CHAPTER 4

7.3K 258 2
                                    

"OI, Pikal" Tegur Heykal sambil menepuk lembut bahu sahabatnya itu.

"Hahh, asal? " Entah kenapa tiba-tiba si Heykal ni ajak jumpa. Selalunya sibuk dengan girlfriends dia je.

"Tak, aku nak tanya, kau kenal tak perempuan yang duduk dekat meja hujung tu." Tanya Heykal tanpa selindung.

"Hishh... Kau ni, kan ada dua orang tu. Yang mana satu kau tanya. Yang rambut pendek ke yang rambut panjang?" Tanyanya panjang lebar.

"Yang rambut panjang tu laa." Dipandang Aisha yang putih seperti mat saleh itu. Rambut pun coklat kemerah-merahan dan beralun di bahagian bawah, tinggi, body shape macam model, tapi nak dikatakan fully mat saleh bukan sebab mata dia warna coklat macam orang Malaysia. Maybe kacukan...

"Oohh... Yang tu Aisha Raihana. Dia budak bisness. Asal kau tanya?" Shafikal bertanya dengan mimik muka yang curiga. Tak kan Heykal tangkap cintan dengan Aisha kot. Taste Heykal bukan perempuan macam Aisha.

"Takde apa-apa larhh... Tapi kan, lawa jugak Aisha tu. " Ujarnya sambil tersenyum gatal. Berhajat untuk memiliki Aisha.

"Memang lah lawa, tapi itulah, Aisha tu tak layan lelaki. Aku dah pernah nak masuk line, tapi kena tolak mentah-mentah dengan dia." Dengan muka yang cemberut dia bercerita.

Heykal tergelak sedikit.

" Itu maknanya kau tak power. Sini biar aku try dia pulak. Kalau dia sangkut dengan aku, kau belanja aku makan selama sebulan."

"Okay, boleh! Aku tunggu waktu tu. Aku anggap benda ni satu game. Kalau kau kalah, tu bermakna kau tak power la." Shafikal ketawa mengejek. Tak dinafikan ramai gadis yang meminati Heykal, cuma dia tidak pasti sama ada si Aisha tu akan terpikat ataupun tidak.

"Okay, fine. Aku akan pastikan yang aku akan dapat hati dia dan menang game ni. " Dia tersenyum sinis.

" Kau ada number dia tak. Kalau ada, bagi dekat aku. " Katanya sambil mengeluarkan telefon pintar.

"Eh, ada. Ni number dia 013-5****** "

"Yess.. Thank you, bro. " Ujarnya dan terus berlalu tanpa berpamit dengan Shafikal.

"Kurang ajar punya kawan. Lepas dapat apa yang dia nak dia blah macam tu je." Dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Matanya kembali terhala ke arah meja tadi.

' Huh... Nasib lah kau Aisha. Tapi takpe, janji dia tak kacau yang rambut pendek tu. Yang tu aku punya.' Shafikal berkata didalam hati.

❤❤❤

AISHA duduk di depan meja solek sambil mengeringkan rambutnya. Tiba-tiba terdapat bunyi notification dari telefon pintarnya. Apabila dia membuka app whatsapp, matanya terus tertumpu kepada satu unknown number.

Unknown:
'Hai Aisha.'
'Tengah buat ape tu.. '

Aisha:
'Maaf, ni siapa erk? '

Unknown:
' Awak rasa?'

Aisha:
' Entah '

Unknown:
' Alaa... Ni heykal hakimie la.'

Aisha:
' Ouh.. Ada apa eh awak chat saya?'

Unknown:
' Nak berkenalan dengan awak boleh? '


Berkerut dahinya apabila membaca chat yang dihantar oleh lelaki itu. Tidak dinafikan yang dia sangat terkejut kerana lelaki hot itu mesejnya secara tiba-tiba. 'Siapa yang bagi number aku dekat dia ek?' Dia tertanya-tanya. Lantas, Aisha meng 'off' kan datanya dan berbaring di atas katil tanpa membalas pesanan yang dihantar Heykal. Kantuk mula menguasai dirinya, lalu dengan pantas kelopak matanya ditutup dan terus berlayar ke alam mimpi.

❤❤❤

"HUH... Dia tinggal bluetick!! Takpe. Tengok lah esok, aku akan goda kau habis-habisan". Ujar Heykal sendirian sambil tersenyum sinis.

Dia berbaring di atas katil sambil membayangkan Aisha menjadi miliknya dan dia dapat membuktikan kepada Shafikal bahawa dia boleh menakluki semua perempuan yang dia inginkan.

Misi Memikat Miss CEO ✔Where stories live. Discover now