CHAPTER 29

6.3K 203 1
                                    





Aisha termenung mengingati kejadian siang tadi. Dimana dia telah tidur dalam pelukan lelaki yang dia benci. Huh.. Nasib lah dia duduk asing dengan nenek dan abang. Kalau tak, mesti diorang pelik, seharian Aisha tak ada di rumah. Herm... Hati dia dah mula berdolak-dalih sejak Heykal jelaskan everything tentang kejadian tu. Dia tak tahu, dia cuma takut Heykal kecewakan dia macam dulu lagi. Dia dah tak sanggup.

Cukuplah dulu dia dah menyusahkan abang. Sekarang, dia tak nak susahkan abang lagi. Kalau boleh, dia nak hidup dengan kaki dia sendiri. Dia tak nak bila dia ada masalah, Firhad yang datang tolong. Dia tak nak. Cukuplah dulu. Sekarang dah sampai masa untuk dia hidup sendiri. Lagipun nanti, abang mesti akan kahwin. And bila dah kahwin, mesti tumpuan abang seratus peratus dengan isteri dan bakal anak-anak diaorang. Dan, takkan lah waktu tu dia still nak mengendeng dengan abang lagi.

Aisha tak tahu. Aisha buntu. Dia pelik jugak sebab first time Heykal jumpa dia, Heykal macam tak terkejut tengok dia. Kenapa ?? Dan, dia cuma perasan yang Heykal hanya terkejut bila tengok warna mata dia. Bukan terkejut bila tengok diri dia. Apa dah jadi waktu dia takde dekat Malaysia ?

Aisha meraup-raupkan mukanya bila dia dah terasa yang lama sangat dia mengelamun. Perut pun dah berbunyi balik. Tadi, sebelum Heykal hantar dia balik, Heykal ada masakkan something. And, dia tak tahu pulak yang Heykal pandai masak. Tapi dia rasa terharu bila tengok kesungguhan Heykal tadi. Heykal bawa dia balik ke apartment Heykal dengan menaiki keretanya dan kereta Heykal ditinggalkan di parking lot cafe. Lepas hantar Aisha balik guna kereta porsche Aisha, Heykal terus tahan teksi dan pergi ambil kereta Heykal dekat parking lot cafe pula. Hmm...

Okey.. Dia dah start berangan balik. Stop berangan and dia masuk le dapur. Cari something yang boleh dimakan. Cari punya cari, akhirnya, dia jumpa sepekat besar maggie tomyam. Serta-merta perutnya berbunyi kuat.

"Perut, sabarlah kejap. Aku baru nak masak ni. Nanti dah siap masak aku kasi kau makan eh ?" Aisha tersengih sendirian. Terasa tak betul pula bila dia bercakap dengan perut. Hahaha!

Tangannya lincah mengambil sayur dan perencah maggie bila maggie dah kembang. Lepastu dia masukkan sedikit sos cili dan kicap manis. And, siap. Aisha tak suka letak telur dalam maggie. Jangan tanya sebab apa. Sebab dia sendiri pun tak tahu sebab apa dia tak suka letak telur dalam maggie. Hahaha.

Mangkuk yang berisi maggie dibawa ke ruang tamu. Dia duduk bersila di atas lantai lalu mengambil remote TV lalu dibuka siaran 612. Erm... Spongebob.

Tengah dia nak menghirup sisa kuah maggie, ringtone telefon pintarnya berbunyi. Aisha mengerutkan dahi bila tengok yang call dia tu private number. Tak tunggu lama, terus dia menyeretkan butang hijau lalu melekapkan telefon di telinga.

"Hello. Siapa ni? " Aisha memulakan perbualan dulu.

"Hai sayang. Tengah buat apa tu. " suara ni macam nak kenal. Pikir punya pikir, baru dia ingat yang ni suara Heykal.

"Herm.. Tak buat apa pun. Baru habis makan. Eh, mana awak dapat number telefon saya ? Awak curi-curi ambik,eh ?" Aisha dah buat muka curiga. Boleh jadi juga kalau Heykal ambil waktu dia tengah tidur tadi.

