PIN!!! PIN!!!
Aisha terkocoh - kocoh menuruni tangga rumahnya. Dia mengambil kasut vansnya didalam almari kasut. Dia dah lambat!!
"Kejap Heykal. Saya nak kunci rumah kejap. " Aisha mengunci pintu rumah teres dua tingkatnya itu. Takut kalau-kalau ada penceroboh. Zaman sekarang ni bukan boleh percaya sangat.
"Awak tinggal sorang - sorang ke Aisha. Sebab saya tengok macam takde orang lain je dalam rumah ni. " matanya sudah memerhati ke sekeliling rumah teres Aisha itu. Rumah teres Aisha adalah rumah teres moden. Tak kecik dan tak besar. Sedang-sedang je. Harga pon boleh tahan. Dia ni jual badan ke ape?
"Haah. Saya tinggal sorang je. Maira tinggal dengan family dia. So, dia tak boleh nak tinggal sekali dekat sini. Kadang - kadang, hari minggu adalah juga dia datang tidur sini."
"Ouh.. By the way, cantik awak malam ni." matanya ralit memerhati tubuh Aisha atas ke bawah.Gadis itu hanya mengenakan skinny jeans dipadankan dengan blouse. dan rambutnya dibiarkan terurai.
(Abaikan muka model tu ok? Muka Aisha bukan macam tu. Ikut imaginasi korang :)
Aisha yang perasan akan tingkah laku Heykal berasa agak tidak selesa.
"Hehe, takdelaa. Saya pakai outfit yang selalu saya pakai bila keluar laa."mukanya sudah memerah akibat menahan malu. Tidak pernah lagi dirinya ditilik oleh lelaki seperti itu. Malu.
"Eh, dahla. Jom kita bertolak. Nanti kita sambung balik. "Heykal sudah membukakan pintu kereta buat Aisha. Bagi Aisha, Heykal seorang lelaki yang sangat gentlemen dimatanya.
"Thanks"ujarnya terus memboloskan diri didalam kereta Heykal. Seterusnya, kereta mewah itu terus meluncur laju di jalan raya.
❤❤❤
"AWAK nak makan apa Aisha"mereka sudah berada di Pavilion dan sedang mencari kedai untuk dimakan.
"Erm.. Saya tak kesah. Ikut awak laa nak makan apa. " matanya memerhati ke sekeliling. Manalah tahu kalau - kalau ada barang yang menarik perhatiannya. Dia jarang keluar shopping, dia akan pergi itupun Maira yang paksa. Hahaha.
"Oklah kalau macam tu. Kita pergi makan dekat situ je" Heykal menarik tanganku ke salah satu kedai Italian restaurant franchise iaitu Pastamania restaurant.
Aisha hanya memesan creamy chicken pasta dan jus apple kegemarannya manakala Heykal memesan prawn oglio dan jus kiwi.
"Lepas ni kita nak pergi mana pulak" tanya Aisha sambil menunggu hidangan mereka sampai. Sedikit kekok apabila Heykal merenungnya ibarat hendak memakannya.
"Saya nak belikan awak baju. Nanti kita pergi butik dekat sana tu eh? " didalam kepalanya sudah terbayang reaksi Aisha apabila dia hendak membelikan baju untuk wanita itu.
"Eh, buat apa awak nak belikan saya baju. Dekat rumah saya dah banyak baju laa. " dahinya dikerutkan sambil memandang kearah Heykal.
"Alaa.. Takpe laa. Dekat rumah tu awak beli guna duit awak. Tapi kali ni guna duit saya. Bukan selalu kita dapat keluar macam ni. " sangkaannya meleset apabila aisha seperti tidak mahu dibelikan baju olehnya. Hatinya merasakan bahawa Aisha tidak seperti perempuan yang selalu bersamanya.
"erm.. Oklaa kalau mcm tu. Saya ikut je. " kebetulan seorang waiter datang menghantar makan yang dioder oleh mereka sebentar tadi. Mereka makan sambil berborak dan bergelak ketawa bagaikan sudah lama mereka berkenalan.
❤❤❤
Location Pastamania restaurant tu Nat tak pasti betul atau tak dekat pavilion. Tapi base on apa yang Nat search restaurant tu yang ada dekat pavilion, kl. So, Nat just ambil restaurant yang Nat tengok sesuai.
YOU ARE READING
Misi Memikat Miss CEO ✔
RomanceFirst romance by rosebiru12. Cover by @rosebiru12 ⚠️Amaran: Jalan cerita agak berbelit-belit, jadi sila ambil risiko sendiri kalau nak baca juga! "Sini biar aku try dia pulak. Kalau dia sangkut dengan aku, kau belanja aku makan selama sebulan." - HE...