CHAPTER 37

5.4K 236 2
                                    

" Maaf mengganggu Miss Aisha. Saya ada benda yang nak dibincangkan dengan Miss Aisha. " ujar pembantunya.

" Ouh, sure. Apa yang nak dibincangkan tu Farah? " tanya Aisha sambil membetulkan duduknya.

" Sebenarnya, setiap tahun company kita akan adakan family day. Dan tahun ni company kita tak buat lagi acara tu. So, apa pendapat Miss Aisha. Miss ada cadangan tak dekat mana yang patut kita adakan family day tu? " tambah Farah lagi.

" Erm... Sebelum ni, siapa yang arrange semua benda ni? " tanya Aisha.

" Sebelum ni Puan Maria, Miss. Tapi sekarang dia tengah cuti bersalin. "

" Ouh okay. Hm... Saya rasa kalau dekat Port Dickson sesuai kot. Ada pantai. So, kita boleh lah buat aktiviti berkaitan dengan pantai ni. Pasal transport jangan risau. Yang tu, company tanggung seratus peratus. " ujar Aisha sambil tersenyum.

" Okay. How about tema waktu dinner dekat sana nanti? "

" Yang tu nanti kita adakan mesyuarat. Kita minta pendapat staff. Kalau tema yang diorang cadangkan tu sesuai, kita proceed- kan terus tema tu. "

" Alright Miss. Thank for the opinion. Saya keluar dulu. " ujar Farah setelah selesai mencatat apa yang patut didalam iPad nya.

" Sure and you' re welcome. " Aisha senyum sambil matanya melorot mengikut langkah Farah yang keluar dari biliknya.

❤❤❤

" Semua dah ada ke? Nanti kang ada yang tertinggal pula. " Tanya Aisha kepada pekerja- pekerjanya.

" Semua dah ada Miss. Diorang sangat nak pergi Port Dickson, tu yang semua datang awal. " Jawab Farah sambil tergelak kecil.

" Hahaha. Baguslah kalau macam. Boleh lah kita bertolak awal. Nanti sampai awal sikit. " kata Aisha.

" Boleh Miss. Miss masuklah dulu. Panas ni. "

" Okay. Thanks ya Farah. " ujar Aisha lalu terus baik ke atas bas yang disediakan untuk ke Port Dickson.

Jadi seorang CEO ni, tak perlu nak berlagak sangat. Kena lah beramah mesra dengan staff- staff jugak.

❤❤❤


Setelah sampai di Port Dickson, mereka berehat sebentar dan akan memulakan aktiviti pada waktu petang. Dan, sekarang mereka sedang berada di tepi pantai untuk bermain volleyball.

Aisha yang tidak mahu ikut serta, terpaksa juga mengambil bahagian kerana banyak staff yang menyokongnya untuk bermain. Haih... Terpaksa.

Akhirnya, kemenangan berpihak kepadanya. Kumpulan mereka menang dengan mata 10 - 6. Jujur, ini kali pertama Aisha berasa sangat gembira sepanjang dia berada di Malaysia.

" Eh, saya balik bilik dulu. Nak rehat kejap. " kata Aisha.

" Okay, Miss. Tapi, jangan lupa yang malam ni dinner. " ujar Amir, salah satu staff Aisha.

" Eh, mana boleh lupa. Korang jangan lupa pakai cantik - cantik tau. Malam ni ada hadiah untuk siapa yang paling cantik dan paling handsome. "

" Eh, of course. Lagipun, mana lah tau kalau - kalau terjumpa jodoh ke dekat event tu. " ujar Misha sambil tersengih.

" Hahaha. Apa- apa je lah, Misha. Okaylah, saya pergi dulu. "jawab Aisha lalu terus berlalu pergi.

" MISS AISHA, meja miss berada di hadapan sekali bersama ahli- ahli korporat yang lain. " ujar pekerja hotel yang sedang bertugas itu.

" Okay. " Aisha terus berlalu pergi ke meja paling hadapan. Apabila sampai, dia terus melabuhkan duduk lalu senyum kepada muka-muka yang ada di situ.

" Glad to see you, Miss Aisha. " ujar salah seoarang lelaki yang berada di meja itu.

