" Baby. Ada orang nak jumpa dekat luar. " kata Firhad.
Malam ni dia balik ke villa mereka. Saja nak tidur sini. Lagipun esok hari Ahad. Hujung minggu. So, boleh lah dia lepas rindu dekat nenek dengan abang.
" Siapa, bang ? Asal abang tak ajak dia masuk ? "
" Ehh, abang dah ajak lah. Tapi dia tak nak. Dia cakap nak ajak baby keluar. "
Firhad memberitahu. Tangannya ligat menekan-nekan butang remote TV." Takpe lah. Baby pergi jumpa dia jap. "
Tanpa berlengah, dia terus bangun lalu menuju ke arah pintu utama.Aisha menguakkan pintu lalu matanya terarah kepada Heykal yang sedang berbual dengan nenek -nya itu. Bukan main lebar lagi senyuman nenek. Entah apa la yang si Heykal tu cerita dekat nenek. Haih... Heykal ni memang lah.
" Heykal. Ada apa awak datang malam-malam ni ? " ujarnya seraya melabuhkan duduk di tepi nenek dan dihadapan Heykal.
" Erm... Saya nak ajak awak keluar. Lagipun, saya dah tanya nenek and nenek cakap okay. Kan, nenek ? "
Aisha mengerutkan dahinya bila Heykal memanggil nenek -nya 'nenek'.
" Haah, Baby. Heykal ada mintak izin nak bawak baby keluar dan nenek izinkan. Tapi jangan balik lewat sangat. Boleh, Heykal ? " Hajar Sophia bertanya kepada Heykal pula.
" Boleh, nenek. Sebelum pukul 12 saya hantar Aisha balik. Nenek jangan risau " Heykal senyum manis kepada nenek. Nak pikat cucu kena lah pikat neneknya dulu.
Dahi Aisha semakin berkerut. Kenapa dia tak diberi pulang untuk bercakap ni ? Dia ada cakap yang dia setuju nak keluar dengan Heykal ke tadi ?
" Baby, pergi naik atas, bersiap. Tak baik buat orang tertunggu-tunggu. "
" Tapi nenek, baby tak cakap pun yang baby setuju nak keluar dengan Heykal." Aisha berkata serius.
" Lahh... Dah kenapa pulak tak setuju nak keluar dengan boyfriend sendiri. Baby jangan risau, nenek dah tau dah, Heykal bagitahu nenek tadi. " Hajar Sophia berkata sambil tersenyum-senyum.
" Bagitahu apa nenek ? And, siapa boyfriend Aisha ? Aisha mana ada boyfriend lah nenek. " Aisha memprotes. Dijeling tajam Heykal yang dari tadi memerhati mereka.
" Aisha... Dengar cakap nenek. Pergi naik atas, bersiap. Jangan nak malu-malu dengan nenek. Nenek tak marah pun Aisha bercinta dengan Heykal. Now, go upstairs and tukar baju. " Hajar Sophia menolak lembut badan Aisha supaya berdiri. Kalau tak dipaksa, tak keluar lah diorang jawabnya. Malu sangat nak bagitahu yang diri tu dah ada boyfriend.
Aisha menghentakkan kakinya lalu menjeling ke arah Heykal. Heykal hanya tergelak kecil melihat muka masam Aisha. Tak sangka yang nenek Aisha ni sporting.
❤❤❤
" Aisha... Smile please. Tak seronok la keluar kalau muka masam-masam. " Heykal menegur Aisha.
" Biarlah. Siapa suruh awak nak keluar dengan saya. " Aisha menjeling Heykal tajam.
" Auchh. Janganlah jeling-jeling saya macam tu. Tergoda saya tau tak ? " ujar Heykal sambil tersengih-sengih.
" Eeiii... Bila masa pulak saya goda awak. Dah la, drive elok-elok. Kang excident pulak. Saya tak nak mati lagi sebab saya tak kawin lagi. " Aisha memeluk tubuh. Mukanya dipaling keluar tingkap.
" Kalau macam tu, awak kahwin la dengan saya. " Heykal menggenggam tangan Aisha, lalu mencium lembut tangan Aisha.
" Tak nak lah saya kahwin dengan awak. Dah la playboy. Huh!! "
YOU ARE READING
Misi Memikat Miss CEO ✔
RomanceFirst romance by rosebiru12. Cover by @rosebiru12 ⚠️Amaran: Jalan cerita agak berbelit-belit, jadi sila ambil risiko sendiri kalau nak baca juga! "Sini biar aku try dia pulak. Kalau dia sangkut dengan aku, kau belanja aku makan selama sebulan." - HE...