CHAPTER 14

7.2K 238 0
                                    

Lapangan Terbang Antarabangsa, Melbourne airport, Australia.

Setelah 7 jam 40 minit berada di dalam pesawat, akhirnya Aisha dan Firhad selamat sampai ke negara kelahiran mereka. Australia. Tempat di mana terletaknya rumah agam mereka sekeluarga, dan tempat mereka membesar.

Tidak sampai lima minit menunggu, kelihatan sebuah teksi berhenti dihadapan kami berdua. Firhad memberitahu destinasi mereka kepada pemandu teksi tersebut.

" Are you coming for honeymoon,sir? " pemandu teksi itu bertanya. Mereka sudah terbiasa dengan keadaan itu, di mana pemandu teksi sangat ramah dan tidak kekok bertanyakan soalan-soalan kepada pelancong.

" Hahaha. Nope. We are siblings. Why? Are we both look like a husband and wife? " kelakar apabila pemandu teksi tersebut menganggap mereka sebagai pasangan suami isteri. Mungkin mereka nampak macam sebaya.

" Owh.. I'm sorry, sir. I'm just misunderstanding. By the way,you and your sister is very gorgeous."

" Thank you"

Firhad dan pemandu teksi itu rancak berborak manakala Aisha yang keletihan telah tertidur di bahu Firhad. Penat dengan dugaan yang melanda dirinya. Huh..

❤❤❤

" Assalamualaikum, nenek.. see who's come with me. It's very big surprise for you. " Firhad dengan teruja menerjah neneknya yang sedang memanjakan bunga-bunganya di belakang rumah agam itu. Aisha pula naik ke atas untuk meletakkan barangnya bersama bibik.

" Who's come with you boy. Surprise apa ni, hum? "

" Kejap eh nenek? Fir naik atas ambil surprise untuk nenek tu. Hehe. "

Hajar Sophia hanya menggelengkan kepala melihat kerenah cucu lelakinya itu. Kalau ada cucu perempuannya Aisha, pasti rumah itu semakin meriah.

" Here we go. Tadaaaa. My only little princess and only your beloved grandaughter. Surprise for you. " Firhad turun kembali setelah memanggil Aisha di atas.

" Oh my god, nenek. I really miss you. " Aisha terus memeluk neneknya yang kelihatan kaku sambil menitiskan air mata. Baru tadi dia teringatkan Aisha. Tup-tup dah muncul depan mata.

"Baby... Akhirnya baby balik jugak. Kenapa tak inform dekat nenek dulu, hum? Kalau tak nenek boleh masak yang sedap-sedap dekat Aisha. Kemaskan bilik Aisha elok-elok. " Hajar sophia berkata teruja. Teruja kerana dapat melihat cucu perempuannya di depan mata.

" Aihh... Nenek. Aisha je ke yang nenek nak masakkan. Dekat Fir nenek tak nak masak ke? Humm.. Sampai hati nenek. " sengaja ingin bermanja-manja dengan nenek.

Aisha tergelak melihat rajuk abangnya itu. Sekurang-kurangnya, kesakitan yang dialaminya berkurangan apabila berada di samping keluarganya.

" Alolo. Fir pun cucu nenek. Mestilah nenek akan masakkan. Jom kita masuk makan dulu, tapi masakan bibik la. Malam ni baru nenek masak, okay? Cakap je nak apa, semua nenek masak. "

" Wahhh... Seronoklah kalau macam tu. Aisha nak daging masak hitam buatan nenek tersayang. Lama tak rasa. " Aisha seakan-akan lupa kesakitan yang dialaminya. Keputusannya untuk pulang ke Australia tersangatlah tepat.

Firhad tersenyum gembira. Senang hati melihat adiknya kembali tersenyum.

" Tapi.. kenapa dengan mata, Aisha sayang. Teruk nenek tengok. Aisha tidur pakai contact lense lagi ke? "

" Erk... Haah nenek. Aisha terlupa nak buang dulu sebelum tidur. Sorry. I won't do it again. Dahla.. Aisha lapar, nak makan. Jom kita masuk abang, nenek. " Aisha berdalih kerana tidak mahu disoal lebih banyak oleh neneknya itu.

" Hmm.. Yelah. Jom Firhad"

Misi Memikat Miss CEO ✔Where stories live. Discover now