" Wow !! Patutla I call you tak angkat. I pergi rumah you, takde orang. Ni rupa-rupanya kerja you. Keluar dengan perempuan lain. Patutlah you tak kesah kalau I takde." kedengaran suara seseorang yang sangat familiar bagi Heykal.
Maira!!!
Mampus kalau Aisha nampak ni. Mau cetus perang dunia kedua ni. Muka Heykal sudah pucat. Bukan takut akan Maira, tapi dia takut Aisha nampak Maira. Nasib sekarang Aisha pergi tandas.
" Kenapa diam Heykal. Terkejut I jumpa you ? Terkejut yang I tahu you pasang scandel belakang I ? " Maira menyembur Heykal lagi.
" Hey, you bagitahu I betina mana yang murah sangat pergi bercinta dengan boyfriend orang ni ? You cakap !! I nak ajar dia cukup-cukup. " suara Maira semakin kuat. Orang ramai sudah tertoleh-toleh ke arah meja mereka. Ya Allah, lambatkan lah urusan Aisha dalam tandas tu.
" Excuse me. Awak siapa nak jerit-jerit dekat sini ? Tak malu ke ?! " Aisha datang dari belakang Maira berkata. Geram bila tengok perempuan tu jerit-jerit dekat Heykal.
Mata Heykal membulat bila melihat Aisha dibelakang Maira. Aduh !!!
Maira tanpa berlengah memalingkan badannya ke belakang. Dari tadi lagi dia tengok Heykal bermesra-mesra dengan seorang perempuan dekat baskin robin ni. Tapi sayang, dia tak nampak muka perempuan tu sebab perempuan tu duduk membelakanginya.
Mata Aisha membulat. Bukan terkejut sebab jumpa Maira. Tapi terkejut sebab perempuan yang jerit-jerit tadi muka macam dia. Oh my !! Pelanduk dua serupa ke ni ?!
" Hey, awak ni siapa hah ?! Asal muka awak macam saya ? Heykal, apa ni ?! "
Aisha bertanya. Dahinya berkerut melihat perempuan dihadapannya ini.Heykal melihat Maira yang masih kaku berdiri terus pergi mendapatkan Aisha. Pedulikan si Maira tu.
" Aisha, saya boleh explain. Tapi bukan dekat sini. Jom kita balik. Biarkan perempuan ni. " Heykal terus menarik Aisha keluar dari kedai aiskrim terkenal tersebut.
" Hey, saya nak cakap dengan perempuan tu dulu lah. Saya nak tanya asal muka dia sama macam saya. " Aisha meronta-ronta. Matanya masih terpaku pada Maira yang berdiri tegak macam nak nyanyi lagu negaraku.
" Sayang... Tak perlu tanya dia. Now, kita balik and saya akan explain dekat awak. Jangan buat kecoh dekat sini, please... " Heykal terus merayu. Risau kalau Aisha bertindak agresif terhadap Maira. Dah la Maira tu dah macam patung maniquen dekat meja tu.
" Fine. But, promise me yang awak akan explain dekat saya everything single thing about this. " Aisha mengalah. Dia tak nak cetuskan sebarang pergaduhan dekat sini.
" Okay, saya promise. Jom, kita balik. "
Maira yang melihat pasangan itu semakin menjauh terus tersedar. Dirinya bagai disumpah bila tengok Aisha ada depan mata dia. Dia tak sangka yang Aisha akan balik secepat ni. Mampuslah dia. Mesti Heykal dah tahu semuanya. Macam mana kalau Heykal saman dia nanti.
Tak tunggu lama, dia terus melangkah keluar dari kedai tersebut. Serabut satu, malu pun satu. Ramai kot orang jeling-jeling dia sambil berbisik. Tengah mengata lah tu. Huhh !!!
Argh... Macam mana nak buat ni !!
❤❤❤
" Heykal, berhenti depan sana tu. Saya nak awak explain sekarang jugak !! "
" Okay, okay. Janganlah jerit. "
" Fine. Awak ada masa lagi sejam sebelum pukul 12. Now, explain everything." Aisha mengarah.
" Actually... perempuan tadi tu Maira. Kawan awak masa dekat kolej dulu. " Heykal menerangkan kepada Aisha.
" Wait, what ? Maksud awak, Umairah Haziqah ? Maira ke ? But,macam mana muka dia boleh sama dengan saya ?" Aisha mengnyandarkan kepalanya di seat kereta. Pening.
