"HELLO, abang. Ada apa call baby ni.. " tanya Aisha pelik. Abangnya iaitu Firhad Amran ni, bukan selalu menelefonnya. Asyik sibuk dengan guamannya sahaja.
Abangnya memilih untuk membina guaman dengan hasil titik peluh dirinya. Firhad memang tidak berminat sesuatu yang melibatkan business. Oleh itu, tinggal Aisha sahaja yang menjadi waris syarikat neneknya itu.
"Saja je.. Abang rindu baby la. Lama tak jumpa. Esok abang fly balik Malaysia tau, nak jenguk adik abang ni. Kebetulan abang memang nak bercuti. " dia menunggu balasan daripada adiknya apabila menyatakan perkara tersebut. Mesti baby merajuk.
"What!!! Abang fly esok, harini baru bagitahu baby. Sampai hati abang. Baby nak merajukla."memang abangnya selalu memanjakannya dengan memanggil baby kepadanya. Dirinya juga sudah terbiasa dengan panggilan itu.
"Alaa.. Abang saja je nak surprisekan baby abang ni.. Janganlaa marah, nanti tak cantik. Dah,tak nak merajuk - merajuk."Firhad berkata disusuli gelak ketawa.
"Oklaa, Baby tak jadi nak merajuk.. Esok abang nak baby ambil pukul berapa. Baby pergi ambil abang. " ujarnya teruja.
"Erm... Bila abang sampai, abang call baby ok. Oklaa baby, abang nak kemas barang kejap. Tak sabar nak jumpa adik abang ni. Bye, baby."
"Orite.. Nanti call eh. Bye, abang. Love you. "
Aisha menekan butang end call apabila selesai bercakap dengan abangnya itu. Tak sabar nak jumpa abangnya yang satu itu. Firhad dan nenek saja la tempat dia bermanja.Dia dan abangnya kehilangan ibubapa akibat kemalangan jalan raya ketika abangnya berusia 10 tahun, manakala dirinya berusia 5 tahun. Sejak itu, nenek mengambil mereka berdua dan dibawa ke Australia.
Dia juga berasa lega kerana malam ini tiada gangguan daripada heykal. Dia telah memblock lelaki itu agar lelaki itu tidak dapat menelefonnya. Takpela, yang penting esok dia kena ambil abangnya dekat airport. Tak sabar!!
❤❤❤
"Abangg... " Aisha berlari - lari anak dan terus memeluk abangnya itu.
"Abang rindu dekat baby.. Baby nampak makin cantiklahh. "Firhad terus mencium pipi adiknya itu.
"Eee.. Abang ni. Malulaa orang tengok. " dia mengelap pipinya itu. Acah - acah geli je sebenarnya. Hehe.
"Eh, mengada. Dah la, jom kita balik. Abang rindu nak makan masakan baby abang ni. "tangan kiri Firhad memeluk pinggang Aisha manakala sebelah lagi menolak troli bagasinya.
"Boleh. Tapi baby pandai masak maggie je. Abang nak ke? "
"Eeii... Perempuan saja la budak ni. Masak pun tak pandai. Dah, kita singgah restoren mana-mana je nanti. " geram dengan Aisha. Orang nak rasa betul-betul, dia main-main pulak.
"Yeayy... Abang belanja. "
Lalu, mereka berjalan keluar sambil bergelak ketawa.❤❤❤
HEYKAL menunggu ketibaan daddy nya itu dengan sabar. Daddy pulang dari outstation hari ini. Sudah setengah jam dia tunggu, tapi kelibat daddy tetap tidak kelihatan.
"Hei, anak daddy. Lama dah tunggu. "tanya Tan Sri Yusof kepada anak tunggalnya itu.
"Setengah jam dah daddy. Penat tau Kal tunggu daddy. "Heykal berkata manja.
"Alahh.. Bukannya duduk tengah panas. Flight delay tadi. Ada - ada je kamu ni. " Heykal memang manja apabila berada dengan dia dan isterinya,Puan Sri Qairina. Mungkin faktor anak tunggal dan sering dimanjakan oleh dia dan juga isterinya.
Mata Heykal menangkap kelibat seperti Aisha dan seorang lelaki.
"Daddy pergila masuk kereta dulu. Kal nak pergi beli coffee kejap. "tanpa mendapat keizinan daddy nya, dia terus pergi kearah Aisha. Ya, memang betul tu Aisha.
Tan Sri Yusof hanya menggeleng - gelengkan kepalanya apabila anaknya itu telah hilang dari pandangan. Dia terus menolak bagasinya ke kereta anaknya.
Mata Heykal terbuntang apabila melihat seorang lelaki telah mencium pipi Aisha. Jantungnya sudah berdegup kencang. 'Siapakah lelaki tu?'
Heykal bercakap didalam hati. Lelaki itu meraih pinggang Aisha, dan Aisha hanya tersenyum manja. Mereka berjalan sambil bergurau senda."Tak guna punya jantan. Kau tahu tak Aisha tu aku punya. Aku kena buat Aisha jadi milik aku. Milik aku selamanya. " bibirnya tersenyum senget. Pandangan orang - orang yang melihatnya dengan pelik itu diabaikan.
Dia terus pergi kearah keretanya dan memandu pulang. Di kepalanya sudah terbayang rancangan yang dirancangnya itu. Rancangan yang akan membuatkan Aisha menjadi miliknya selama - lamanya.
YOU ARE READING
Misi Memikat Miss CEO ✔
RomansaFirst romance by rosebiru12. Cover by @rosebiru12 ⚠️Amaran: Jalan cerita agak berbelit-belit, jadi sila ambil risiko sendiri kalau nak baca juga! "Sini biar aku try dia pulak. Kalau dia sangkut dengan aku, kau belanja aku makan selama sebulan." - HE...