" Yeah. Glad to see you too. By the way, janganlah formal sangat. Kita bukan dekat majlis formal. Kita just dekat majlis untuk family day. So, just call me Aisha. "

" I suka dengan personaliti you ni, Aisha. Walaupun ada pangkat CEO, you tetap tak sombong. Anyway, thank for the invited. " salah seorang perempuan yang bernama Qiara pula mencelah.

Aisha hanya tersengih.

" Takde yang nak dibanggakan sangat pun dengan pangkat tu. Kita semua manusia. Tak kiralah miskin ataupun kaya, semua sama ja. " kata Aisha lagi.

" Betul, tu. Eh, wakil dari HH Holding memang tak sampai lagi ke atau tak datang? " tanya Datuk Ramzi. Perwatakannya agak tegas, tetapi mempunyai hati yang sangat mulia.

" Rasanya, on the way kot Datuk. Sebab Encik Heykal tak menginap sini. Dia datang dari KL terus ke sini. "

Semua yang berada di meja itu terangguk-angguk. Siapa je yang tak kagum dengan lelaki itu. Muda-muda dah dapat gelaran CEO. Tak sombong pula tu.

Aisha hanya tersenyum nipis mendengarkan perbualan mereka. Tiba-tiba teringat akan kata-kata neneknya.

' Nenek suka kalau Aisha dengan Heykal'

Haih... Dah la, Aisha. Jangan ingat pasal dia lagi. Fokus dekat majlis. Jangan sesekali jatuhkan reputasi company.

Tak mahu berfikir tentang perkara tersebut lagi, Aisha terus mencelah di antara perbualan ahli-ahli korporat lain yang berada di meja tersebut. Tak nak fikir pasal Heykal!!


❤❤❤



Aisha memerhati ke sekeliling dewan hotel itu. Dia sebenarnya tak selesa. Mata Heykal dari tadi lagi asyik melekat dekat dia. Hesyy, rimas!!

Bila dia pusing ke depan, dahinya berkerut bila Heykal dah takde dekat meja tu.

" Hai, sayang. Find me? " kata Heykal sambil tersenyum manis.

" Erghh... Awak nak saya mati awal ke hah? " Aisha menjeling Heykal.

" Hehe, sorry. Eh, jom ikut saya kejap. " tanpa kata, dia terus menarik tangan Aisha keluar dari dewan hotel itu.

Aisha yang terkejut akan tindak Heykal hanya diam mengikuti Heykal.
Mereka diam beberapa minit sebelum Heykal berhenti di suatu tempat.

Aisha menutup mulutnya dengan tangan. Dia tak percaya dengan apa yang dia nampak sekarang ni.

" Ap.. apa semua Heykal? "

" Surprise lah sayang. Saya buatkan special untuk awak. " Heykal terus menggenggam tangan Aisha lalu ditarik ke arah meja itu.

Candle Light Dinner!! Oh my god!!!

Aisha rasa nak pengsan.

" Untuk apa semua ni, Heykal? "

" Untuk awak. Suka tak? " tanya Heykal.

" Suka... Tapi, untuk apa? " tanya Aisha dengan keliru.

" Hey... Saya buatkan semua ni sebab saya sayangkan awak. Salah ke saya nak surprise-kan orang yang saya sayang? "

Aisha hanya diam tak membalas. Dia masih lagi tak sangka yang Heykal sanggup buat semua ni dekat dia.

" Mengelamun. Dah la, tadi dekat dalam awak makan sikit je kan? Now, let's eat. Saya masak sendiri tau semua ni. " Heykal tersenyum bangga.

" Seriously? Wah, kena rasa ni. " kata Aisha teruja.

" Ye, sayang. Awak memang kena rasa, sebab tak selalu saya rajinkan diri saya untuk masak. "

" Sedaplah, Heykal. Thank you. " Aisha tersenyum. Hatinya semakin tenang bila berada dekat dengan Heykal.

" Anything for you, sayang.















Silalah vote wahai reader² sekalian. 😔😔

Anyway, happy reading. 💕

Misi Memikat Miss CEO ✔Where stories live. Discover now