" Okay listen. Maira tu sebenarnya ambil kesempatan dalam kesempitan. Sebulan lepas awak lari dari saya, ada seorang perempuan yang muka dia sebijik macam muka awak, which is Maira. Dia datang cakap yang dia dah maafkan saya. Then, kitorang bercinta. Saya tak syak langsung yang tu sebenarnya Maira. Dalam fikiran saya waktu tu, awak dah balik dan sudi maafkan perbuatan saya. Yeah, you know what I mean. " Heykal berjeda sebentar. Matanya memandang kearah Aisha yang masih keliru.
" – then, awak ingat tak waktu saya jumpa awak dekat airport tu ? Yang saya tersengaja kiss awak tu ? "
" Yeah... Saya ingat. " Aisha menjawab pendek.
" –that time, saya pelik kenapa mata awak biru sedangkan Aisha yang selalu dengan saya mata dia biasa je. So, dari situ saya start siasat apa yang terjadi. Siasat tentang Maira, tengtang awak. And... Guess what, Maira selama ni hidup dengan duit dari sugar daddy dia. And, one of her sugar daddy adalah pemilik syarikat topeng penyamaran muka. So, senang lah dia nak dapatkan topeng tu dengan harga yang murah. " Heykal berhenti lalu menarik nafas. Penat bercerita.
" Maksud awak... Maira pakai topeng penyamaran muka yang berwajahkan wajah saya ? " Aisha tatap wajah Heykal. Ingin memastikan betul atau tak perkara tersebut.
" Hmm... Walaupun saya kurang faham ayat awak tu, tapi takpe lahh... Saya abaikan. And, memang betul Maira pakai topeng penyamaran muka selama ni. Saya pun tak perasan sebab saya terlalu taksub dengan Maira. Err... I mean, awak, Aisha. Not Maira. Tapi, disebabkan dia berwajah macam awak, saya dah tak fikir apa. Cuma, baru-baru ni saya dapat tahu yang sebenarnya Maira tu banyak sugar daddy dalam dan luar negara. Dia juga tipu yang dia tu kerja pramugari. Padahal selama ni dia hidup dengan duit sugar daddy dia. That's why dia nampak macam orang berada. " jelas Heykal panjang lebar.
" Wow ! Saya tak percaya yang kawan paling rapat dengan saya waktu kolej dulu sanggup tikam belakang saya. Jadi, selama ni dia hanya berpura-pura baik dengan saya. " Aisha menitiskan air matanya. Tidak menyangka sahabat baiknya sanggup buat dia macam ni. Selama ni, tak pernah dia lupakan Maira, tapi Maira... How could her!!
" Yeah... Walaupun perit, tapi itulah kenyataannya. Awak kena terima yang Maira yang dulu tak sama dengan Maira yang sekarang. Saya bukan apa, saya cuma takut dia berdendam dengan awak lepas dapat tahu awak ada dekat Malaysia. " Heykal meluahkan kepada Aisha. Runsing hatinya bila memikirkan perihal Aisha dan Maira.
" Seriously. Nak berdendam sebab apa pulak. Saya mana ada buat apa-apa salah dekat dia "
" Amin, penyiasat persendirian saya cakap yang sebenarnya Maira tu suka abang sejak first year dekat kolej Tengku Arafiah. So, maybe dia akan berdendam dengan awak sebab awak balik ke Malaysia. And now, dia dapat tahu saya dengan awak. Lagilah dia dendam. "
" Ouh... Tapi, awak jangan risau sebab saya tahu jaga diri saya sendiri. Okay ?" Aisha menatap dalam mata Heykal. Entah kenapa hatinya tiba-tiba menjadi lembut dengan Heykal.
" Saya tahu awak dapat jaga diri. Tapi, saya tetap risaukan awak sebab awak the only one in my heart. Takde siapa pun yang dapat gantikan diri awak dekat hati saya. Sebab awak, yang terindah buat saya." Heykal mengusap-ngusap pipi Aisha.
Aisha terkelu. Tak sangka yang cinta Heykal buatnya terlalu besar. Tapi, dia nak tengok dulu sejauh mana Heykal dapat pikat dia.
" Dah la... Jom kita balik. Nanti nenek marah saya sebab hantar awak lewat. " Heykal senyum kepada Aisha lalu memusingkan tubuhnya ke hadapan untuk memandu.
" Okay... "
❤❤❤
Done... Sapa nk nak aku followback, just mention dekat massage Board. 😚😚
![](https://img.wattpad.com/cover/152738337-288-k359238.jpg)
YOU ARE READING
Misi Memikat Miss CEO ✔
RomanceFirst romance by rosebiru12. Cover by @rosebiru12 ⚠️Amaran: Jalan cerita agak berbelit-belit, jadi sila ambil risiko sendiri kalau nak baca juga! "Sini biar aku try dia pulak. Kalau dia sangkut dengan aku, kau belanja aku makan selama sebulan." - HE...