Aisha turun dari kereta setelah memakirkan keretanya. Dia berjalan masuk ke dalam KLIA dan terus menuju ke arah starbuck.
' Lambat lagi ni Dania nak sampai. ' desis hati Aisha.
Setelah membeli secawan coffee dari sturbuck, dia melangkah keluar dan berjalan kearah kerusi yang disediakan. Matanya melilau-lilau mencari Dania. Manalah tahu kalau dah sampai. Tiba-tiba matanya terpaku pada seorang perempuan yang sedang galak memeluk lengan seorang lelaki pertengahan umur. Maira !! Betullah cakap Heykal yang Maira banyak sugar daddy. Haih... Tak sangka kawan paling rapat dia jadi macam tu.
Matanya terus memerhati pasangan itu sehingga mereka keluar dari KLIA. Tidak dihiraukan keadaan sekeliling.
Tiba-tiba dia terasa dirinya dipeluk erat dari belakang.Dia musingkan badannya ke belakang lalu menjerit.
" Arghh... Dania, tak sangka dapat jumpa lagi. Asal makin cantik ni ? " mereka berdua berpelukan sambil melompat-lompat. Tidak dihiraukan orang ramai yang melihat kerenah mereka.
" Mana adalah. Aku biasa je. Kau yang makin cantik sejak balik Malaysia ni. Eh, jom bawak aku pergi jalan-jalan dekat KL ni. Dah lama aku tak balik sini. Rindu tau. " Dania berkata kepada Aisha.
" Serius ah babe ? Tak penat ke ? "
" Eh, bukan aku yang bawak kapal terbang tu. Lagipun, aku dah tidur dah atas flight. Dont worry. "
" Yelah yelah. Kita nak pergi mana dulu ni ? KL ni banyak tempat menarik tau tak. Ke, kau nak pergi shoping ? " Aisha menarik sengih. Dah lama tak shoping dengan Dania.
" Weh, confirm arh shoping. Jom, jom. Aku nak habiskan duit aku. Hahahaha. " terus dia menarik tangan Aisha keluar dari KLIA. Tak sabar nak pergi shoping.
❤❤❤
" Weh, weh!! Aku nak masuk kedai tu. Kau nak ikut tak ? " Dania menunjuk ke arah kedai channel. Nak beli handbag baru lah tu.
" Erm... Aku rasa, aku nak pergi toilet jap. "
" Okay. Nanti kau datang kedai tu eh. Aku dekat situ."
" Orite. Eh, aku pergi dulu. " balas Aisha lalu melangkah pergi.
Sedang dia berjalan keluar dari tandas, dia terlihat Heykal sedang berbual bersama dengan Maira. Dan, Maira dah tak pakai topeng. Mungkin sebab dah kantoi,sebab tu dia tak pakai.
Aisha berjalan menuju ke arah mereka berdua. Curious. Dia bersembunyi di balik dinding cafe tersebut.
" -you tak kan tak boleh maafkan I langsung ? Please, sayang... I buat semua ni sebab I sayangkan you. " dapat dilihat yang Maira mengalirkan air matanya.
" Maira. Aku tak sangka kau buat macam ni dekat Aisha. Kau pernah rapat dengan dia, tapi kau sanggup buat macam ni. Kau tikam belakang dia!! "
" I buat semua ni sebab I cintakan you!! Dari kolej you tak pernah pandang I. Walaupun waktu tu you playboy, I tetap sukakan you. I percaya yang suatu hari nanti mesti ada peluang untuk I. Tapi, you bercinta dengan Aisha. Sakit hati I, Heykal. You langsung tak pandang I!!" suara Maira sedikit menaik. Tidak dihiraukan kata-kata yang sedang memerhati.
" Okay.. I'm sorry about that. Tapi, cinta tak boleh dipaksa. Aku cintakan Aisha, not you. And, waktu Aisha hilang, kau ambil kesempatan dengan menyamar jadi Aisha. And, aku langsung tak expect yang kau sanggup guna topeng penyamaran muka untuk menyamar jadi Aisha. Kau ni memang suka ambil kesempatan kan!! " urat-urat didahi Heykal kelihatan menandakan yang dia sedang menahan amarahnya.
" You... I'm sorry. That time, I dah tak fikir apa dah. I sanggup habiskan duit I untuk beli topeng tu demi you!!"
" Habiskan duit kepala hotak kau!! Kau ingat aku tak tau yang sugar daddy kau tu CEO syarikat topeng penyamaran muka tu!! Kau jangan nak bodohkan aku lah Maira. Aku paling benci penipu." keras suara Heykal berkata.
" Heykal... Please, i'm begging you. Terima I balik. I tak boleh hidup tanpa you. I minta maaf tipu you. " Maira semakin teresak-esak. Dia cintakan Heykal melebihi segalanya.
" Argh... Pergi mampuslah dengan cinta kau tu. Aku tak hairanlah. Kau-"
Aisha segera berlalu pergi. Dia tak sanggup nak tengok lagi. Tak sanggup nak dengar penipuan Maira. Sampai hati Maira buat dia macam tu. Tapi, dalam masa yang sama dia kasihankan Maira. Patutke aku lepaskan Heykal dekat Maira ?
❤❤❤
" Weh... Lambatnya. Kau pergi buang batu ke apa ? " Dania merengus geram. Lama kot dia tunggu Aisha.
" Alaa... Sorry la babe. Aku tak sengaja. Okay okay. Now, kau cakap je kau nak apa, aku belanja. "
Muka Dania kembali teruja. Siapa yang tak teruja kalau orang nak belanja.
" Okay. Tapi, aku nak barang yang paling mahal dekat mall ni. Boleh ? "
" Okay.. No problem. Kau ambil je apa yang kau nak. My treat. " Aisha tersenyum. Geli hati tengok muka teruja Dania. Setakat nak belanja kawan apa lah sangat. Tak luak pun duit dia.
❤❤❤
Takat ni je yg mampu. 😝😝😂
YOU ARE READING
Misi Memikat Miss CEO ✔
RomanceFirst romance by rosebiru12. Cover by @rosebiru12 ⚠️Amaran: Jalan cerita agak berbelit-belit, jadi sila ambil risiko sendiri kalau nak baca juga! "Sini biar aku try dia pulak. Kalau dia sangkut dengan aku, kau belanja aku makan selama sebulan." - HE...