Aisha keluar dari bilik mandinya lalu melangkah ke arah wardrobe gergasinya itu. Tangannya di larikan ke setiap helai baju yang tergantung dan terhenti di salah satu dress.
Yup!! Sexy.
Biar lelaki pilihan nenek dan abangnya itu tak berkenan dengannya. Biar lelaki tu tahu yang dia ni bukan perempuan yang baik.
Dia melangkah turun ke ruang tamu. Nampaknya, tetamu nenek dengan abang tak sampai lagi. Heh!! Aisha tersenyum sinis. Diperhatikan raut mukanya yang tidak tercalit sebarang make up itu di cermin besar yang terdapat di sepanjang laluan untuk menaiki tangga. No matter what, Aisha tak kan kahwin dengan lelaki tu, nenek..
" Aisha!!! Kenapa pakai baju macam tu?! Naik atas tukar baju. Pakai baju yang elok sikit. " marah Hajar Sophia.
" No. Aisha tak nak. No matter what, I will see him with this clothes. " Aisha berkata selamba lalu berjalan ke arah ruang tamu.
Kelihatan kelibat Firhad yang sedang kusyuk membaca di iPad nya. Dia, melabuhkan duduk di sofa berhadapan dengan Firhad.
" Tak de baju yang sopan sikit ke Aisha? " tanya Firhad sebaik sahaja dia melihat pakaian Aisha.
" Oh my god!!! Tadi nenek dah tanya. And now, abang pulak tanya. Kan kemarin suruh pakai cantik-cantik. Now, Aisha pakai baju yang paling cantik yang Aisha ada. "
" Abang nak Aisha tuk- " kata -kata Firhad dipotong oleh Aisha.
" Aisha takkan tukar baju. Baju ni okay apa. Kenapa? Lelaki pilihan abang dengan nenek tu ustaz ke sampai Aisha tak boleh pakai baju ni? " Aisha bertanya sinis. Matanya melirik melihat wajah Firhad yang sudah menegang.
" Watch you mouth, Aisha!!! Aisha makin biadap kan sekarang. Apa yang budak Heykal tu dah ajar Aisha hah?! "
" Jangan nak babitkan Heykal dalam hal ni. Abang dengan nenek yang buat Aisha sampai jadi macam ni. Salah ke kalau Aisha nak kahwin dengan pilihan Aisha sendiri?! " dia membentak. Matanya tajam membalas pandangan marah Firhad.
" The thing is, he' s the one wh- "
Ting tong! Ting tong!
Percakapan Firhad terhenti apabila bunyi loceng kedengaran. Dia merengus kegeraman lalu bergerak untuk membuka pintu buat tetamunya itu.
Aisha hanya menjuih bibirnya. Bukan niatnya hendak melawan kata-kata nenek dan abang. Tapi, diorang dah melampau sangat sampai dia terpaksa memberontak.
" Haa. Dah sampai pun Ariz. Aisha, ni lah Ariz. And Ariz, this Aisha my granddaughter. " Hajar Sophia memperkenalkan mereka berdua.
Aisha memandang Ariz lama. Hmm... Muka memang stok-stok lelaki alim. Mungkin sebab ni abang marah dia pakai baju macam ni. Heh, handsome lagi Heykal.
" Hai, Aisha. Nice to meet you. " Ariz menghulurkan tangan kepada Aisha sebagai tanda perkenalan.
" Yeah... Nice to meet you too. " dia menyambut huluran tangan itu dengan acuh tak acuh. Alim apa kalau salam dengan perempuan. Nampak sangat pura-pura.
" Eh, jomlah pergi ruang makan. Nenek dengan Aisha dah masak banyak-banyak dekat Ariz. Bolehla Ariz rasa air tangan bakal isteri Ariz ni. " okay. Nenek menipu. Dia langsung tak tolong apa pun. Jejak dapur pun tak. Yelah, orang tengah memberontak kan?
" Ye? Tak sabar nak rasa masakan Aisha. Mesti sedap kan? " Ariz berkata sambil memandang Aisha. Aisha pula mengalihkan pandangan ya ke arah lain. Menyampah!!!
" Aisha... Kenapa duduk sini? Pergi lah duduk tepi Ariz tu. Tolong cedokkan lauk dekat dia. " Akhirnya... Firhad bersuara.
Aisha hanya menurut tanpa kata. Dia mengambil mangkuk yang berisi nasi lalu dicedokkan ke dalam pinggan Ariz dengan kuantiti yang banyak.
" Eh banyaknya Aisha... Tak larat Ariz nak habiskan nanti. "
" Takpe, nek. Insyaallah boleh ni. Lagipun, Ariz tengok lauk semua sedap-sedap. " Ariz senyum sedikit. Matanya memerhati tangan Aisha yang lincah meletakkan ulam-ulaman dan sambal belacan ke dalam pinggannya. Mak aih... Banyaknya. Dia dah la tak makan ulam dengan sayur.
" Dah. Makanlah. Harap-harap sedaplah ya. Lauk ni semua saya yang masak. Nenek tolong kacau je." Aisha berkata seolah-olah memerli neneknya. Dapat dilihat riak wajah neneknya berubah mendengar katanya itu.
Mahu tak mahu, Ariz terpaksa juga makan segala lauk yang diletak Aisha ke dalam pinggannya. Nak jaga hati orang punya pasal.
❤❤❤
" hmm... Macam mana awak boleh kenal dengan nenek dan abang saya eh? " Aisha bertanya kepada Ariz bagi memecah kesunyian.
Firhad tak sudah-sudah memaksanya untuk keluar berbual dengan Ariz di taman mini villa itu. Dah keluar, sunyi sepi pulak. Haih...
" Ouh... Sebenarnya saya ni cucu kepada salah seorang kawan nenek awak. "Ariz senyum kepada Aisha setelah menjawab pertanyaan itu.
" Okay... By the way, boleh saya tahu, kenapa awak terima rancangan diorang nak jodohkan kita ni? Awak takde girlfriend? "
" Saya terima rancangan seadanya dan saya anggap semua ni dah tertulis. And... Saya takde girlfriend lagi but mungkin akan ada isteri tak lama lagi. " Ariz tersenyum nakal.
Aisha terdiam. Dia ingatkan si Ariz jenis yang pendiam. Rupa-rupanya tak. Tetap bermulut manis macam lelaki-lelaki di luar sana.
Tapi, kenapa dia rasa macam Ariz ni ada tersembunyi. Well, dia kena cari tahu untuk jadikan ianya sebagai bahan utama untuk batalkan perkahwinan ni.
Ariz pula hanya melihat Aisha yang sedang termenung lama itu. Tak lama lagi, dia akan dapat segala-galanya termasuk perempuan di hadapannya ini.
Vote and share. 😊
YOU ARE READING
Misi Memikat Miss CEO ✔
RomanceFirst romance by rosebiru12. Cover by @rosebiru12 ⚠️Amaran: Jalan cerita agak berbelit-belit, jadi sila ambil risiko sendiri kalau nak baca juga! "Sini biar aku try dia pulak. Kalau dia sangkut dengan aku, kau belanja aku makan selama sebulan." - HE...