"Awak... Dah lama awak tidur. Bila awak nak bangun? Saya rindu nak tatap mata awak. Awak... Bangun please. " Aisha berkata sambil menggenggam tangan Heykal.
" Awak tak kesiankan saya? Saya sorang-sorang dekat sini. Macam mana kalau orang tu datang nak bunuh saya pula? Awak takde untuk selamatkan saya. " ujarnya lirih. Pandangannya berbalam-balam kerana matanya dipenuhi dengan air mata.
" Awak dah janji nak kita berubah sama-sama. Tapi, awak tak bangun-bangun, macam mana kita nak berubah. Please bangun. Abang Firhad dah janji nak tangkap siapa yang buat awak macam ni. " matanya galak memerhati muka Heykal yang bersih itu.
" Walaupun awak tak buka mata, tapi saya tahu yang awak dengar apa yang saya cakap. Semua orang tunggu awak sedar, sayang... Mummy, daddy awak. Nenek dengan abang Firhad pun tunggu awak, diorang dah restukan hubungan kita. Awak bangunlah... " usai berkata, Aisha terus menghamburkan tangisannya di sisi Heykal. Teresak-esak dia mengeluarkan rasa hati. Dia rindukan Heykal.
" Aisha... Dah la tu. Aunty percaya yang Heykal akan bangun juga nanti. Heykal bukan seorang yang lemah. Dia kuat. Aisha jangan risau. Nanti Aisha jatuh sakit. Aunty, uncle, nenek dan abang Firhad risau tengok Aisha macam ni. Dah, tak nak sedih-sedih. " Puan Sri Qairina menyeka perlahan air mata Aisha. Gadis ini sudah dianggap seperti anaknya sendiri. Tak sanggup dia tengok Aisha berterusan menangis.
" Dah... Kita kena kuat demi Heykal. Kalau kita tak kuat, macam mana kita nak bagi semangat dekat Heykal untuk dia berjuang teruskan hidup. Aisha dont cry, okay? " kata Puan Sri Qairina lagi. Tipulah kalau dia cakap dia tak sedih. Dia sedih bila anaknya sendiri tidak sedarkan diri. Tapi dia sedar, semua ni takdir tuhan, tiada siapa pun dapat menidakkan nya. Yang hanya dia mampu lakukan sekarang hanyalah terus berdoa.
" Terima kasih, aunty. Terima kasih sebab sudi terima Aisha. Walaupun Aisha penyebab Heykal jadi macam ni. Kalau Aisha tak gelakkan Heykal haritu, mesti Heykal takkan jadi macam ni. "
" Bukan salah Aisha. Takdir Heykal dah tertulis macam ni. Kita reda. Jangan sesekali pertikaikan takdir tuhan, sayang... Aisha kena kuat. Insyaallah, Heykal akan bangun juga nanti. Now, kita pergi makan dekat cafe, okay? Aisha tak makan dari semalam lagi kan? "
Aisha hanya mengangguk mengiakan. Dia mengelap air matanya degan hujung lengannya. Malu kepada mummy Heykal.
" Boleh. Jom aunty. "ujarnya ceria. Sekadar untuk menutup kesedihan yang dialaminya kini.
❤❤❤
" Baby dengan aunty nak pergi mana? " soala Firhad apabila mereka terserempak di luar bilik Heykal.
" Kitorang nak pergi cafe dekat bawah. Aisha tak makan dari semalam lagi. Jom lah pergi sekali, Firhad. " pelawa Puan Sri Qairina.
" Erm... Boleh juga tu. Lagipun Firhad ada benda nak tanya Aisha. "
" Tanya tentang apa, abang? "
" Kita bincang dekat cafe nanti eh? "
Aisha yang mendengar balasan abangnya itu hanya menganggukkan kepalanya.
❤❤❤
" Oh ya. Pasal tadi, abang nak tanya, baby atau Heykal pernah ada musuh? Or sesiapa yang tak sukakan korang? " Firhad memulakan perbualan.
" Musuh? Rasanya takde lah abang. Kenapa tanya? "
" Untuk memudahkan proses siasatan. Betul ni Aisha takde musuh? "
Aisha diam seketika. Dahinya berkerut-kerut memikirkan sesuatu.
" Aisha rasa ada abang. Nama dia Maira Haziqah. Kawan Aisha waktu Aisha belajar dekat kolej Tengku Arafiah. " kata Aisha tanpa teragak-agak. Dikerling seketika Puan Sri Qairina yang mendengar sahaja perbualan mereka itu.
" Kenapa dengan dia? Dia kawan Aisha kan? "
" Itu dulu. Sekarang tak. " Aisha mula menceritakan apa yang terjadi sepanjang mereka pulang ke Malaysia.
Puan Sri Qairina kelihatan amat terkejut dengan kenyataan itu. Selama ini, dia tidak pernah tahu pun yang Heykal mempunyai hubungan dengan wanita sehingga ditipu sebegitu.
" Dan sekarang, Maira tak puas hati sebab kitorang dah berbaik. Dia masih mahukan Heykal. " cerita Aisha dengan sebak.
" Macam ni lah. Abang dan pihak polis akan menjalankan siasatan terhadap Maira Haziqah. Dan, kami harap dia masih berada di dalam Malaysia. " Firhad senyum sedikit.
Aisha hanya angguk mengiakan. Dia menggenggam tangan Puan Sri Qairina yang kelihatan murung itu. Cuba untuk memberi kekuatan kepada wanita tua itu.
❤❤❤
"Tuan. Suspek pertama bernama Maira Haziqah. Tinggal di Berjaya Village apartment. Suspek tidak mempunyai kerja tetap. " seorang anggota polis memberitahu biodata tentang Maira kepada Inspektor Umar.
" Bagus. Esok kita boleh pergi ke apartment suspek. Pastikan perkara ini sulit. Saya risau kalau suspek dapat tahu dan bertindak melarikan diri. " ujar Inspektor Umar dengan tegas.
" Baik, tuan. "
Yeay!! Sy dh bleh start update sbb exam dh hbis. Act, dh lama habis tp sy luangkan masa lyan Netflix dulu. Hehehe. So, happy reading and jangn lupa vote tau! 😉
YOU ARE READING
Misi Memikat Miss CEO ✔
RomanceFirst romance by rosebiru12. Cover by @rosebiru12 ⚠️Amaran: Jalan cerita agak berbelit-belit, jadi sila ambil risiko sendiri kalau nak baca juga! "Sini biar aku try dia pulak. Kalau dia sangkut dengan aku, kau belanja aku makan selama sebulan." - HE...