S2 51

358 48 21
                                    

Shannon bangun dari tidur dan menggosok mata sebelum melihat jam di meja sebelah. Dia menoleh sebelah dimana Yuta masih lagi tidur.

"Abang, bangunlah pergi bersiap pergi kerja" Dia mengerakkan Yuta yang berada disebelah dengan perlahan.

"Euhmm.." Yuta menarik selimut dan selubung satu badan.

"Saya pasang alarm 2 minit lagi kemudian abang bangun ya? Saya nak pergi mandi kemudian siapkan baju kerja abang" Shannon ambil telefon dan pasang jam penggera. Yuta tidak memberi apa-apa balasan kerana dia sambung tidur dan tidak dengar langsung apa yang dikatakan.

Shannon alihkan selimut dan pakai selipar bilik. Dia ambil tuala yang disangkut dan mengusap sekejap perut yang telah makin besar.

"Anak mama awal-awal dah bangun siap tendang perut mama. Terima kasih bangunkan mama, papa belum bangun lagi ni" Shannon bercakap dengan anaknya yang dalam perut dan tendangan makin menjadi-jadi.

"Anak mama lapar ya? Kejap ya, nanti kita makan dengan papa" Shannon bangun dari katil dengan susah payah dan masuk ke dalam bilik air.

"What we talking bout
I'm just trying to see 🎶
If we ain't talking teams then
What we talking bout, baby (baby) 🎶
You know what this could be"

Yuta terbangun kerana jam penggera yang dipasang Shannon. Dia meraba katil sebelah kanan dan tiada orang disebelah.

Dia terus duduk dan cuba hilangkan mamai. Yuta bangun dan lihat sekeliling bilik.

Dia fikir isterinya telah habis mandi dan keluar untuk sarapan.
"Taeyong! Isteri aku kat bawah ke? " Yuta keluar dari bilik dengan rambut serabai.

Taeyong yang sedang makan hanya bagi isyarat tangan yang mereka pun belum nampak dia keluar dari bilik.

"Mana isteri aku ni?" Yuta menggaru kepala dan baru teringat sesuatu. Dia terus pergi bilik semula dan pulas tombol pintu bilik air tapi berkunci dan dia tidak tiada pilihan lain selain tendang dan pecahkan pintu.

"Sayang! Sayang!" Yuta memanggil banyak kali tapi tiada balasan yang terima seperti sebelum ini.

Dia tendang banyak kali sehingga terbuka. Yuta terus meluru masuk dan terkaku melihat kejadian yang dia tidak memang mahu berlaku.

"Abang.. " Shannon tidak dapat bangun kerana tergelincir ketika mahu keluar dari bilik air.

"Sayang! " Yuta memangku kepalanya dan melihat darah yang mengalir banyak seperti tiada tanda akan berhenti dari bawah kain.

"Anak kita bang.. " Shannon pegang perut kerana rasa sakit yang teramat.

"Kita pergi hospital sekarang, anak kita akan selamat" Yuta angkat badannya dan keluar dari bilik. Darah menitik-nitik di setiap tempat yang mereka lalu.

Yuta cari kunci kereta dan tidak dapat jumpa. Doyoung tawarkan diri untuk hantar mereka berdua.

Mereka yang melihat terkejut sehingga tidak dapat bergerak. Akhirnya Saera dan Minyoo dapat hilangkan takut dan bersihkan darah dengan menantu yang lain.

"Awak dan anak kita takkan apa-apa" Yuta menggengam dan menangis kerana takut sesuatu yang buruk akan berlaku.

"Abang.. Kalau umur saya tak panjang, saya nak bagitahu yang saya sangat sayangkan abang. Terima kasih untuk segalanya" Shannon memandang Yuta dengan sedih dan turut mengalirkan airmata.

"Apa awak cakapkan ni? Awak takkan apa-apa" Tangisan Yuta makin kuat dan menggeleng kepala kerana tidak mahu sesuatu berlaku.

"Ingat nama anak kita..Lee Yu.." Tangannya terkulai jatuh dan mata tertutup dengan rapat.

