" Heykal, sini kejap. Daddy nak cakap sikit. " Heykal yang sedang berjalan menuruni tangga melangkah ke sofa dimana daddy nya sedang berada. Dengan surat khabar ditangan dan kaca mata di atas batang hidungnya, sudah dapat diagak bahawa ada benda penting yang hendak dicakapkan.
Aduh!!! Apa lagi daddy ni.
" Yes, daddy. Ada apa daddy panggil Kal ni. Kal nak cepat sekarang ni. " ya. Sedikit sebanyak dia sudah berjaya melupakan Aisha. Bukan hendak dilupakan terus. Dia hendak melupakan sementara dia hendak belajar, dan bila dia dah stabil, dia akan cari Aisha balik. Sampai jumpa. And waktu tu, dia tak akan lepaskan Aisha.
"Kal nak pergi mana? " tanya Tan sri Haris Hisyam. Gayanya memang menunjukkan bahawa dirinya adalah seorang CEO yang berkarisma.
" Kal nak keluar lepak dengan Pikal kejap daddy. Kenapa ni daddy? " ujarnya terburu buru. Aduhh... Dia dah lambat 10 minit ni. Nak drive lagi. Kang membebel si Pikal tu. Pikal tu dah la membebel kalah mak nenek. Bernanah lah telinga aku dengar dia membebel.
"Ohh.. Daddy sebenarnya nak tanya, pHd nanti Kal still nak ambil course medic ke. Tak nak tukar ambil business? "
"Sorry, daddy. Kal tak minat business la. Kal lebih suka medic. Nanti Kal dah ready nak ambil syarikat daddy Kal bagitahu ok." ini yang dia tak suka ni. Tapi, nasibnya baik kerana daddy tidak memaksanya.
Dia tidak meminati business. Dia lebih suka akan bidang medical. Dari kecil cita-citanya hendak menjadi doktor. Dan sekarang, dia tak akan mensia-siakan peluang itu. Daddy pun tidak menghalangnya, cuma daddy berharap suatu hari nanti dia akan mengambil alih syarikat itu juga.
" Yelah yelah. Nanti Kal dah puas jadi doktor, Kal bagitahu daddy. Daddy sedia nak serahkan company daddy dekat Kal." Tan Sri Haris Hisyam terpaksa mengalah dengan anak tunggalnya itu. Dia sudah tidak mempunyai waris yang lain kecuali Heykal. Tapi, Heykal pula tidak bersedia untuk mengambil syarikatnya lagi.
❤❤❤
" Bro. Sorry lambat. Ada hal sikit tadi. " jangan si Pikal ni membebel sudah. Bingit telinga dia lagi.
" Kau ni memang kan. Salam tak bagi, apa tak bagi, tiba-tiba je datang. Dah la lewat. Inilah, janji lain tapi datangnya lain. Nak dekat 1 jam tau, aku tunggu kau. Nih.. Teh tarik ni, dah nak masuk dua cawan tau. Aku tak kira, kau kena belanja aku malam ni. " kan dah cakap. Dia akan membebel, ditambah lagi dengan nak kena belanja. Adoiii, menyesal pulak datang lambat.
" Hehe. Macam lah tak biasa." malas hendak memanjangkan cerita, dia terus memanggil waiter. Perut pun dah berdondang sayang ni.
" Amacam kau. Dah okay? Dah boleh lupakan Aisha buat sementara waktu? Takde dah kan kes tak nak makan? Mandi pun on time kan? " tanya Shafikal setelah membuat pesanan. Sempat lagi diperlinya Heykal.
" Aku rasa aku boleh lupakan dia buat sementara waktu ni. Tapi, sementara waktu ni je. Sampai aku berjaya jadi doktor, then I'll find her again. And waktu tu, aku tak akan lepaskan dia lagi. " ujarnya penuh azam. Perlian Shafikal dibuat tak dengar. Malas nak layan.
" Yes. Macam tu la kawan aku. Tak mudah putus asa. Fighting. " Pikal cuba memberikan semangat kepada Heykal. Dia tahu yang bukan senang kawannya itu hendak melupakan Aisha. Mungkin ni karma sebab Heykal suka mempermainkan perempuan dulu.
❤❤❤
"Baby abang ni dah sedia ke nak jadi ceo esok? " Firhad masuk kebilik Aisha. Dia melihat Aisha yang sedang menayang-nayangkan baju di tubuhnya. Ialah, disebabkan esok adalah majlis perlantikan ceo baru, iaitu Aisha, dia harus kelihatan elegan dan berkeyakinan di mata orang ramai. Tak nak la nanti timbul gosip liar yang cucu Hajar Sophia merangkap ceo baru Valley's Holding selekeh.
"Eh, abang. Aisha dah ready. Tak sabar tunggu esok. Aisha akan jadi ceo perempuan yang pertama di company nenek. Bukan saja perempuan, malah muda lagi. " ujar Aisha sambil membuat muka bongkak kepada Firhad. Acah je.. Bukan selalu kan?
" Yelah, Babyku sayang. Apa-apa pun, I wish good luck for you. Nanti atas stage, jangan buat muka takut. Baby kena yakin dengan diri Baby. Cara jalan pun sama. Kena jalan dengan penuh keyakinan. Confident of yourself. " cuba memberikan adiknya kata-kata semangat. Bukan senang nak jadi ceo di usia yang muda.
"Ye, abang. Baby tahu. Baby dah berlatih dah semua tu. Now, baby nak abang tengok baju mana yang sesuai untuk baby pakai esok. Abang tolong,eh? " ujarnya Aisha sambil mengaju-ajukan baju ke tubuhnya. Meminta komen daripada abangnya.
" Wait baby, wait. Yang tadi tu cantik la baby. Yang dekat atas katil tu. " jarinya menghala ke atas katil.
" Hurm.. Cantik jugak. Pandai abang pilih. Macam ni lah abang baby. " Aisha berkata teruja. Tak sabar. Memang dari kecil lagi dia sudah meminati akan perniagaan. Dan tak sangka dia akan menjadi seorang ceo dalam umur 22 tahun.
"Heh!!! Tengok kaki la, baby. " Firhad tersenyum sinis.
"Kaki nak buat apa. Ni baju bukan kasut. " Aduh!! Lawaklah abangnya, ini. Dia faham maksud tengok kaki abangnya itu, cuma saja dia nak mengusik abangnya itu.
"Cehh... "
YOU ARE READING
Misi Memikat Miss CEO ✔
RomansaFirst romance by rosebiru12. Cover by @rosebiru12 ⚠️Amaran: Jalan cerita agak berbelit-belit, jadi sila ambil risiko sendiri kalau nak baca juga! "Sini biar aku try dia pulak. Kalau dia sangkut dengan aku, kau belanja aku makan selama sebulan." - HE...