanti" Soal Doyoung dan Yuta serta Jaehyun angkat tangan mahu tolong.

"Hyung, Chenle nak cakap sesuatu boleh tak? " Chenle kepitkan kaki dan semua beri perhatian kepadanya.

"Selamat berbotak~ Nanti Chenle belikan shampu bawang Jackie Chan sebagai hadiah"

"HAHAHAHA!! " Semua ketawa dengan terbahak-bahak. Doyoung letakkan tangan di dahi kerana malu.

"Setuju weh, kakak ipar kita semua bersalin mesti tarik rambut abang kita sampai dah nak botak" Mark tepuk tangan dengan Chenle dan Jisung juga.

"Yang kecil-kecil cili padi ni jaga eh? Nanti bila kau kahwin, isteri kau buat lebih teruk dari tarik rambut baru tahu" Yuta menggeleng kepala, biar dia yang gurau dan buat orang. Jangan ada orang lain.

"Geng Taehan lah ni dalam perut tu. Mesti sekepala punya" Kata Haera.

"Bila saya bersalin nanti pun Taehan dah pandai merangkak. Tapi takpelah kan, mereka berdua sebaya. Ada kawan dekat sekolah nanti" Balas Yeri.

Mereka semua berborak beramai-ramai dan bunyi kilat kedengaran banyak kali menandakan hari bakal hujan.

"RENJUNNNNN! ANGKAT JEMURAN. HUJAN NAK TUUUUURUNNNNNN! "

"APA NI DADDY!?"

"JENO HAECHAN CHENLE MARK JISUNG TOLONG ANGKAT SEKALI. ITU KAIN ANDA DAN SILA AMBIL JUGA. JANGAN RISAU, ITU KAIN BUKAN KENTUT"

"MAMA!!! "

-TBC

amboi, dah lama tunggu ke?  😏





[S1 & S2 ] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now