Seperti yg dijanjikan, here we go...
•••
Tok! Tok! Tok!
Aisha yang sedang menangis tersedu sedan di dalam kereta terus mengangkat kepalanya apabila cermin kereta diketuk seseorang. Apabila melihat gerangan yang telah mengetuk cermin keretanya, dengan pantas dia keluar dari kereta dan terus memeluk lelaki itu.
" What's wrong, baby? " Soal Firhad dengan risau. Dia mengusap perlahan kepala Aisha.
" B-baby nak b-balik rumah nenek. " Pintanya kepada Firhad.
" Okay. Jom naik dengan abang. Kereta baby esok abang datang ambil. " Kereta Aisha dikunci dan dia terus membawa Aisha ke keretanya.
❤
" Kenapa ni? Apa dah jadi dengan baby? " Tanya Hajar Sophia kepada Firhad.
Risau dia apabila Firhad membawa pulang Aisha dalam keadaan yang tidak terurus.
" I-i don't know. Baby boleh ada dengan Firhad pun sebab Fir terserempak dengan kereta dia tadi. Hairan jugak Fir sebab kereta baby berhenti dekat tepi jalan. " Jelas Firhad.
" Baby... Ada mengadu apa-apa dekat Fir pasal Heykal? "
" Tak ada lah pulak. Baby ada datang lunch dengan Fir tadi. Dia nampak kusut je, tapi bila Fir tanya, dia jawab dia pening kepala. But, Fir dapat rasakan yang Heykal buat sesuatu dekat baby. " Ujarnya kegeraman.
" Haih... Nenek pun tak tahu. " Keluh Hajar Sophia.
" Esok Fir nak pergi jumpa Heykal. "
" Jumpa, bincang elok-elok. Jangan gaduh-gaduh. Okay? " Pesan Hajar Sophia kepada Firhad yang kelihatan marah itu.
" Hmm. " Firhad menggumam sahaja.
❤
" Baby... You have to wake up. Dah pukul 9 pagi ni. " Panggil Firhad yang berdiri di tepi katil milik Aisha. Dipandang adiknya yang sedang berselubung di bawah selimut itu.
" Baby... Wake up!! " Geraknya lagi. Kali ini, bahu Aisha digoncang perlahan.
" Hmm, Aisha tak larat lah abang. " Adunya perlahan.
" Kenapa ni? Demam ke? " Firhad terus melabuhkan duduk di birai katil Aisha. Tangan diletakkan di atas dahi Aisha bagi merasakan suhu badan Aisha.
" Panas. Baby demam ni. Kejap abang call doktor eh? Baby bangun mandi dulu. "
" Tapi baby tak larat. " Air mata sudah keluar meleleh di pipi. Mungkin kerana suhunya yang terlalu panas mengakibatkan air matanya mudah keluar.
" Okay. Tunggu kejap, abang pergi panggil nenek. " Kata Firhad dan dia terus keluar dari bilik Aisha untuk memanggil Hajar Sophia.
" Baby, kita madi dulu. Nanti doktor datang nak check demam baby. Meh, nenek tolong mandikan baby. " Dipapah Aisha dengan perlahan-lahan. Bahang panas dapat dirasa apabila dia memeluk cucunya itu daripada tepi.
" Baby ada masalah dengan Heykal?" Soal Hajar Kristin sewaktu menjirus badan Aisha menggunakan air.
" Heykal ada pukul cucu nenek ke? Baby bagitahu nenek, Heykal buat apa dekat baby? " Tanyanya lagi apabila soalan yang awal tadi tidak dijawab oleh Aisha.
" Lah... Kenapa menangis pulak ni? " Terkejut dia bila melihat wajah Aisha yang sudah penuh dengan air mata.
" H-heykal, dia c-curang belakang b-baby. " Dan dia terus menghamburkam tangisannya tanpa menghiraukan Hajar Sophia yang sedang melihatnya.
YOU ARE READING
Misi Memikat Miss CEO ✔
RomansFirst romance by rosebiru12. Cover by @rosebiru12 ⚠️Amaran: Jalan cerita agak berbelit-belit, jadi sila ambil risiko sendiri kalau nak baca juga! "Sini biar aku try dia pulak. Kalau dia sangkut dengan aku, kau belanja aku makan selama sebulan." - HE...