"Donghyuck, cuba kamu berjalan dengan perlahan-lahan" Ujar jururawat sambil perhatikan Haechan.
Haechan cuba bangun dari kerusi roda tetapi tidak boleh dan Jeno tolong papah supaya dia boleh bangun.
Haechan pegang Jeno dan mula berjalan dengan perlahan-lahan.
"Bagus, kamu buat dengan baik" Jururawat perhatikan dan mencatat dalam buku khas. Haechan senyum dan berjalan sehingga akhir.
"Mama tengok Hyuck boleh jalan! " Haechan jalan semula ke tempat yang dia lalu.
"Mama nampak kamu lah ni" Saera tepuk tangan sebagai galakan supaya berjalan lagi.
"Akh, aduh sakit" Haechan berhenti dan sambung jalan sampai ke akhirnya. Dia duduk di kerusi roda semula.
"Kesihatan dia makin baik, kalau ada masalah cepat-cepat pergi ke hospital. Kita jumpa di appointment yang seterusnya" Dia senyum dan beri Saera kad khas yang telah diberi tarikh untuk berjumpa lagi.
"Terima kasih nurse" mereka menunduk dan keluar dari bilik untuk ke tempat letak kereta.
Jeno berhenti di lampu merah dan jalan bila lampu berubah kepada hijau dan masuk ke dalam perumahan orang kaya.
Dia masuk ke dalam garaj dan matikan enjin kerana telah sampai. Haechan keluar kereta dengan bantuan Saera.
Jeno keluarkan kerusi roda dan Haechan duduk kemudian ditolak oleh Saera.
"Abang dah balik! " Siyeun membuka pintu dan berlari ke arah Jeno untuk menyambut suaminya.
Jeno peluk isterinya dan mencubit pipi Siyeun dengan tiba-tiba.
"Dah makan belum? Gastrik nanti abang yang susah" Jeno masuk kedalam rumah sambil berpegangan tangan dengan Siyeun.
"Tadi nak tunggu tapi abang balik lambat sangat. Saya makan dengan yang lain jelah" Balas Siyeun dan Jeno mengganguk faham lalu letak kunci kereta ditempat khas.
"Anak appa buat apa kat dalam tu? " Jeno tiba-tiba usap perut Siyeun dan semua orang terkejut gorilla.
"Abang ni! Saya belum mengandung lagi lah, perut je yang buncit sebab baru habis makan tadi" Siyeun telah mengepal tangan jadi penumbuk dan tunggu masa untuk dilancarkan ke muka Jeno.
"Abang minta maaf sebab bergurau tak kena masa. Tapi malam ni, mana tahu menjadi kan?" Jeno senyum miang dan kenyit mata beberapa kali ke Siyeun.
"Dasar miang keladi! Saya tak tahu kenapa saya kahwin dengan awak! " Siyeun menghentakkan kaki dan masuk kedalam bilik.
"Sayang tunggu! " Jeno kejar dari belakang dan halang pintu dari ditutup dengan tangan.
Haechan hanya menggeleng kepala melihat mereka berdua dan tolak kerusi roda masuk kedalam dapur untuk cari Hyejin.
Hyejin bersusah payah basuh pinggan berseorangan diri. Haechan senyum dan datang lebih dekat.
"Hai awek, buat apa tu? Boleh apa tolong? " Haechan tarik bajunya dan dia terus menoleh ke belakang.
"Oh abang, macamana tadi? Kaki sakit lagi tak?" Hyejin menoleh sekejap kemudian sambung basuh pinggan mangkuk yang tinggal sikit.
"Abang dah boleh jalan sikit-sikit tapi tak lama. Kaki abang sakit nanti" Balas Haechan dan Hyejin ambil kain untuk keringkan tangan kerana telah selesai buat kerja.
"Yang, dengar tak apa yang abang cakapkan tadi?" Haechan menggigit bawah bibir menunggu balasan.
