" Sayang... "
Aisha berpaling untuk melihat siapa yang memanggilnya sayang itu. Dan, dahinya terus berkerut bila muka Heykal yang menghiasi pemandangannya.
" Heykal.. Awak buat apa dekat sini ? Awak stalk saya eh ? " jari telunjuknya dituding ke arah muka Heykal.
" Hey, siapa yang stalk siapa ni ? Awak ingat saya tak nampak yang awak curi-curi dengar perbualan saya dengan Maira. " Heykal tersenyum sinis.
Hampir saja dia menghamburkan ketawanya bila melihat muka pucat Aisha, tapi dia tahankan saja.
" Hell, no!! Awak silap orang tu. Saya dekat sini dari tadi kot. " Aisha menafikan. Malu kot kalau nak mengaku.
" Apa-apa jelah Aisha... " ujar Heykal sambil menghamburkan tawanya.
Aisha memasamkan mukanya bila Heykal ketawakannya. Malu!!
" Eh, awak sorang je ke ? "
" Takde lah. Saya dengan kawan, tapi saya tak tahu dia pergi mana. " Aisha memerhatikan sekelilingnya. Mencari gerangan yang bernama Dania.
Kringg!! Kringg!!
Aisha mengeluarkan telefon pintarnya dari handbag untuk menjawab call. Dania!
" Hello, Aisha. Babe, aku on the way balik rumah ni. Tadi aku jumpa abang aku dekat mall. Sorry tinggalkan kau. " kalut Dania memberitahunya. Takut dia marah lah tu.
" Haha. It's okay lah. Nanti aku hantar luggage kau, okay. "
" Okay.. Thanks babe. "
Aisha mematikan talian. Kepalanya didongak untuk memandang Heykal.
" Okaylah, Heykal. Saya balik dulu. Bye. " usai berkata, Aisha terus mengatur langkah meninggalkan Heykal.
" Aisha.. Jom dating!!" kata Heykal. Tangannya yang menggeggam lembut pergelangan Aisha masih tidak dilepaskan.
" Malaslah, Heykal. Kenapa tiba-tiba nak ajak date pulak ni? "
" Saja...mungkin ni salah satu cara nak pikat hati seorang Aisha balik. " Heykal senyum. Berharap yang Aisha tak kan tolak perlawaannya tadi.
" Hmm... Okay. " ujar Aisha lalu berjalan meninggalkan Heykal di belakang.
❤❤❤
" Sayang... Dah masuk waktu asar ni. Saya nak pergi solat kejap. Awak boleh tunggu? " ujar Heykal.
Aisha yang mendengar permintaan Heykal terkelu. Dia tak sangka yang Heykal dah berubah banyak. Heykal dah solat. Heykal dan berhijrah ke jalan yang benar. Dia bila lagi?
" Hey, are you okay? Boleh tak tunggu saya? "
" Eh... Boleh-boleh. Awak pergi lah solat dulu, saya tunggu dekat sini. " kata Aisha lalu matanya menyorot mengikuti langkah Heykal ke surau.
Macam tak percaya yang Heykal dah berubah. Patutke aku bagi dia peluang kedua?
❤❤❤
"Aisha... "
" Ye nek? " balas Aisha.
" Aisha menungkan apa tu? Ingatkan Heykal ke? " ujar Hajah Sophia sambil tersenyum.
" Eh, takde lah nek. Aisha fikirkan pasal kerja." Aisha tersenyum kekok.
" Ye ke? Tapi, nenek tengok Heykal tu macam baik je. Nenek suka kalau Aisha dengan Heykal"
" Eh, nenek ni merepek lah. Aisha kawan je dengan dia. Tak lebih. "
" Hm... Nenek harap Aisha ada hubungan yang special dengan Heykal."
" Ouh... Erm, macam mana dengan nenek? Okay tak? Seronok tinggal dekat Malaysia? " Aisha menggenggam tangan Hajar Sophia.
" So far, okay. Nenek suka. Kawan-kawan persatuan pun baik-baik. " ujar Hajar Sophia. Dia tahu yang Aisha sengaja menukar topik.
" Ouh, baguslah kalau macam tu. " Aisha tersenyum.
❤❤❤
Yuhoo... I'm back. Ada yg rindu tak? Hahaha!
Btw, lepas baca tolonglah vote. 😳🌟
![](https://img.wattpad.com/cover/152738337-288-k359238.jpg)
YOU ARE READING
Misi Memikat Miss CEO ✔
RomanceFirst romance by rosebiru12. Cover by @rosebiru12 ⚠️Amaran: Jalan cerita agak berbelit-belit, jadi sila ambil risiko sendiri kalau nak baca juga! "Sini biar aku try dia pulak. Kalau dia sangkut dengan aku, kau belanja aku makan selama sebulan." - HE...