Hari ini merupakan hari yang telah lama ditunggu-tunggu oleh semua orang iaitu hari perkahwinan Renjun dan Jihoon.
Ramai tetamu hadir dan kerusi sudah penuh dalam waktu yang singkat. Jihoon melihat jam di tangan."Ramainya tetamu datang hari ni" Sooman berbisik kepada Minhyun. Minhyun hanya tersenyum sebagai jawapan.
"Okay Renjun, tenangkan diri anda. Eonnie tahu awak boleh buat " Yesung cuba menenangkan Renjun yang terlihat sedang gelisah.
"Belakang ni gatal sangat, tak boleh nak garu" Renjun tidak boleh banyak bergerak kerana.
Jisung datang dan menawarkan diri untuk tolong garu belakang badan.
"Kat tengah-tengah tuu uikk terima kasih adikku" Renjun pejamkan mata kerana rasa lebih lega.
Jisung garu lagi Renjun hentak kaki kerana akhirnya rasa gatalnya hilang.
"Dah hilang dah, terima kasih" Ujar Renjun dan Jisung keluar untuk duduk diluar.
"Jun, 10 minit lagi pastu 'on air' " Taeyong membuka pintu dan Renjun makin cemas sehingga mahu menangis.
"Kita dah buat latihan masa tu, tenang okay? Jangan menangis nanti maskara kau cair" Ten cuba pujuk.
"Takutlah.. takut terbuat kesilapan" Renjun hentakkan kaki kerana takut.
"Semuanya akan berjalan dengan lancar. Noona jangan risau okay? Kitaorang semua ada dekat sini" Jeno melutut kerana dia menunduk.
Kemudian Renjun peluk semua orang untuk kali terakhir sebagai bujang. Selepas ni dah tak sama dah.
Renjun menarik nafas terlebih dahulu sebelum keluar dari bilik. Yesung pegang kain supaya tidak terkena kotoran. Yeri tutup muka Renjun dengan veil dan tutup semua suis sebelum keluar dari bilik.
Renjun berjalan ke depan bersama Haechan. Ramai tetamu terpegun dengan kecantikan Renjun.
"Cantiknya bakal menantu Minhyun ni. Untunglah anak dia ada isteri macam ni"
"Pandai si Jihoon pilih isteri"
Sampai didepan, Haechan melepaskan tangan Renjun.
"Hyuck doakan perkahwinan noona bahagia sehingga ke anak cucu" Haechan menatap wajahnya dengan sayu dan duduk di barisan paling depan sekali.
"Can we start now? "
Renjun dan Jihoon mengangguk serentak.
"Hari ini dua manusia akan saling melengkapi satu sama lain."
Jeno keluarkan tisu dari baju dan lap peluh. Sebenarnya dia lap airmata tu.
"Hwang Jihoon, sudikah kamu terima Lee Renjun sebagai isteri kamu? "
"Yes, I will"
Paderi beralih ke Renjun pula dan bertanya perkara yang sama.
"Lee Renjun, sudikah kamu terima Hwang Jihoon sebagai suami kamu? "Peluh mula menitik-nitik, Renjun pandang ke tempat lain. Sooman menyuruh untuk tenangkan diri terlebih dahulu.
"Renjun? Renjun? "
"Yes father? "
"We will start again"
"Ah,yes" Renjun menarik nafas sedalam-dalamnya dan lepaskan.
"Awak okay? " Soal Jihoon dan Renjun mengganguk perlahan."Lee Renjun, will you accept Hwang Jihoon as your husband?"
"Yes, I will""Kamu berdua telah jadi suami isteri yang sah. Sila pakaikan cincin kepada pengantin perempuan"
Jihoon pakaikan cincin di jari manis kepada gadis yang telah sah menjadi isterinya. Renjun masih lagi pakai cincin pertunangan dan tidak mahu buka.
Jihoon membuka veil dan mendekati wajahnya dengan perlahan. Donghyeon dan Doyeon tutup mata tanpa disuruh. Haechan hembus hingus pada sapu tangan.
Renjun membuka mata semula dan tunjukkan jari di tangan sebagai tanda dia telah menjadi milik Jihoon.
Semua hadirin tepuk tangan dan ada yang bersorak meraikan pengantin baru.
Minhyun memeluk menantunya dan Renjun membalas. Sooman peluk Jihoon.
Semua tetamu pulang dan tinggal ahli keluarga dan saudara terdekat untuk sesi bergambar.
"Pengantin dan ahli keluarga, sila berdiri dengan rapat" Ujar jurugambar sambil membetulkan tetapan (settings) kamera supaya gambar yang diambil cantik dan berkualiti tinggi. Oh, sunggul formal penulisan seyaa.
"Done, boleh buat freestyle tak? "
Semua menunjuk kepada Renjun dan Jihoon. Butang kamera ditekan lagi."Bang! Boleh tak kami ambil gambar gaya kami sendiri? " Johnny bertanya dan abang fotografer hanya mengganguk.
Semua semua buat gaya Dua Lipa, kepala sandar di bahu. Kedua-dua ibubapa belah lelaki dan perempuan hanya menggeleng kepala tengok mereka semua.
"Bang, saya nak tangkap gambar dengan kembar saya" Renjun pegang tangan Jeno dan Haechan.
"Sukahati awaklah nak buat gaya apa-apa pun. Saya cuma tangkap gambar sebab dah dibayar" Abang tu hanya menggeleng dan betulkan kedudukan kamera.
Renjun senyum lebar dan gambar diambil.
"Adik beradik pihak perempuan sila masuk"
Yang paling tua di belakang dan yang paling muda berada di depan. Renjun dukung Jungwoo yang pakai gaun berwarna merah jambu.
"Okay, duduk rapat-rapat" Abang jurukamera pening tengok adik beradik pihak perempuan yang terlalu ramai sampai dia rasa boleh tubuhkan pasukan bola sepak.
Setelah habis sesi bergambar. Jihoon balik dan bermalam di rumah Renjun.
-TBC
Hmm.. aku jarang buat fanfic sampai 40chap lebih. Ini sesuatu yang gila.
YOU ARE READING
[S1 & S2 ] Keluarga Lee - NCT
FanfictionSooman berkahwin dengan Minyoo dan Saera serta dikurniakan ramai cahaya mata. Bagaimanakah keadaan mereka semua dalam satu rumah? Highest rank: [29/1/2019] No. 1 in NCT [30/1/1/2019] No. 1 in NCT [31/1 /1/2019] No. 1 in NCT