LAGU stitches, Shawn mendes kedengaran kuat di atas katilnya. Aisha mengambil iPhone 6+ nya yang berbunyi nyaring itu.
Dia melihat skrin telefonnya untuk melihat gerangan siapakah yang menelefonnya itu. Apabila mendapati bahawa neneknya yang menelefon, terus diangkat panggilan itu. Rindu.
"Assalamualaikum nenek. Nenek apa khabar? Sihat tak?" Ujarnya terburu-buru. Ialah... Dia rindu gila dengan nenek dia yang sorang ni herm... Dah lama tak balik sana. Dia sorang-sorang kot dekat Malaysia. Sunyi.
"Haishh... Kamu ni, cubalah tanya nenek satu-satu. Ni tak, jenuh nenek nak menjawabnya." Neneknya, Hajar Sophia yang asalnya orang Spanish tapi telah memasuki Islam dan sekarang telah menetap di Australia. Mempunyai syarikat pembinaan perumahan elit dan shopping complex. Iaitu Valley's Holdings di Australia. Anak-anak syarikat hampir terdapat di seluruh negara, termasuklah di Malaysia. Tetapi, tidak ada sesiapa tahu tentang perkara tersebut kecuali Maira. Macam mana dia boleh sorokkan identiti dirinya? Huh, neneknya ada duit, so benda tu tak susah pun. Ceh, riak kejap. Hahaha.
"Hehe, sorry nenek. Aisha excited tadi." Ujarnya sambil membuat mimik muka yang comel walaupun tahu bahawa neneknya tidak akan dapat melihat mukanya.
"Yelah tu. Hah ni, nenek nak tanya, lagi berapa lama kamu nak habis study? "
"Erm... Lagi 6 bulan nenek. Kenapa nenek tanya?"
"Takde apelah, nenek cuma nak cakap yang nanti kamu sambung pHd dekat sini je. Temankan nenek, lepastu bolehlaa ambil alih syarikat nenek tu. Nenek dah tua, dah tiba masanya untuk berehat dekat rumah." Ujar neneknya panjang lebar. Walaupun umur neneknya sudah menginjak ke- 70 tahun, neneknya masih lagi kuat untuk menjaga Valley's Holdings.
Dengan anak-anak syarikat yang semakin banyak, Hajar Sophia sudah penat menguruskannya. Dan dia berhajat untuk menyerahkan jawatan CEO kepada Aisha, cucu perempuan tunggalnya.
"Alaa nenek, lambat lagi laa. Tapi takpe, Aisha memang bercadang nak sambung pHd dekat sana nanti. Senang sikit nak tengok tengokkan nenek. Takde la nak rindu nenek nanti. Hehehe! "
"Baguslah kalau macam tu. Hanya kamu sorang je yang boleh nenek harapkan. Nak harapkan abang kamu yang seorang tu, asyik dengan firma guaman dia tu je. " Balas nenek dengan nada yang seakan-akan merajuk. Nenek hanya mempunyai dua orang cucu iaitu dirinya dan juga abangnya. Dan dia adalah pewaris utama memandangkan abangnya sudah mempunyai firma guaman tersendiri dan tidak meminati selok-belok perniagaan.
"Biasalah nenek... Dah abang minat bidang tu, kita tak boleh cakap apa dah. By the way nenek, Aisha rindu sangat-sangat dengan nenek. "
"Yelah. Nenek pun rindu dekat cucu perempuan nenek ni..."
Perbualan mereka disusuli dengan gelak ketawa walaupun bercakap melalui telefon selama beberapa jam. Dia dan abangnya sudah tidak mempunyai ibu bapa, jadi nenek saja lah tempat mereka berdua bermanja.
YOU ARE READING
Misi Memikat Miss CEO ✔
RomanceFirst romance by rosebiru12. Cover by @rosebiru12 ⚠️Amaran: Jalan cerita agak berbelit-belit, jadi sila ambil risiko sendiri kalau nak baca juga! "Sini biar aku try dia pulak. Kalau dia sangkut dengan aku, kau belanja aku makan selama sebulan." - HE...