Doyoung masuk hospital dan berhenti didepan bahagian kecemasan. Yuta angkat Shannon keluar dari kereta kemudian letakkan di katil.

Yuta turut mengusung katilnya, sampai di bilik bedah. Dia tidak dibenarkan masuk.

"Maaf encik, encik tak boleh masuk" Seorang jururawat menghalang Yuta daripada masuk.

"Tolong selamatkan isteri dan anak saya, saya mohon sangat-sangat" Yuta melihat Shannon sedang diselamatkan didalam bilik.

"Kami akan berusaha sebaik mungkin" Jururawat itu menghalang lagi sebelum Yuta akhirnya duduk di kerusi yang disediakan.

Dia melihat tangan yang berlumuran darah isterinya dan juga baju yang dipakai turut terkena.

"Kita doakan dia selamat okay? Isteri kau takkan apa-apa" Doyoung menepuk bahu Yuta supaya bertenang.

"Aku tak tahu apa akan berlaku kalau.. Aku tak boleh hidup tanpa diorang"  Yuta menangis tanpa henti sehingga menyebabkan suara berubah.

"Jangan fikir yang bukan-bukan. Buat sekarang ni, kita berdoa pada tuhan supaya mereka berdua selamat" Doyoung menenangkan diri Yuta sekali lagi.

Mereka setia menunggu dan tidak sedar masa berlalu dengan sangat cepat. Yuta mundar-mandir tanpa henti kerana risaukan tentang keselamatan mereka didalam.

Doktor keluar dari bilik dan buka cermin mata yang dipakai. Yuta terus datang kepadanya.

"Kami berjaya selamatkan bayi didalam kandungan tapi disebabkan dia lahir pramatang, kami terpaksa letakkan di inclubator buat sementara waktu" Ujarnya tapi Yuta masih teringat tentang Shannon.

"Bagaimana isteri saya? Boleh saya tengok dia? " Yuta menunggu jawapan.

Raut muka doktor itu berubah.

"Maafkan kami, kami tak berjaya selamatkan dia"

Yuta menggeleng tidak percaya dengan apa yang dikatakan. Doyoung juga tidak percaya dengan apa yang doktor cakap.

"Dia mengalami pendarahan dan kami berikan darah baru tapi sayangnya tuhan lebih sayang dia" Balas doktor itu lagi.

"Dia cuma pengsan! Kalau mesin nadi berbunyi pun, itu sebab mesin rosak dan pihak hospital yang cuai sebab tak tukar kepada yang baru. Kalau mahu darah, ambil jarum dan cucuk tangan saya sekarang! Isteri saya tak mati lagi! " Yuta pukul dada dengan kuat dan terduduk kerana tidak mampu berdiri lagi.

"Aku tahu yang kau takkan terima tapi kau kena terima hakikat. Shannon dah meninggal, isteri kau dah takde lagi" Doyoung menangis ketika memujuk Yuta. Dia juga tidak percaya tapi dia tahu yang ini bukan mimpi.

"Kau pun sama Doyoung! Isteri aku belum mati lagi! Ini semua salah budak tu, dia pembunuh isteri aku" Yuta terus meratapi.

"Astafirullah hal azim, kau kena sedar yang budak tu anak kau! Dia tak berdosa dan tak bunuh mak dia pun. Tuhan lebih sayangkan Shannon" Doyoung menampar muka Yuta kerana keterlaluan.

Sebuah katil dibawa keluar dari bilik bedah dan jasad diatas ditutup dengan kain putih.

Yuta bangun dan memberanikan diri mendekati katil yang mempunyai sekujur tubuh kaku itu.

Dia membuka kain putih yang menutupi mukanya dan sekali lagi menangis. Dia mencium seluruh muka Shannon yang telah pucat.

"Abang minta maaf sebab tak dapat selamatkan sayang. Abang tak dapat maafkan diri sendiri" Sekali lagi Yuta mencium mukanya dengan lama sebelum dibawa ke bilik mayat untuk proses seterusnya.

-TBC

Aku tulis part ni, lagu apado gwenchanna keluar weh! Sengaja bagi sad vibe 😭

[S1 & S2 ] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now