MEDIA: [ OUTFIT AISHA ]
AISHA turun dari keretanya setelah sampai di hadapan Christine Holding. Aisha hanya mengenakan blouse yang berkain lace berwarna putih dan di- tuck in ke dalam pencil skirt yang berwarna dark green. Langkah kaki diatur dengan penuh bergaya sambil matanya meliar-liar memerhati ke sekeliling. Pandangan orang ramai yang memandangnya dengan penuh minat dihiraukan. Biasalah, dia kan first time datang sini. Mungkin sebab tu jadi tumpuan, tak pun sebab dia lawa sangat hari ni. Terperasan la pulak. Hehehe.
Aisha mengeluarkan sekeping kad lalu di sweep-kan kad itu di hadapan skrin yang berada di tepi pintu lift. Masuk sahaja ke dalam lift, telefon pintarnya terus dikeluarkan lalu menari-narikan jarinya di atas skrin.
"Eherm.. "
Bunyi deheman menghentikan jarinya yang sedang menaip itu. Setahunya, dia seorang je dalam lift tadi. Apabila kepalanya dipanggung, darah mula menyerbu ke mukanya. Gila kau, lift dah lama berhenti tapi dia tak perasan. Adoii!!
"Erk.. Sorry. I tak perasan lift dah berhenti. " ujarnya lalu terus meluru keluar dari lift. Pipi yang sudah kemerahan ditekup. Oh my god!!! Malunya...
❤❤❤
"Okay guys.. Perkenalkan, Miss Aisha Raihana CEO baru Crhistine Holding dan merangkap boss baru kita. " ujar Farah iaitu PA barunya.
"Hye. My name is Aisha Raihana. You all boleh panggil I miss Aisha. And apa-apa you all boleh rujuk dekat I tentang company lepas ni." Aisha berkata sambil tersenyum.
"Welcome to this company, miss Aisha. Saya Rashid, ketua arkitek dekat company ni and nanti miss boleh la ikut saya melawat architect level. " seorang lelaki yang berkulit sawo matang menegurnya.
"Yeah.. Sure. Anytime, you inform I. "
"And... This is maisara, akauntan company ni. Ellen, pegawai pemasaran. Syifa, contractor. Last, Mak Ayu, tea lady. Kalau miss perlukan apa-apa, just inform kitorang semua. " tanpa kekok Farah memperkenalkan seorang-seorang yang berada di dalam meeting room tersebut. Aisha hanya tersenyum berbalas senyuman dengan para pekerjanya.
"Okay, thank you semua atas penerimaan korang semua terhadap saya. And saya rasa tak ada apa-apa dah kot, sebab lepas ni saya ada hal dekat luar. So, saya mintak diri dulu. "pamitnya bersama senyuman lalu melangkah keluar dari meeting room tersebut. Dia nak pergi rumah nenek. Seminggu balik ke Malaysia, belum lagi dia spent time dengan nenek. Sibuk dengan company lah, itulah, inilah.
❤❤❤
"Nenek... I'm sorry sebab tak datang melawat nenek seminggu ni. Baby sibuk giler. Mana nak kemas penthouse, nak uruskan syarikat lagi. I'm so sorry nenek." belum apa-apa, Aisha terus meluru memeluk neneknya sambil merengek-rengek.
"Alah.. Nenek faham lah kerja cucu nenek ni. Chill lah. Lagipun baru seminggu kan? Bukannya sebulan Aisha tak datang melawat nenek. " selama je nenek balas sambil membetulkan pokok bunga orkidnya itu.
Huh!! Dia punyalah berlari dari pintu pagar sana, ini je nenek balas. Sedih...
"Dah kenapa diam pulak? Makan dah ke belum ni? Kalau belum masuk makan. Abang pun ada dekat dalam tu." Hajah Crishtine masih lagi leka dengan pokok bunganya.
"Aik... Abang cuti ke nenek? Asal dia tak bagi tahu Aisha pun? Pelik.. "
"Cuti apanya.. Half day katanya. Tak berapa nak sihat. Pergilah tengok abang kamu tu. Tadi nenek tengok dia tengah tidur. " haihh!! Tiba-tiba pulak tak sihat. Cucu lelakinya itu memang susah nak demam, tapi bila dah demam tu, kalah budak umur 6 tahun manjanya.
"Yelah... Aisha masuk dulu. Nenek elok-elok. Kang sakit kaki pulak berdiri lama-lama. " risau Aisha tengok neneknya itu. Kerusi ada taknak duduk, nak jugak berdiri.
❤❤❤
"Hey, brother. Asal tak sihat ni. Tiba-tiba je. Ke ada apa-apa ni? " Aisha dah keluarkan aura detektif conan dia. Hehe. Nenek cakap tengah tidur tadi, tapi sekarang elok je terbongkang tengok TV.
"Apa-apa apanya.. Asal? Abang tak boleh demam ke? Tanya soalan yang merepek. Cepuk dahi tu kang. " stress!! Orang nak demam pun tak boleh..
"Yelah abangku sayang. Maafkan lah adindamu ini. Sebagai ganti baby masak untuk abang harini. Abang nak makan apa? " eceh... Nak membodek sebenarnya.
"Betul ni? Anything? Apa-apa je? "
"Ye... Betul lah. Nak ke tak nak? "Aisha dah berura-ura nak bangun. Nak masak. Kang abangnya tu merajuk pulak.
"okey... Kalau macam tu abang nak mee goreng basah. " Fuh!! Meleleh air liur terbayangkan mee goreng basah..
"Amboi... Demand. " ujar Aisha sambil tergelak.
YOU ARE READING
Misi Memikat Miss CEO ✔
RomanceFirst romance by rosebiru12. Cover by @rosebiru12 ⚠️Amaran: Jalan cerita agak berbelit-belit, jadi sila ambil risiko sendiri kalau nak baca juga! "Sini biar aku try dia pulak. Kalau dia sangkut dengan aku, kau belanja aku makan selama sebulan." - HE...