"Arghh... " Heykal memegang kepalanya yang berdenyut. Cuba mengingati apa yang terjadi semalam. Ya. Dia mabuk semalam. Gara-gara memikirkan keberadaan Aisha. Huh!
"Eh, Heykal dah sedar. Bangun, pergi mandi dengan gosok gigi. Lepas tu, baru makan. Mummy ada bawak bubur ayam. " tangan Puan Sri Qairina ligat menarik langsir bilik Heykal agar cahaya dapat meneboros masuk.
" Mummy.. Silau laa. " katanya sambil menutup mata dengan lengan.
" No. Silau ke tak, bangun and pergi mandi. Bau dah macam apa. Busuk. Bau arak. "
'sudah.. Dia membebel pulak. Herghh.. '
" Fine mummy, fine. Kal bangun. Please stop membebel. " dia bangun lalu masuk ke dalam bilik air. Menghiraukan mummy-nya yang masih membebel di luar.
"Jangan lupa makan bubur ni. " laungan suara mummy jelas kedengaran seiring dengan hempasan perlahan di pintu biliknya.
❤❤❤
Masuk sahaja ke bilik mewah itu, matanya terus menangkap tubuh Heykal yang sedang membuang pandangan ke luar tingkap.
"Bro. Sampai bila nak macam ni? "tanpa memberi salam, Shafikal terus mengutarakan soalan yang agak sensitif baginya.
"Eh, Pikal. Bila sampai? " Heykal tidak menjawab pertanyaan Pikal malah bangun menyalam Pikal lalu melagakan bahu mereka. Boys hug, right? Perkara wajib kena buat kalau diorang jumpa. Dalam masa yang sama nak tukar topik sebenarnya. Malas dia nak dengar Pikal membebel tah hape-hape.
"Baru je tadi. Eh, kau jangan tukar topik okey. Sampai bila nak macam ni. Termenung dari pagi sampai ke petang. Move on la, bro. Kau ingat kau macam ni Aisha akan datang balik dekat kau ke? Tak Heykal, tak. " panjang lebar dia menasihatkan sahabatnya itu. Tu lah, sebelum buat tak pikir dulu, kan dah terima padahnya. Eh..
"Kau tak tahu macam mana perasaan aku Pikal. Aku rindu dia. Aku menyesal buat dia macam tu. But now, menyesal pun dah tak de guna. " Heykal mengeluh perlahan.
"Memang aku tak faham perasaan kau. Tapi, kau jangan la terus macam ni. Move on. And aku nak mintak maaf dekat kau. " Shafikal berjeda seketika untuk menghilangkan serba salahnya. Adoyai.. kalau tak sebab dia buat bet bodoh tu dengan Heykal benda ni tak kan jadi.
"Asal kau minta maaf? Kau ada buat salah dekat aku ke? "
"Ak.. Aku mintak maaf sebab ni semua rancangan aku. Kalau aku tak cabar kau, mesti benda tak kan jadi macam ni. Huh. " ya. Dia mengaku itu salahnya. Rasa bersalah mula menjalar apabila melihat sahabatnya yang seperti mayat hidup itu. Terperap dalam bilik selepas peristiwa mabuk itu.
"Ahh. Bukan salah kau. Benda dah nak jadi kan. Tapi aku.. Haihh... " Heykal tidak dapat meneruskan ayatnya. Air mata yang mula bergenang diseka.
"Kal.. Dah la. Minggu depan majlis konvo. Kau kena datang. Lupakan masa lalu. Wake up and move on. Kau buatkan diri kau berjaya, then kau cari balik Aisha. Aku yakin kau akan jumpa dia balik nanti. " berharap agar Heykal bangkit. Sampai bila nak macam tu. Mummy dan daddy Heykal pun dah tak tahu nak buat macam mana .
"Kau yakin yang aku akan jumpa Aisha balik? "Heykal bertanya ragu-ragu. Nampaknya dia sudah termakan sedikit nasihat daripada Shafikal.
"Yes.. Aku yakin kau akan jumpa dia. And, bila dah jumpa dia kau kena raih balik kepercayaan dia terhadap kau. "
"Yeahh.. That's true. Kalau aku terus macam ni, bila aku nak jumpa dia. Aku kena kukuhkan dulu kedudukan aku. Then, I will fine her. " dia bertekad. Dia akan memperkukuhkan kedudukannya dahulu.
"Ni baru la kawan aku. Bersemangat. Tak mudah jatuh. " dia bersyukur kerana Heykal menerima juga nasihatnya setelah sekian lama.
"Thanks bro. Kalau takde kau, aku mesti tengah down lagi. Kau la sahabat aku dunia akhirat. " Heykal mengukirkan senyuman terima kasih kepada Shafikal.
" It's okay. Dah memang tanggungjawab aku sebagai sahabat. But now, kau pergi mandi then turun bawak, minta maaf dekat mummy daddy kau. "
"Haah kan. Kau turun dulu. Nanti aku turun. Kita makan sekali. Aku lapar ni. "Heykal sengih.
"Yelah yelah. Cepat sikit. " gesa Pikal. Itulah, merajuk lagi lama-lama. Kan dah kebulur. Tapi cakap dalam hati je, kang merajuk pulak si Heykal tu.
"Alright boss. "laung Heykal dari dalam tandas.
YOU ARE READING
Misi Memikat Miss CEO ✔
RomanceFirst romance by rosebiru12. Cover by @rosebiru12 ⚠️Amaran: Jalan cerita agak berbelit-belit, jadi sila ambil risiko sendiri kalau nak baca juga! "Sini biar aku try dia pulak. Kalau dia sangkut dengan aku, kau belanja aku makan selama sebulan." - HE...