S2 25

453 55 17
                                    

Winwin bangun dan dia melihat Jaehyun yang masih lagi disebelah. Dia tidur dengan nyenyak dan peluk badan Winwin dengan erat.

Winwin membelai rambutnya dengan perlahan. Dia menghela nafas kerana hari ini dia akan menjalani pembedahan yang berisiko tinggi dan tiada jaminan untuk berjaya.

"Eugh.. Winwin, jangan tinggalkan aku.. "

Winwin pandang Jaehyun yang sedang mamai. Dia tersenyum melihat abangnya mula membuka mata.

"Aku ada kat sini je, jangan risaulah. Aku sentiasa ada dekat kau" Winwin membetulkan kedudukan baring.

"Aku mimpi sesuatu yang buruk. Aku takut sekarang ni. Winwin, kau takkan tinggalkan aku kan? " Jaehyun letakkan kepala di dada Winwin.

"Aku ada, jangan takut. Itu cuma permainan tidur jelah" Winwin cuba tenangkan Jaehyun walaupun dia juga takut dengan mimpi yang Jaehyun alami.

Mereka melihat jam yang dipasang di dinding.

Telah masuk pukul 11 pagi. Tinggal beberapa jam lagi sebelum pembedahan.

Yuta berdiri di depan pintu wad. Dia berseorangan dan Shannon tidak mahu ikut, dia menarik nafas terlebih sebelum ketuk dan buka.

"Yuta hyung! Bila balik? Kami berdua tak tahu pun" Winwin dan Jaehyun terus duduk dan Yuta suruh mereka baring semula.

"Baru sampai ni, aku dah berapa hari tak boleh tidur dengan lena. Aku asyik teringat dekat rumah je" Yuta senyum namun tidak lebar.

"Dah tahu tentang ni ke? Maaf sebab tak bagitahu Yuta hyung, kitaorang taknak ganggu percutian hyung dengan Shannon" Jaehyun membalas.

"Hyung tak marah, korang kena berehat sebelum masuk bilik pembedahan kan?  Hyung faham" Yuta pegang tangan mereka dan airmata mula mengalir dengan perlahan.

"Alah, kenapa hyung cengeng ni? Kami ada buat salah dekat hyung ke sampai menangis macam ni? " Winwin ambil tisu di meja dan lap airmata Yuta.

"Hyung rasa bersalah, Winwin yang ambil alih kerja hyung. Hyung tak tahu yang Winwin sakit" Yuta menangis dengan lebih deras.

"Alah hyung, Winwin pun tak tahu lagi masa tu. Tak payah rasa bersalah" Winwin cuba tenangkan.

Daniel ketuk dan masuk kedalam bilik mereka.

"Jaehyun dan Winwin. Kamu semua kena bersiap sedia. Bagitahu penjaga "

Winwin dan Jaehyun mengangguk faham dengan katanya.

Yuta kesat airmata lagi, suaranya telah berubah.

"Hyung nak pergi makan dulu, nanti hyung dengan yang lain iring pergi bilik bedah" Yuta senyum dan keluar dari bilik.

Setelah didesak banyak kali untuk pergi ke hospital. Akhirnya mereka berempat akur dengan kata-kata ahli keluarga mereka.

Jeno dan Haechan kuatkan diri supaya bila berjumpa tidak keluarkan setitis airmata pun didepan mereka.

Hansol didukung oleh Ten dan Jaemin pula dengan Mark.

Mereka sebenarnya tidak kuat tapi Winwin dan Jaehyun perlukan sokongan dari mereka semua.

Setelah tukar pakaian khas, Jaehyun dan Winwin diusung menuju ke bilik bedah.

Mereka berdua berpegangan tangan kerana akan masuk bilik yang berlainan.

"Chenle, Jeno. Korang datang juga akhirnya. Hyung ingat taknak datang" Winwin senyum melihat mereka teman pergi ke bilik bedah.

Jeno dan Chenle senyum sebagai jawapan. Haechan cuma mendiamkan diri dan turut usung katil Jaehyun.

