Aisha menguakkan pintu bilik Firhad perlahan-lahan. Dilihatnya Firhad masih lagi tidur. Dah dua hari Firhad tak nak cakap dengan dia. Sedih... Aisha berjalan perlahan ke arah Firhad lalu meletakkan bubur yang dibawanya ke atas meja kecil ditepi katil." Abang... Bangunlah. Abang.. "Aisha memanggil perlahan Firhad sambil mengusap-ngusap rambut Firhad.
Firhad membuka matanya perlahan-lahan. Perkara pertama yang dia nampak adalah Aisha.
"Ada apa ? " tanyanya dengan suara yang serak. Tekak pun sakit lagi.
"Abang, bangun. Mandi, lepastu makan bubur ni. Then, baru abang boleh makan ubat. "Aisha menarik tangan abangya perlahan-lahan.
"Abang... Aisha nak say sorry dekat abang sebab tinggalkan abang dekat hospital kelmarin. Sorry, eh ? " matanya dikerdip-kerdipkan.
"Yelah... Abang maafkan. Lain kali jangan buat lagi okey. Dah, abang nak pergi mandi." Firhad berjalan perlahan-lahan menuju ke bilik air. Lemah terasa dirinya sekarang ni.
" Yeay... Sayang abang. Aisha janji tak kan buat lagi. "
❤❤❤
Ketukan di pintu apartmentnya mengganggu tidurnya. Urghh.. Siapalah yang datang kacau pagi-pagi ni. Rambutnya diserabaikan lagi. Geram dengan orang yang ketuk pintu ni. Macam nak roboh, dia ingat pintu apartment aku ni murah.
"Hah... Nak apa kacau orang pagi-pagi ni. " ucapnya dengan keadaan yang masih mamai. Orang yang didepannya pun tak dapat dicamnya lagi.
"Sayang... Sampai hati you cakap macam tu dekat I kan. I sanggup redah jammed sebab datang nak jumpa you, macam ni pula you balas kan. " Aisha dah masamkan mukanya.
Aik... Bila perempuan ni balik. Dua minggu tak call, tak mesej, tiba-tiba tercongok dekat depan apartmentnya apahal. Dahtu.. Buat muka macam tu pulak. Nak suruh aku pujuk la tu.
"Eh, Aisha. Dah lama ke you dekat luar ni. Sorry lah, I tidur tadi. Semalam I on call. " Heykal dah garu-garu kepala. Entah kenapa lah dia rasa kekok semacam je dengan Aisha yang satu ni. Yang hairannya, Aisha yang mata cantik tu, dia terlebih mesra pulak. Adoyaii..
" It's okay, baby. Now, I nak masuk boleh ? You tak jemput I masuk pun kan. "
Heykal dah membuntangkan mata. Gila ke nak ajak ajak Aisha masuk. Kalau jais datang macam mana. And, sejak bila Aisha jadi liar sampai macam ni. Tak kan dua minggu tak jumpa dia jadi liar sampai macam ni. Heykal menggeleng-gelengkan kepalanya.
"Hey.. You asal tergeleng-geleng ni. You tak nak bagi I masuk ke ? You tak kesian dekat I ke duduk luar sorang-sorang ni. " apesal la mamat ni tak nak bagi dia masuk. Bukannya, nak buat apa pon.
"Eh.. Bukan macam tu. Tak elok nanti orang tengok kalau I ajak you masuk. Lagi teruk kalau jais datang serbu. You tunggu luar eh ? I mandi kejap." aduhh.. Heykal dah mula serba salah. Kang merajuk pula si Aisha ni.
"You... Apa cakap macam tu. You lupa ke yang jiran-jiran you ni semuanya buat hal sendiri. So, takde hal kan kalau I masuk. Lagipun, kalau jais datang serbu, bolehlah I kahwin awal dengan you. " Aisha dah tersengih-sengih. Dia dah membayangkan Heykal berjabat tangan dengan tok kadi sambil menyebut namanya. Auu.. Tak sabar.
"Eh.. No no. Tetap tak boleh. Kalau I cakap tak boleh, memang tak boleh. You pergi turun tunggu dekat lobi. I mandi kejap, lepastu I turun. Kita pergi breakfast. Dah, pergi turun. " kata Heykal lalu menutup pintu apartment nya. Entah kenapa dia rasa meluat dengan Aisha yang ni. And.. Dia rasa macam dah takde cinta.
Dulu, bila dia tengok Aisha, mesti dia akan rasa berbunga-bunga, rasa tak sabar nak luangkan masa dengan Aisha. Tapi sekarang... Dia rasa macam nothing. Dia dah tak rasa nak luangkan masa dengan Aisha. Dia rasa malas pula nak keluar dengan Aisha sekarang ni.
❤❤❤
Heykal menolak pinggannya ke hadapan apabila dia sudah selesai makan. Matanya memerhati Aisha yang sedang menaip sesuatu di atas screen telefon pintarnya. Dari tadi lagi perhati Aisha ni. Breakfast hanya makan salad je. Mungkin sebab dia pramugari, sebab tu kena jaga badan.
"You dah siap makan ? Kalau dah jomlah. You nak pergi mana lagi. Kalau takde I nak balik rumah sambung tidur balik. " sungguh. Dia memang letih harini. Dengan semalam on call, ingatkan bolehlah dia tidur puas-puas harini.
"You... Apa cakap macam tu. I tak nak balik lagi sebab I nak ajak you pergi shopping!!. Tapi tulah,you macam tak suka je keluar dengan I. " Aisha buat suara lirih. Padahal dalam hati dah membara. Tinggal nak meletup je ni. Entah kenapa dengan Heykal ni. Macam tak suka je dia balik. Ingatkan dua minggu tak jumpa Heykal, Heykal akan pujuk dia, tapi hampeh.. Minggu pertama je Heykal ada call, lepastu dah takde dah. Takkan Heykal dah give up kot.
"Bukan tak suka, I cuma penat je. Semalam kan I on call. You tolonglah faham. Tapi takpe lah, I temankan you shoping hari ni. Tapi kejap je. "Heykal akhirnya mengalah. Nanti merajuk pulak Aisha ni.
" Yeay!!! Macam ni lah sayang.. Jom, I ingat nak pergi pavillion lah. I nak beli handbag, kasut, baju, macam-macam lagilah. "
Heykal pasrah je bila dengar mulut Aisha yang tak henti-henti senaraikan barang yang dia nak beli tu. Terbanglah duit aku hari ni.
❤❤❤
" Wait... You pergi masuk dulu. Nanti I follow. I nak pergi beli barang jap. " okay.. Dia bukan nak pergi beli barang sebenarnya, tapi dia ada nampak someone. Aisha yang mata cantik tu!! Maknanya, selama ni tanggapannya salah lah. Takde Aisha yang pakai contact lense bila jumpa dia. Takde. Tapi, sekarang ni ada dua Aisha. Yang mana satu Aisha dia ni?? Yang dia cinta ? Yang mana satu Aisha yang dia dah rogol dulu!!
Vote please... 🌟💕
YOU ARE READING
Misi Memikat Miss CEO ✔
RomanceFirst romance by rosebiru12. Cover by @rosebiru12 ⚠️Amaran: Jalan cerita agak berbelit-belit, jadi sila ambil risiko sendiri kalau nak baca juga! "Sini biar aku try dia pulak. Kalau dia sangkut dengan aku, kau belanja aku makan selama sebulan." - HE...