EPILOG

8.5K 193 7
                                    

" So, misi apa yang abang cakap siang tadi?" tanya Aisha usai mereka berdua melabuhkan duduk di atas katil.

" Hurm... Betul ni nak tau? Tapi, abang rasa macam tak nak bagitahu sayang lah...sebab tak penting. "

" Tak penting?! Tak kira, penting ke tak penting ke, Aisha nak tengok jugak. Kalau tak Aisha tak nak layan abang malam ni, huh!!!" Aisha memalingkan muka ke arah lain. Tak nak tengok muka Heykal. Siang tadi cakap lain, malam cakap lain pulak.

Heykal yang melihat keletah Aisha itu menghamburkan tawanya. Adoi laa sayang...

" Apa gelak-gelak? " marah Aisha. Marah-marah manja je... Aisha melihat Heykal bangun dan berjalan ke arah meja study-nya. Haah, diorang tak bermalam dekat hotel pun, walaupun siang tadi bersiap dekat hotel. Malam ni balik rumah mummy dan daddy Heykal.

" Nah... Sayang buka lah. Cari sendiri. Kalau jumpa, jumpalah. " Heykal membaringkan badannya ke atas tilam. Sengaja dia nak membuli Aisha. Bukannya selalu.

Tanpa menghiraukan Heykal, Aisha menyelak-nyelak helaian buku nota tersebut. Aishh... Dah la buku nota ni tebal.

Pergerakan tangannya terhenti tatkala menjumpai apa yang diingininya.

' Misi Memikat Miss CEO. '

1) Pujuk rayu Aisha untuk sebuah kemaafan and peluang kedua.

2) Luangkan lebih masa dengan Aisha. ( contoh : bawa Aisha pergi mall. Tengok wayang, ice skating and etc.)

3) Goda Aisha habis-habisan. ( contoh : nyanyikan Aisha lagu, pikat Aisha dengan masakan kau and etc.)

4) Surprise -kan Aisha. ( like candle light dinner.)

5). Last step, terima keputusan Aisha seadanya. Yeah.

P/s: yang penting mulut mesti manis macam honey. ³)

" Seriously abang?! Abang buat semua ni? " Aisha menarik-narik tangan Heykal.

" Hurm... " jawab Heykal tanpa membuka mata. Duh!! Dia malu lah...

" Abang... Tengok la Aisha. Abang... Please... " Aisha mengoncang-goncang tangan Heykal lagi.

" Ye sayang... Memang abang yang buat semua tu. Sayang lah, jual mahal sangat dengan abang. "

" Eh, mana ada. " dalih Aisha. Heykal memicit perlahan hidung Aisha lalu menarik Aisha masuk kedalam pelukannya.

" Hurm... Jadi, sekarang misi abang dah selesai lah kan? " Aisha mendongakkan kepalanya untuk melihat wajah Heykal.

" Ye sayang... Tapi ada je apa yang abang tulis dalam tu, abang tak buat. Sebab apa tau? Sebab... Abang goda sayang sikit je, sayang dah cair. " Heykal melepaskan tawanya. Aisha menarik muka.

" Mana ada lah!! Aisha tak nak kawan abang. Dah laa, tepi sikit. " Aisha sedaya upaya mengeluarkan dirinya dari pelukan Heykal. Tapi, Heykal malah mengetatkan lagi pelukannya.

" Eeiii, abang... Lepaslah!!! " suara Aisha dah bertukar serak. Nak nangis. Huaa... Nenek. Heykal buli Aisha.

" Alololo... Baby abang ni majuk eh? Alohh... Meh abang nak pujuk. Muah!!! " Heykal mencium-cium muka Aisha. Aisha gelak mengekek kerana tidak tahan dengan ciuman Heykal. Geli!!!

" Abang, dah! Aisha dah penat. Huh. " Aisha melepaskan lelah.

" Tulah... Merajuk lagi. "

" Abang... Sejak abang keluar dari hospital, abang tak pernah tanya tentang Maira. Abang tak nak tahu apa dah jadi dengan Maira? " Tanya Aisha setelah beberapa minit mereka mendiamkan diri.

Misi Memikat Miss CEO ✔Where stories live. Discover now