"Saya dengar, abang dah makan belum? Saya boleh ambilkan untuk abang" Tanya Hyejin sambil susun barang-barang didalam rak.
"Abang dah makan kat hospital tadi tapi abang nak makan lagi. Sayang suapkan untuk abang boleh?" Mata Haechan membulat dan bersinar-sinar ketika meminta. Hyejin tidak sampai hati menolak dan terus ambil pinggan.
"Abang nak ayam goreng kemudian letak kicap sikit" Ujar Haechan dan dia cuma turutkan.
"Buka mulut tu besar sikit" Hyejin menyinsingkan lengan baju dan suap kedalam mulut Haechan.
Haechan makan dengan berselera dan minum air yang diberikan.
"Sedapnya, siapa yang masak ni semua? " Haechan makan dengan comot sehingga Hyejin terpaksa ambil tisu dan lap mukanya.
"Saya cuma masak nasi je, kalau lauk tu mommy dan Siyeun yang masak" Balasnya dan suap Haechan sehingga licin.
"Sedaplah, pandai awak masak nasi ni. Bolehlah masak bubur untuk saya lainkali " Haechan mengunyit-- mengenyit mata pada Hyejin.
"Kalau saya masak bubur, nanti hangus. Saya tak berapa pandai masak sangat" Balasnya dan bangun untuk basuh pinggan.
"Saya tengok tv kat ruang tamu ya? " Haechan keluar dari dapur dan pergi ke ruang tamu.
"Pergilah, nanti saya menyusul" Balas Hyejin.
Haechan ambil remote dan buka tv. Dia asyik tukar siaran kerana tiada rancangan yang disukai. Minyoo datang sambil membawa bertih jagung yang dibeli di kedai
Jeno keluar dari bilik selepas berjaya memujuk Siyeun."Nono, aku nak berdiri macam tadi. Boleh tolong tak? " Haechan tarik nafas kemudian letakkan remote di meja semula.
"Haechan dah boleh berdiri ke? " Ujar Minyoo. Haechan hanya sekadar mengganguk.
"Bukan sekadar berdiri, dah boleh berjalan sedikit dah" Ujar Saera lalu rembat bertih jagung Minyoo.
"Wah, baguslah tu. " Balas Minyoo.
Jeno sengaja lap tangan di kain Siyeun. Nasib baik dia tak sedar.
Jeno tolong Haechan berdiri dan dia cuba berjalan perlahan-lahan.
"Aigoo, jalan elok-elok lah Haechan" Ujar Minyoo sambil perhatikan Haechan belajar jalan semula kerana telah buka besi.
"Mama, tengok Haechan boleh jalan laju sikit! " Haechan teruja dapat berjalan agak laju dengan bantuan Jeno.
"Cuba jalan lagi laju, aku pegang dari belakang " Ujar Jeno dan Haechan cuba berjalan lebih laju dari biasa.
"Mama! Tengok Hyuck ni! Hyuck boleh jalan! " Haechan semakin teruja dan jadi perangai kebudak-budakan.
"Suka tak?" Jeno berbisik di telinga dan Haechan tepuk tangan seperti anjing laut.
"Suka! Suka! Aku dah macam Titanic dah ni! "
Hyejin hanya berdiri dari jauh lalu minum air milo yang dibancuh tadi. Dia hanya menggeleng melihat perangai tak matang Haechan.
"Aduhai, suami aku ni. Macam-macam lah " Hyejin senyum dan masuk kedalam bilik.
-TBC
YOU ARE READING
[S1 & S2 ] Keluarga Lee - NCT
FanfictionSooman berkahwin dengan Minyoo dan Saera serta dikurniakan ramai cahaya mata. Bagaimanakah keadaan mereka semua dalam satu rumah? Highest rank: [29/1/2019] No. 1 in NCT [30/1/1/2019] No. 1 in NCT [31/1 /1/2019] No. 1 in NCT