CHAPTER 2

8.7K 280 3
                                    

KRING!! KRING!!

Tangan Aisha meraba-raba ke atas meja lampu di tepi katil untuk mencari jam locengnya.

"Alamak!! Dah lambat. " Aisha terburu-buru turun dari katil dan sepantas kilat berlari memasuki tandas yang berada di dalam biliknya. Aisha mencapai baju yang telah digosoknya semalam. Setelah selesai bersiap, kereta Proton Axia miliknya dipandu laju ke kolej Tengku Arafiah.

Aisha terkocoh - kocoh berlari apabila mendapati bahawa dirinya sudah lambat memasuki kelas. Dan tiba tiba...

Bukkk!!

"Alamak, sorry awak saya tak sengaja." Kata Aisha sambil mengutip satu persatu buku yang telah jatuh. Aisha bangun dan ingin menyerahkan buku-buku tersebut kepada tuannya namun, Aisha terkedu apabila mendapati bahawa orang yang dilanggarnya itu adalah Heykal Hakimie.

"Eh, takpe-takpe. Salah saya jugak main phone sambil berjalan. Erk..
Okaylah, saya pergi dulu." Balas Heykal dengan senyuman yang menawan.

Aisha hanya tersenyum manis sambil matanya monyorot mengikuti langkah Heykal. Tiba-tiba, dia baru menyedari bahawa dirinya sudah lambat untuk memasuki kelasnya.

' Matilahh aku 'Aisha bermonolog di dalam hati sambil mengetuk pintu kelas tersebut.

"Aisha Raihana!!! Kenapa awak lambat? " Tanya sir Zakwan yang wajahnya telah dimamah usia.

"Maafkan saya, si-sir. Saya a-ada masalah si-sikit tadi." Ujarnya tersekat-sekat.

"Nevermind, awak boleh masuk dan duduk." Arah sir Zakwan kepadanya.

'Fuhh!! Nasib dia tak marah.' Katanya didalam hati. Selepas itu, kuliah perniagaan tersebut berjalan dengan lancar tanpa gangguan.

❤❤❤

SETELAH tamat kuliahnya, Heykal menghampiri keretanya lalu memboloskan diri ke dalamnya. Ketika Heykal menunggu enjin keretanya panas, wajah gadis yang melanggarnya pagi tadi berlegar-legar di ruang mata.

"Hmm... Cantik. Rambut warna coklat kemerah-merahan. Dia warnakan atau ori, eh? Bibir dia pun sexy. Boleh try ni. " Ujarnya sendirian sambil tersengih sinis.

Heykal tersedar apabila cermin keretanya diketuk berkali-kali. Dia menurunkan cermin keretanya lalu mengukirkan senyuman manis kepada si gadis yang mengetuk cermin keretanya tadi.

Dia ialah salah seorang gadis yang pernah menjadi teman wanitanya. Yup, dia mempunyai ramai kenalan wanita. Mereka pun tak kisah dan tahu yang seorang Heykal ni adalah playboy terkenal. Ditambah pula daddynya, Tan Sri Haris Hisyam ialah seorang tokoh korporat yang terkenal di Malaysia. Hal itu semakin membuatkan dirinya dikenali dan diminati ramai.

"Hai, baby. Come, masuk dalam kereta I." Gadis yang bernama Amani itu terus memboloskan tubuh badannya didalam kereta Heykal. Heykal tahu, perempuan-perempuan yang pernah menjadi girlfriendnya hanya mahukan duit. Sama sahaja seperti wanita di sebelahnya ini.

"Sayang... Erm, you teman I pergi shopping boleh tak? " Amani bertanya sambil jarinya dimainkan di lengan Heykal.

Nak membodek lah tu. Nak suruh dia bayar barang yang dia shopping! Tapi takpe, mungkin ni kali terakhir dia menghabiskan wang untuk perempuan ini.

"Of course, baby. Kita pergi Pavillion eh? " Cadang Heykal kepada Amani. Amani hanya mengukirkan senyuman tanda setuju dengan keputusan Heykal.

"Okayy... Let's go. " Lalu kereta Audi putih itu laju membelok keluar dari perkarangan kolej Tengku Arafiah diikuti dengan lirikan mata gadis-gadis yang ingin mendampinginya.

Misi Memikat Miss CEO ✔Where stories live. Discover now