CHAPTER 22

6.5K 217 8
                                    

KUALA LUMPUR INTERNATIONAL AIRPORT, MALAYSIA.

Mereka bertiga berjalan beringin. Yes, Aisha, Firhad dan nenek mereka. Selepas seminggu, akhirnya Aisha menerima dengan hati yang terbuka bahawa mereka akan pulang menetap di Malaysia. Dan Aisha pulang dengan perangai yang baru. Bukan lagi Aisha yang mudah diperdaya.

"Eh, abang. Abang pergi dulu eh dengan nenek. Baby nak pergi ladies."
Dia dah tak tahan nak terkucil ni. Kalau lambat 5 minit, habislah dia. Haha.

" Yelah. Cepat sikit. Abang tunggu dalam kereta. Nenek dah penat tu. "

"Okey, abang. Nah, tolong bawak. " Aisha menghulurkan bagasinya kepada Firhad. Tidak menghiraukan tangan Firhad yang sudah dipenuhi dua bagasi. Campur dengan bagasinya, tiga-lah bagasi.

"Ya Allah. Macam mana aku nak bawak ni. " Firhad menggerutu di dalam hati.

❤❤❤

Aisha mempercepatkan langkahnya apabila terasa dirinya diikuti. Peluh sudah merenik di dahi. Sudahla dia nak terkucil. Akhirnya, dia terus membuka pintu toilet dengan kasar lalu memasukinya.

"Erhh.. Baru balik Malaysia je dah kena kejar. Eh, tapi dia kejar aku ke? " Aisha bermonolog sendirian di hadapan cermin. Rasa nak terkucil tadi pun dah hilang sebab takut. Mukanya dibasuh berkali-kali. Nasib baik dia hanya memakai bedak compact sahaja.

" Haihh.. Nasib takde orang Aisha. Kalau tidak, diorang cakap kau ni gila sebab cakap sorang-sorang. " sambungnya lagi.

"Sayang... " serentak itu pintu toilet kedengaran dibuka. Aisha menutup mata apabila terasa dirinya dipeluk dari belakang. Pelukan terasa semakin dieratkan. Tangan kekar itu juga sudah mulai mengusap-ngusap perutnya.

"Eh.. " dia menjadi makin terkedu apabila lelaki yang memeluknya itu mula mencium di serata lehernya. Kedengaran nafas lelaki itu ditarik. Mungkin sedang menikmati bauan dari leher Aisha. What the fu*k.

Dengan menggunakan kekuatan yang ada, dia terus menolak lelaki yang berada di belakangnya itu. Gila agaknya!

" Eh, sesuka hati kau je kan nak cium aku. Kau siapa hah??.." ujar Aisha kegeraman. Tetapi dia kembali terkedu apabila melihat muka lelaki itu. Heykal!! Apa dia buat dekat sini. Ma.. Macam mana dia tahu aku balik Malaysia hari ni. Dia memang tahu ke atau kebetulan?

"Sayang.. I'm really sorry sebab tinggalkan sayang macam tu je haritu. Please forgive me. Okay, I janji akan luangkan lebih masa dengan you. I promise to you. " Heykal berkata lirih. Seminggu dia bagai nak gila apabila Aisha tidak mengangkat call nya. Dirumah juga Aisha tiada.

Dan apabila dia telah mengingati bahawa Aisha telah pergi ke Jepun dan akan pulang hari ini, terus dia datang ke KLIA.

"Bodoh. Siapa sayang kau hah?? " Aisha tersedar lalu menepis tangan Heykal yang berada di pinggangnya. Jijik!!

"Kau sentuh aku lagi, siap kau. Kau ingat senang-senang aku nak bagi kau sentuh aku lepas apa yang kau dah buat dekat aku" air mata mulai menitik. Dia terus keluar dari ladies lalu berjalan laju kearah kereta Firhad.

❤❤❤

Heykal keluar dari ladies tersebut walaupun dia masih dilanda kejutan. Terkejut apabila melihat mata Aisha. Warna biru keabu-abuan. Nak cakap contacts lense, bukan. Sebab mata dia nampak real. Tapi Aisha... Mata dia bukan warna biru keabu-abuan. Kalau tadi tu bukan Aisha, then siapa pulak. Arghh.. Pening la.

"Bau dia, yes, bau dia macam bau Aisha ketika dekat kolej. Aisha yang sekarang guna perfume lain, tak sama macam dulu. Tapi yang tadi tu, bau perfume diorang sama. Pelik. Aku kena cari perempuan tadi balik" tekadnya. Tak keruan hatinya memikirkan perempuan tadi tu.

And, kalau dengan Aisha dia tidak berani menyentuhnya selepas peristiwa itu, tapi perempuan tadi tu betul-betul ada aura yang dapat membangkitkan nafsu dia. Sama macam dulu.

Arghhh. Lantak lah.

Misi Memikat Miss CEO ✔Where stories live. Discover now