" Heh.. Tak main la curi-curi ambil number orang ni. Saya gentlemen okey. Abang awak yang kasi haritu. "

Okey. Tunggu jap, dia nak ingat balik. Haritu, hari yang dia jumpa Heykal dekat hospital, diorang bertengkar, then dia tinggalkan abangnya, and.. OMG!! Macam mana dia boleh tak perasan yang Firhad call dia guna number lain. Maknanya, abang guna telefon Heykal, lah kan? Aduhh..

"Hah.. Dah ingat ke belum, sayang... " Heykal meleratkan suara.

Eh.. Macam tahu-tahu pulak Heykal ni.

"Dah. Ingat dah. Kenapa awak call saya ? Dah takde kerja lain dah ke sampai call orang malam -malam ni ? " okey. Aisha dah takde topik dah.

"Saje je. Nak tanya keadaan awak. Manalah tahu kalau-kalau kepala tu still lagi tingtong kan. Eh, tadi awak cakap awak baru habis makan kan, awak makan apa ? " panjang betul dia bercakap. Aisha yang dengar pun dah pening.

"Ergh... Suka hati awaklah. Saya baru habis makan maggie. Kenapa ? " Aisha menguap perlahan. Alahai.. Mengantuknya.

"Sayang.. Apa makan maggie ni. Maggie tak sihat untuk badan awak okey. Lepas ni saya tak nak dengar dah yang sayang makan maggie okey. " Heykal dah start ceramah dia. Tahulah doktor. Aisha semakin mengantuk. Tambah- tambah bila dengar ceramah pendek Heykal tadi.

"Erm.. " sungguh. Aisha dah takde tenaga dah.

"Okeylah. Awak macam dah ngantuk je. Sorry ganggu awak malam-malam. Pergilah tidur. Good night. Sweet dream. I love you. " Heykal terus mematikan talian. Dia tahu kalau dia tak matikan, perbualan tu akan jadi makin panjang. Dia kesiankan Aisha yang mengantuk tu. Haih.. Siang tadi tidur punyalah lama, tapi malam dah mengantuk balik. Sleepy head betullah Aisha ni.

Aisha yang semakin mamai bangun menutup TV lalu naik ke biliknya. Dia dah mengantuk tahap apa dah ni. Good night world.

❤❤❤

Heykal dah senyum sendiri bila ingatkan Aisha. Haih... Berbunga rasa hati dapat call Aisha. Kejap pun jadilah. Terngiang-ngiang suara manja Aisha. Aisha walaupun tak semesra macam dulu dengan dia, but still Aisha dah macam boleh terima dia balik.

Herm.. Tak sabar nak tunggu esok. Seboleh-bolehnya dia akan curi masa untuk ganggu Aisha. Heykal tersengih nakal dalam hati. Pasal Aisha yang lagi satu tu, dia dah tak hairan dah. Sebab dia lagi selesa dengan Aisha yang mata cantik ni. Yang satu lagi tu, lepas hari yang diorang keluar shopping tu, terus lesap. Dia habiskan duit aku, terus dia blah. Huh.

Lagipun dia pelik sebab Amin ada beritahu dia yang nama Aisha takde pun dalam rekod stewardess syarikat Air Asia. Tapi, nama Aisha ada banyak dalam rekod tiket ke luar negara. Amin cakap dia selalu ke luar negara sorang-sorang. Tapi, kalau Aisha tak kerja stewardess, Aisha kerja apa ? Aisha ambil mana duit banyak-banyak sampai boleh pergi ke luar negara selalu.

Mustahil dia ada saudara mara dekat sana, sebab waktu relay diorang baik, Aisha tak pernah cerita apa-apa pun. Yang Heykal tahu, Aisha ni anak yatim piatu. Katanya dah takde saudara mara yang terdekat. Pelik !!

Apapun dia kena cari tahu jugak. Itu tekadnya.

Misi Memikat Miss CEO ✔Where stories live. Discover now