"Winwin, mari berharap pembedahan ni berjaya" Ujar Jaehyun dan tangan mereka berdua terlepas kerana masuk bilik yang berlainan.

"Maaf, kamu semua tidak boleh masuk." Seorang jururawat menahan dan tutup pintu.

Jeno, Haechan duduk ditempat yang disediakan untuk ahli keluarga tunggu. Hansol dan Jaemin duduk dengan Sooman.

Chenle sandar pada dinding dan menutup mata. Dia berharap pembedahan itu berjaya.

Yang lain tidak dapat datang kerana kerja dan ada hal. Yuta tidak berhenti menenangkan Saera yang tidak berhenti menangis.

Doktor pakai sarung tangan dan datang kepada Winwin dan bertanya soalan sebelum menyuntik ubat bius di urat tangan. Matanya silau kerana lampu yang berada tepat di atas kepala.

"Tenangkan diri kamu, kami akan memulakan pembedahan" Seorang jururawat tenangkan Jaehyun sebelum suntik tangannya.

"Adik saya baik-baik ke dekat bilik lain?" Jaehyun memandang jururawat yang sedang betulkan IV bag di tiang.

"Dia baik-baik sahaja, sekarang ni tarik nafas dalam-dalam" Doktor menyuntik ubat bius di urat tangan.

Mata mereka berdua berkelip-kelip sebelum betul-betul tidak sedarkan diri. Setelah dipastikan mereka tidak sedar. Tiub ventilator dipasang didalam mulut dan pembedahan dilakukan dengan serentak.

"Berikan saya scapel dan yang lain-lain. "

Doktor membelah bahagian tepi abdomen. Dan bukaan sepanjang 15 hingga 20 sentimeter.

Doktor sesekali melihat monitor dan potong urat dengan berhati-hati dan keluarkan buah pinggang dari badan.

Jururawat mengelap peluh di muka doktor. Buah pinggang yang telah dikeluarkan diletakkan di bekas khas dan dihantar ke bilik lain.

"Berikan saya gunting dan benang."

Jururawat memberikan yang diminta dan doktor menjahit luka dengan berhati-hati.

Seorang jururawat masuk bilik bedah lain dan beri organ yang dikeluarkan.

Daniel memasukkan ke dalam tubuh badan Winwin dengan berhati-hati kerana takut akan melakukan kesilapan. Monitor dipandang jika ada kesilapan.

Bunyi mesin nadi asyik berbunyi dan mereka harus selesaikan dengan segera.

Benang dan jarum dihulurkan kepadanya untuk menjahit luka.
Mereka menarik nafas lega kerana tiada berlaku apa-apa komplikasi yang ditakuti.

Jururawat menanggalkan tiub ventilor di mulut Jaehyun dan pakaikan nasal cannula.

Badannya dialihkan ke katil lain dan diusung masuk ke dalam wad semula.

Daniel keluar dari bilik dan menanggalkan penutup muka. Mereka semua bangun dan mendekatinya.

"Pembedahan itu berjaya dan tiada berlaku apa-apa masalah yang ditakutkan. Kami akan beri antibiotik secara berkala untuk elakkan jangkitan kuman pada luka"

Mereka menghela nafas lega dan teringat tentang Jaehyun.

"Macamana dengan Yoon Oh? Dia tidak apa-apa ke? " Saera mengigit bibir kerana risaukan tentang anaknya yang lagi seorang.

"Dia pun tiada apa-apa, kami akan maklumkan sesuatu tuan dan puan jika ada sesuatu. Buat masa sekarang ni pesakit masih lagi lemah dan tiada siapa dibenarkan melawat termasuk ahli keluarga"

Sekali lagi mereka menarik nafas lega. Mereka tidak kisah walaupun tidak dapat masuk wad untuk lihat Jaehyun dan Winwin.

Dengar berita yang mereka selamat pun sudah cukup puaskan hati mereka semua.

-TBC

aku cari makluman semata-mata untuk buat chapter kali ni best! Hargai aku please hoho :3

[S1 & S2 ] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now