Aisha termenung mengingati keadaan di Malaysia. Kalau nak diikutkan hari ini adalah harini konvokesyen di Kolej Tengku Arafiah. Hurm.. Rindunya Malaysia. Rindu Maira. Kalau Heykal tak buat dia macam ni, mesti sekarang dia tengah naik ke pentas mengambil sijil dia. Ambil gambar sama-sama dengan Maira sambil pakai jubah konvo. Hurm..
Tentang keberadaannya pun tidak diberitahu kepada Maira. Contact dengan Maira pun tak. Bukan dia tak percayakan Maira. Tapi, dia takut Maira terlepas cakap. Hancur hidupnya yang kian pulih ini kalau Heykal tahu keberadaanya. Biarlah. Nanti bila dia dah bersedia, baru dia contact dengan Maira.
Lagipun Firhad,abangnya telah menukar number telefonnya dan membeli telefon pintar baru buatnya. IPhone X kot dia beli bagi. Gila nak tolak. So, dia buat keputusan untuk menghilangkan diri dari semua kenalannya di Malaysia.
Sampai bila? Dia tersenyum sinis. Mungkin sebulan. Mungkin setahun. Dua tahun. Ataupun selamanya. Entahla. Buat masa ni dirinya masih tak dapat terima semua ni. Mungkin nanti bila dia dah bersedia dan dapat menerima peristiwa tersebut, baru dia akan pulang ke Malaysia. Tapi tu lah, dia tak rasa yang dia nak pulang ke Malaysia dalam masa terdekat ni.
"Baby. Kusyuknya.. Termenung pikirkan apa tu, hurm? Cuba cerita dekat abang. " entah dari mana Firhad datang, tiba-tiba duduk di sebelahnya. Abangnya ini memang tak sah hidup dia kalau sehari tak kejutkan dia. Nasib dia takde penyakit lemah jantung.
"Hurmm..Baby sedih. " Aisha bersuara lirih. Sengaja nak bermanja dengan Firhad kejap. Bukan selalu. Lepas ni Firhad mesti sibuk dengan guaman dia.
"Sedih kenapa. Duit belanja tak cukup? Tak cukup kasi tahu. Abang tambah." kenapa pula adiknya yang seorang ni sedih. Haihh.. Macam-macam. Nasib sayang.
"Tak. Bukan sebab tu. Tapi sebab harini majlis konvokesyen kolej baby. "air mata dah mula bergenang. Makin sensitif dirinya sekarang. Air mata pun senang je nak turun. Tak boleh sedih sikit, mula la nak nangis. Mungkin tempias dari peristiwa tu kot.
"Alolo. Baby sedih sebab tak dapat naik pentas ambil sijil eh? Takpe, nanti sijil tu abang minta pihak kolej hantar sini, okay? Dah.. Takmo sedih-sedih macam ni. Tak cantik. " Firhad tergelak perlahan. Ingin mengembalikan mood Aisha yang merudum tadi. Tak best pula tengok Aisha sedih-sedih ni.
"Really. I love you abang. Abang.. Apa kata petang ni abang bawa baby pusing-pusing Aussie ni. Sejak baby balik sini abang asyik sibuk je. Tak layan baby pon. Nenek asyik dengan persatuan dia. Mentang-mentang lah baby dah nak ambil alih syarikat bulan depan, nenek dah lupakan baby. Boleh eh, abang? " Aisha dah mula buat puppy eyes dekat Firhad.
Alahaii, Aisha.. Cepat je mood dia berubah. Dia dah mula dengan celoteh dia pulak. Jenuh nak dilayannya.
"Ye sayang.. Petang ni kita pergi eh? Lagipun harini dengan esok abang free je. Kita jalan puas-puas eh. " dia menarik Aisha masuk kedalam pelukannya. Kepala Aisha disandarkan ke dadanya. Sayang adik abang yang sorang ni.
"Yeayyy!!! Sayang abang.
❤❤❤
Maira duduk termenung di suatu sudut di dalam dewan kolej. Bosan. Lepas mengambil gambar dengan rakan secourse -nya dia terus duduk di situ. Dia rindukan Aisha. Sahabatnya yang satu itu menghilangkan diri. Balik-balik dari kampung, dia dikhabarkan bahawa Heykal telah putus dengan Aisha.
Dia dah Agak. Heykal cuma nak permainkan perasaan Aisha je. Dia pergi rumah sewa Aisha. Tapi jiran Aisha bagitahu yang Aisha dah tak menyewa dekat situ dah. Now, majlis konvo pun dia tak datang. Huh..
"Hai Maira. "serentak itu bunyi kerusi ditarik. Bunyi macam dua buah kerusi, entahla.
Sebaik sahaja dia mengangkat kepalanya, wajah Shafikal dan Heykal tertayang di depan mata. Aduhh!! Bala dah datang.
"Hai. Apa korang nak? Tak puas sakitkan hati Aisha lagi ke, Heykal? "Maira bertanya sinis. Kisah apa dia, anak orang kaya ke, apa ke, yang penting dia puas.
"Chill lah Maira. Kitorang datang just nak tanya something. Kau tahu tak sekarang ni Aisha dekat mana? " Heykal cuba untuk bergurau dengan Maira namun tetap terselit kehambaran.
"Entah. Aku pun tak tahu. Dia tak de contact aku pun sampai hari ni. Apa kau dah buat dekat dia sampai dia lari? " ujarnya senada sambil matanya melirik ke arah Shafikal yang berdiam diri sejak tadi.
"Ak.. Aku tak buat apa-apa pun dekat dia. "
"Dah tu, tak kan disebabkan korang break je dia lari. Aisha yang aku kenal tak sebodoh tu la. "dia mengherdik Heykal. Dah la patahkan hati kawan aku, boleh pulak dia datang tanya Aisha dekat mana. Huh!!
"Erkk.. "Heykal terkedu. Dia tahu itu salahnya. Tapi dia takkan sekali-kali memberitahu apa yang telah dilakukan olehnya kepada Aisha kepada Maira. Bukan Maira sahaja malah semua orang kecuali Shafikal.
Sorry sebb dh lama tk update. 😅😅
YOU ARE READING
Misi Memikat Miss CEO ✔
RomanceFirst romance by rosebiru12. Cover by @rosebiru12 ⚠️Amaran: Jalan cerita agak berbelit-belit, jadi sila ambil risiko sendiri kalau nak baca juga! "Sini biar aku try dia pulak. Kalau dia sangkut dengan aku, kau belanja aku makan selama sebulan." - HE...