Yang belum baca chapter 55, boleh scroll naik atas. Then, baru baca chapter ni okay. 😙
Maira yang sedang mengoles gincu di bibirnya itu terhenti apabila bunyi loceng apartmentnya kedengaran. Haish... Siapa pula datang pagi-pagi macam ni. Dah la aku nak cepat.
" Asalamualaikum, cik. Kami dari Jabatan Polis Negara. Cik disahkan sebagai suspek yang terlibat didalam kes cubaan membunuh Heykal Hakimie. Kami berharap cik dapat memberi kerjasama. Sila ikut kami ke Balai. " kata Inspektor Umar sebaik sahaja Maira membuka pintu apartment nya.
" Ap-apa semua ni? Aku tak ada kena mengena dengan Heykal Hakimie. Korang semua jangan nak tuduh aku lah. " usai berkata begitu, Maira ingin menutup pintu tetapi telah ditahan oleh beberapa anggota polis.
" Gari dia. "
" Lepaskan aku lah, bodoh!! Aku cakap aku takde kena mengena dengan diorang. Lepaskan aku!! " Maira meronta-ronta dalam pegangan dua orang anggota polis perempuan.
" Cik Maira, sila beri kerjasama. Sebarang penjelasan boleh dibuat di Balai sebentar lagi. "
❤❤❤
" Maira Haziqah. Tinggal di Berjaya Village Apartment. Tidak mempunyai pekerjaan yang tetap. Sahabat baik Aisha Raihana ketika menuntut di Kolej Tengku Arafiah. Am I right? " tanya Inspektor Umar.
Maira hanya mendiamkan diri dan menundukkan kepalanya.
" Cik ada bantahan tentang tuduhan yang dilontarkan kepada cik? Mungkin cik tak bersalah? "
" Yes!! Memang aku ada bantahan. Aku tak buat semua tu. Ni semua mesti sebab perempuan tak guna tu. Huh!! " balas Maira geram.
" Tapi, salah seorang daripada pekerja mall tersebut ada menyatakan bahawa cik berada di mall tersebut pada hari kejadian. Dan, cik dikatakan memakai pakaian serba hitam dimana persis seperti orang yang telah menikam Encik Heykal. "
Maira yang mendengar perkara tersebut terkedu. Damn!!!
" Tak. Semua tu tak betul!! Aku tak pergi mana-mana pun hari Sabtu tu. Aku tak pergi Town Square Mall tulah!!! Korang jangan nak main tuduh je kalau takde bukti. Aku boleh dakwa korang!! " kata Maira dan tanpa disedarinya dia telah membuka kesalahannya sendiri.
" Maaf cik. Tapi, kami tidak pernah memberitahu cik atau mana-mana pihak media tentang hari dan tempat kejadian dimana Encik Heykal ditikam. Tetapi nampaknya, Cik Maira lebih mengetahui tentang perkara tersebut. " Inspektor Umar menarik senyum sinis.
Muka Maira sudah pucat. Arghh! Bodoh. Macam mana dia boleh terlepas cakap.
" Ta-tak. Aku ta-tahu lah. Aku kan kawan Aisha. Aisha ya-yang bagitahu aku! " ujarnya tergagap-gagap.
" Tapi cik Aisha mengatakan bahawa cik Maira dan cik Aisha sudah tidak bersahabat lagi. Dan, Cik Maira dikatakan tidak berpuas hati dengan Cik Aisha kerana Cik Aisha telah berbaik dengan Encik Heykal. Cik Maira juga pernah menipu Encik Heykal tentang wajah Cik Maira kan? Cik Maira telah memakai topeng penyamaran muka dan menyamar menjadi Cik Aisha. Cik Maira ada sebarang bantahan tentang maklumat yang kami sampaikan ini? "
" Itu se-semua tak betul. Ai-aisha tipu korang lah. Le-lepaskan aku. Aku tak bersalah. Lepaskan aku lah!! " jerit Maira di dalam bilik sisatan itu.
" Hurm... Harini Cik Maira nak pergi mana? Kami telah memeriksa apartment Cik Maira dan pihak kami mendapati bahawa kesemua baju Cik Maira berada di dalam luggage beserta dengan pasport cik. "
" None of your business!!! Aku punya pasal lah nak pergi mana pun. Takde kena mengena dengan koranglah. "jeritnya lagi.
" Maaf cik. Cik sudah melampaui batas. Kami sebenarnya sudah mempunyai bukti yang kukuh tetapi kami ingin mendengarnya daripada cik sendiri. Memandangkan cik tidak memberi kerjasama, kami anggap cik tidak mempunyai bantahan tentang perkara ini. Bawa dia ke lokap. " arah inspektor Umar.
" Wa-wait. Bu-bukti? Korang jangan nak tipu aku lah. "
" Betul cik Maira. Isteri Datuk Ismail telah memberitahu kesemuanya kepada pihak kami. Dia telah mendengar perbualan cik bersama Datuk Ismail. " jelas seorang lagi anggota polis.
" Ta-tak. Semua ni tak betul. Aku nak bunuh Aisha, bukan Heykal. Arghhh!!! Tak guna kau Aisha!! Aku benci kau! " Amuk Maira di dalam bilik itu.
" Gari dia dan bawa dia ke lokap. " ujar inspektor Umar apabila melihat keadaan Maira yang tidak ubah seperti psiko itu.
"Arghhhhh!!! Kau tunggu lah, Aisha. Kau akan dapat balasan dari aku. " jerit Maira kepada salah seorang polis perempuan yang cuba menggarinya itu. Mungkin polis itu dilihatnya seperti Aisha oleh fikirannya yang tidak waras itu.
❤❤❤
"Assalamualaikum awak... Saya ada berita gembira nak bagitahu awak. Orang yang tikam awak dah kena tangkap, dan orang itu adalah Maira. Saya lega sangat bila Maira dah kena tangkap. Saya takut kalau dia cuba apa-apakan kita lagi. So, awak kenalah cepat bangun supaya kita dapat hidup bersama. Kita dah janji nak kahwin kan? Tak kira lah lama mana pun awak tidur, saya akan tetap tunggu awak. " ujar Aisha sambil tersenyum pahit.
Dan di waktu itu, air mata Heykal mengalir tanpa disedari oleh Aisha.
Wait for me, sayang...
Vote okayh.. 😜
YOU ARE READING
Misi Memikat Miss CEO ✔
RomanceFirst romance by rosebiru12. Cover by @rosebiru12 ⚠️Amaran: Jalan cerita agak berbelit-belit, jadi sila ambil risiko sendiri kalau nak baca juga! "Sini biar aku try dia pulak. Kalau dia sangkut dengan aku, kau belanja aku makan selama sebulan." - HE...